omniture

Rangka Kerja Kebijaksanaan Raya Revolusioner Pertama Seumpamanya, Muncul di IEEE ICDM 2018

MiningLamp Software
2018-11-27 16:07 589

BEIJING, 27 November 2018 /PRNewswire/ -- Persidangan Antarabangsa IEEE tentang Perlombongan Data (ICDM 2018) kali ke-18 melabuhkan tirai dengan melakar kejayaan hebat pada 20 November 2018 di Singapura. Salah satu sorotan utama persidangan tahun ini merupakan ucap utama alu-aluan yang bertajuk On Big Wisdom, disampaikan oleh Prof. Xindong Wu, seorang ilmuwan dalam Perlombongan Data dan Kecerdasan Buatan yang terkemuka di dunia. Dalam ucapan beliau, Prof. Wu memperkenalkan Rangka Kerja HAO/BIBLE serba baharu yang dibangunkan oleh beliau bersama-sama Minghui Wu, pengasas dan pengerusi MiningLamp Software Systems (Beijing), yang menakrifkan dan menggambarkan Kebijaksanaan Raya (Big Wisdom) serta menyediakan asas teori untuk Kecerdasan Buatan Perindustrian termaju.

Prof. Wu dahulunya merupakan Pengarah Sekolah Pengkomputeran dan Maklumat di University of Louisiana. Beliau juga merupakan Felow IEEE dan AAAS. Awal tahun ini, beliau menyertai MiningLamp Software Systems (Beijing) menerusi undangan daripada pengasas syarikat, Minghui Wu, bagi memimpin MiningLamp Academy of Sciences (MAS) yang baru ditubuhkan sebagai Presidennya. MiningLamp ialah sebuah syarikat penyelesaian AI perindustrian yang sedang menempa nama di China dan dikenali sebagai versi Cina untuk Palantir dengan cita-cita yang amat berpotensi. Penubuhan MAS merupakan satu lagi usaha berwawasan oleh syarikat untuk mencapai kemajuan penting bagi aplikasi AI perindustrian di China dengan bantuan daripada penyelidikan asas dan kepimpinan Prof. Wu dapat membawa setiap prospek kejayaan.

Keynote Speech by Prof. Xindong Wu, the President of MiningLamp Academy of Sciences
Keynote Speech by Prof. Xindong Wu, the President of MiningLamp Academy of Sciences

Dalam ucap utama beliau di ICDM 2018, Prof. Wu menakrifkan rangka kerja HAO/BIBLE Kebijaksanaan Raya sebagai penyepaduan antara kecerdasan manusia (HI), kecerdasan buatan (AI) dan kecerdasan organisasi/perniagaan (O/BI) dengan analitik Data Raya dalam Persekitaran Luas; ia merupakan garis panduan untuk membangunkan kecerdasan perindustrian dalam aktiviti-aktiviti organisasi. Kebijaksanaan Raya bermula dengan Data Raya, menemui Pengetahuan Raya dan memudahkan sinergisme antara manusia dan mesin untuk penyelesaian masalah yang rumit. Apabila rangka kerja HAO/BIBLE diaplikasikan kepada persekitaran biasa (bukan Data Raya), ia menjadi struktur agen PEAS yang begitu dikenali dan apabila graf pengetahuan dalam HAO/BIBLE bergantung pada kepakaran domain (bukannya Pengetahuan Raya), HAO/BIBLE bertindak sebagai sistem pakar.

Prof. Wu turut menyebutkan bahawa di bawah bimbingan daripada rangka kerja HAO/BIBLE, MiningLamp dan MAS telah menguji Kebijaksanaan Raya untuk beberapa pelanggan industri MiningLamp di China, termasuk beberapa pejabat Keselamatan Awam, institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat pengendalian rel/laluan bawah tanah, jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk 'Bandar Digital', dan sebagainya.

HAO/BIBLE Framework of Big Wisdom, by Minghui Wu & Xindong Wu 2018 & 2019
HAO/BIBLE Framework of Big Wisdom, by Minghui Wu & Xindong Wu 2018 & 2019

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308693-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308693-1-b

Source: MiningLamp Software
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)