MANILA, Filipina, 27 November 2018 /PRNewswire/ -- Webnovel, hab kisah-kisah fiksyen global, satu portal luar negara China Literature, iaitu sebuah syarikat kesusasteraan dalam talian yang terkemuka di China, menganjurkan sesi perjumpaan peminat yang pertama seumpamanya di Filipina bagi membincangkan tentang penciptaan dan penterjemahan naratif Webnovel kepada peminat-peminat dan penulis-penulis Filipina, yang mana, selain mengumumkan rancangannya untuk menembusi pasaran tersebut, ia menawarkan hab untuk berkongsi dan berkolaborasi antara penulis tempatan dan pembaca dalam talian. Acara ini memperlihatkan strategi China Literature bagi mengukuhkan kehadirannya dalam bidang penerbitan dalam talian di Asia Tenggara.
Semasa berlangsungnya acara ini, pembaca-pembaca berpeluang untuk berinteraksi dengan penulis-penulis tempatan yang terkenal seperti anjeeriku, yang menulis novel percintaan berjudul PS I'm (not) Over You di Webnovel. Ahli-ahli daripada pasukan Webnovel turut menerangkan tentang faedah-faedah platform penerbitan dalam talian mereka, termasuk sistem latihan dan insentif perintis China Literature untuk para penulis. Menerusi sistem berkenaan, penulis-penulis menerima bimbingan tetap tentang cara untuk memperbaiki kemahiran menulis mereka. Bayaran royalti yang sangat baik dan sistem-sistem Jaminan Kerja Berkontrak akan menjamin pendapatan penulis. Webnovel mempunyai berjuta-juta pengguna setia. Menerusi pelbagai platform seperti aplikasi, laman sesawang mudah alih dan laman sesawang komputer meja, kesemua karya akan mendapat pendedahan meluas. Di samping itu, penulis-penulis juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam usaha pengkomersialan karya mereka. Mereka boleh membawa watak dan kisah mereka ke dunia sebenar, seperti melalui filem, rancangan TV, animasi dan permainan video.
Sandra Chan, Pengurus Besar Webnovel, China Literature, berkata, "Kami teruja dengan sambutan yang diterima oleh kami daripada kalangan pembaca dan penulis di Filipina. Sebagai sebuah syarikat, kami mementingkan IP. Webnovel ialah sebuah platform yang membolehkan pembaca-pembaca menikmati kisah-kisah hebat dan bakat penulis-penulis dapat diiktiraf. Misi kami adalah untuk mencipta ekosistem penerbitan yang membolehkan para penulis dan penterjemah seluruh dunia berganding bahu bersama-sama untuk meneroka model-model dan peluang-peluang perniagaan baharu sebagai sokongan untuk melindungi IP."
Drama-drama Cina yang ditayangkan di Filipina, seperti Fighter of the Destiny, Martial Universe dan The Rise of Phoenixes kesemua IPnya adalah milik China Literature.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan pengunjung unik Webnovel telah melangkaui angka 20 juta pengunjung. Ia mempunyai lebih 200 penterjemah individu dan kumpulan serta lebih 5,000 penulis asal. Kira-kira 200 terjemahan berbahasa Inggeris untuk karya-karya novel web dan lebih 9,000 karya berbahasa Inggeris asal telah diterbitkan di Webnovel.
Pada masa kini, lebih daripada dua belas kategori di Webnovel disediakan kepada pembaca, termasuk fantasi, percintaan dan sebagainya. Semakin banyak karya sentiasa dihasilkan. Novel-novel dalam talian ini sentiasa dikemas kini menerusi lebih banyak bab percuma. Pembaca-pembaca menyokong penulis-penulis dan para penterjemah kegemaran mereka melalui pelbagai cara, manakala pembaca-pembaca aktif meluangkan masa lebih 1.5 jam membaca setiap hari. Menerusi galakan daripada mereka, penulis-penulis dan para penterjemah lebih bermotivasi untuk lebih produktif dan untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
Setakat November 2018, 30% daripada pembaca global Webnovel merupakan pembaca Filipina. Hampir ribuan penulis tempatan juga menghasilkan cerita-cerita mereka di Webnovel.
Pada masa kini, segelintir penulis Filipina boleh memperoleh pendapatan melebihi satu ribu dolar AS sebulan melalui Webnovel. Pendapatan mereka akan meningkat seiring dengan kemas kini berterusan mereka dan pertambahan kumpulan peminat.
Terdapat juga novel-novel yang akan dikarang dalam bahasa tempatan melalui Webnovel pada masa terdekat. Buku-buku salinan cetak akan turut diterbitkan oleh rakan-rakan kongsi industri tempatan di Filipina.
Latar Belakang Webnovel
Webnovel ialah hab kisah-kisah fiksyen bertaraf global, dilancarkan secara rasminya pada tahun 2017 sebagai portal luar negara China Literature, yang merupakan platform kesusasteraan dalam talian yang terbesar China. Menerusi platform komprehensif, melalui laman sesawang dan aplikasi, ia komited terhadap penyebaran global novel-novel web, membawa lebih nilai kepada penulis-penulis seluruh dunia dan menyediakan novel-novel web yang berkualiti tinggi selain pengalaman membaca yang sangat baik kepada pembaca global. Muat turun aplikasi Webnovel melalui Android dan iOS.
Untuk pertanyaan tentang Webnovel, layari laman sesawangnya atau halaman Facebook, Instagram dan Twitter.
Laman Sesawang: www.webnovel.com
Facebook: webnovel
Twitter: @lovewebnovel
Instagram: @thewebnovel
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308641-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308641-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308641-1-c