omniture

Usaha-usaha Banteras Keganasan Global Abaikan Bagaimana Pengganas Tercipta

Orb Media
2018-11-27 19:00 1089

Program-program pencegahan berbeza menunjukkan pengaruh jaringan peribadi mungkin menjadi kunci untuk menghalang laluan ke arah keganasan  

WASHINGTON, 27 November 2018 /PRNewswire/ -- Laporan dan analisis data New Orb Media Inc. menunjukkan bilangan negara yang menerima kesan daripada keganasan meningkat, penerimaan orang ramai terhadap keganasan yang menyasarkan orang awam turut meningkat, namun demikian pengetahuan pakar tentang cara untuk menghalang individu-individu ditarik untuk terlibat dalam aktiviti keganasan masih amat terhad.

Credit: Orb Media, Photo Identification: Joko Tri Harmanto, Solo, Central Java, Indonesia, Extended Caption: Joko Tri Harmanto helped build the bomb that killed 202 people in Bali in 2002. He has since rejected violence, except in self-defense. Today, he is helping deter others, including his neighbor, Wasiran, from joining violent groups.
Credit: Orb Media, Photo Identification: Joko Tri Harmanto, Solo, Central Java, Indonesia, Extended Caption: Joko Tri Harmanto helped build the bomb that killed 202 people in Bali in 2002. He has since rejected violence, except in self-defense. Today, he is helping deter others, including his neighbor, Wasiran, from joining violent groups.

Bertrilion-trilion dolar A.S. telah dibelanjakan untuk usaha-usaha menentang keganasan sejak tahun 2011, namun demikian, sangat sedikit yang kita diketahui tentang punca seseorang menjadi penganas. Kajian-kajian baharu menunjukkan hubungan individu dan lingkungan sosial mungkin menjadi faktor utama yang menarik dan menghalang seseorang daripada menyertai sesebuah pertubuhan keganasan.

Pembiayaan dan program-progam untuk memahami tentang "laluan ke arah keganasan" adalah terhad dan sebahagian besarnya adalah untuk kawasan setempat. Orb Media mengkaji program-program di Jerman dan Indonesia bagi memahami apa yang dilakukan oleh sebilangan organisasi "di lapangan".

Dengan memanfaatkan data dan definisi daripada START di University of Maryland, Orb Media menyimpulkan bahawa kebolehterimaan serangan terhadap orang awam meningkat di seluruh dunia.

Di samping itu, meskipun bilangan pengganas masih sangat sedikit, kesan politik, psikologi dan ekonomi mereka adalah amat besar. Kadar penduduk dunia yang amat bimbang tentang keganasan masih tinggi sejak serangan keganasan A.S. 9/11, iaitu kekal antara 65 - 85 peratus sejak lima tahun lalu.

Orb Media berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan ahli-ahli daripada Orb Media Network (OMN), sebuah kumpulan media penetap agenda global yang berkolaborasi untuk bersama-sama menerbitkan kisah-kisah yang dapat memangkin dialog global berhubung isu-isu kritikal, menumpu perhatian pada kerajaan, industri, penyelidik, masyarakat awam dan orang ramai.

Ahli-ahli OMN: CBC (Kanada), Channels (Nigeria), Dhaka Tribune (Bangladesh), Folha de São Paolo (Brazil), SVT (Sweden), Tempo Media Group (Indonesia), The Hindu (India), Die Zeit (Jerman), BBC (United Kingdom), Cadena SER-Prisa (Sepanyol), YLE (Finland), El Comercio (Perú),  El País (Uruguay), Mail & Guardian (Afrika Selatan), El Tiempo (Colombia), La Nación (Argentina), eNCA (Afrika Selatan), South China Morning Post (China), Louisville Public Media (Amerika Syarikat).

Latar Belakang Orb Media
Orb Media ialah pertubuhan kewartawanan bukan untung yang melaporkan tentang isu-isu yang penting kepada berbilion-bilion orang di seluruh dunia. Dengan menyatukan penyelidikan asli, analisis data, pelaporan di lapangan, dan penglibatan orang awam, Orb Media menerbitkan kisah-kisah yang menetapkan agenda berhubung cabaran-cabaran yang kita hadapi bersama-sama sebagai satu dunia. orbmedia.org/fightingblind.

Hubungan Media: Lara Kline, larak@orbmedia.org.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/789184/CT_Lead_Image.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/652865/Orb_Media_Logo.jpg

 

Source: Orb Media
Related Links:
Keywords: Publishing/Information Service Not for profit Public Safety Survey, Polls & Research