omniture

Infineon perkukuh kolaborasi dengan DENSO - DENSO jadi pemegang saham

Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
2018-11-27 16:05 1153

MUNICH, Jerman, 27 November 2018 /PRNewswire/ -- Infineon Technologies AG mengukuhkan perkongsian jangka panjangnya dengan DENSO Corporation, pembekal global bagi teknologi, sistem dan komponen automotif termaju untuk memperkukuh perniagaan automotif globalnya. Kedua-dua syarikat menyasarkan untuk bersama-sama meningkatkan kepakaran sistem mereka terhadap teknologi kukuh dan teknologi baharu -- seperti pemanduan automatik dan mobiliti-elektro.

Demi mengukuhkan kolaborasi ini, syarikat Jepun ini telah membeli kepentingan ekuiti dalam Infineon dalam lingkungan berjumlah pertengahan dua angka juta Euro.

"Kami ingin mewujudkan penyelesaian semikonduktor yang optimum untuk sistem elektronik dalam kenderaan melalui perkongsian kukuh dengan syarikat-syarikat semikonduktor demi meningkatkan daya saing pemanduan automatik dan sistem pengelektrikan," kata Hiroyuki Ina, Pengarah Eksekutif Kanan DENSO Corporation.

"Kami berasa amat gembira untuk meluaskan hubungan kami yang sedia kukuh dengan DENSO," kata Dr. Reinhard Ploss, Ketua Pegawai Eksekutif Infineon. "Kolaborasi kami dengan pembekal sistem yang terbesar di Jepun dan yang terkemuka di dunia dapat mengukuhkan hubungan kami dengan industri Jepun selain kedudukan kami dalam pasaran semikonduktor Jepun dan dunia. Kami mengalu-alukan DENSO untuk menjadi pemegang saham."

Latar Belakang DENSO Corporation

DENSO Corporation, beribu pejabat di Kariya, wilayah Aichi, Jepun mempunyai kira-kira 220 subsidiari di 35 negara dan wilayah (termasuk Jepun) dan menggaji kira-kira 170,000 kakitangan di seluruh dunia.

Jualan global disatukan untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2018 adalah berjumlah US$48.1 bilion. Pada tahun fiskal yang lalu, DENSO memperuntukkan 8.8 peratus daripada jualan global disatukan miliknya terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan. Saham biasa DENSO diniagakan dalam bursa saham Tokyo dan Nagoya. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.denso.com, atau layari laman sesawang media kami di www.denso.com/global/en/news/media-center/

Latar Belakang Infineon

Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon ialah kunci kepada masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2018 (berakhir 30 September), syarikat melapor jualan sebanyak 7.6 bilion Euro dan menggaji kira-kira 40,100 kakitangan seluruh dunia. Infineon tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan dalam pasaran luar sistem bursa saham AS, OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY).

Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com 
Siaran akhbar ini tersedia secara dalam talian di www.infineon.com/press 
Ikuti kami: Twitter - Facebook - LinkedIn

Source: Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Computer/Electronics Semiconductors Transportation Contracts