DUBAI, UAE, 28 November 2018/PRNewswire/ --
Cristiano Ronaldo dan gandingan Perancis Kylian Mbappé serta Antoine Griezmann akan berlawan berhabis-habisan bagi merangkul Anugerah Pemain Terbaik apabila edisi ke-10 Anugerah Globe Soccer diadakan di Madinat Jumeirah Dubai pada 3 Januari 2019.
Ikon Juventus dan dua bintang Perancis yang memenangi Piala Dunia FIFA itu memimpin pencalonan untuk majlis penganugerahan gala tradisional masa kini yang bakal diadakan dengan kerjasama Persidangan Sukan-sukan Antarabangsa Dubai ke-13, yang dianjurkan oleh Majlis Sukan-sukan Dubai.
Ditaja oleh Dubai Holding, Meraas, Audi dan Emirates, Anugerah Globe Soccer dianggap sebagai sebahagian daripada "Grand Slam" majlis-majlis penyampaian anugerah bola sepak berserta Ballon D'Or dan The Best FIFA Football Awards.
CR7 Juventus kekal menjadi satu-satunya pemain yang memenangi ketiga-tiga gelaran anugerah "Grand Slam" dalam setahun, satu pencapaian hebat yang diraih oleh beliau pada tahun 2016 dan juga 2017.
Legenda Portugis itu, pemenang empat kali dan calon sebanyak lapan kali yang mencatat rekod, akan berusaha untuk menjadikannya sebagai Anugerah Pemain Terbaik Globe Soccer ketiga selama bertahun-tahun namun beliau berdepan dengan persaingan bagi meraih kemenangan daripada gandingan Perancis Griezmann dan Mbappé, yang menggamatkan persada dunia di Rusia pada musim panas ini.
"Ulang tahun ke-100 Anugerah Globe Soccer ialah satu kejayaan istimewa, maka kami berbesar hati untuk mengumumkan Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappé sebagai finalis bagi kategori Pemain Terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Globe Soccer Tommaso Bendoni.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja gelaran baharu kami, Dubai Holding, atas sokongan mereka dan kepada Majlis Sukan-sukan Dubai yang telah menjadi rakan kongsi Anugerah Globe Soccer sejak acara pertama kami pada tahun 2010."
Sebagaimana dua pemain berbakat beliau, jurulatih Perancis Didier Deschamps juga antara calonnya.
Deschamps, iaitu individu ketiga yang memenangi Piala Dunia FIFA sebagai pemain dan pengurus, bersaing untuk merebut Anugerah Jurulatih Terbaik bersama-sama mantan jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane, Diego Simeone dari Atlético Madrid, Jürgen Klopp dari Liverpool dan jurulatih Juventus Massimiliano Allegri.
"Saya amat berbangga dengan pencalonan ini dan apa yang telah saya capai setakat ini," kata Deschamps, yang memimpin pasukan Perancis meraih kemenangan dalam Piala Dunia menentang Croatia. "Tiada pencapaian lain yang lebih besar untuk ahli profesional sukan bola sepak melainkan dapat memenangi Piala Dunia, pertama sebagai pemain dan kemudiannya sebagai jurulatih. Namun demikian, kehidupan saya tidak berubah dan nilai-nilai saya tetap sama dari segi keluarga dan rakan-rakan.
"Pastinya terdapat matlamat-matlamat profesional lain seperti kelayakan untuk Kejohanan Eropah seterusnya dan saya berharap dapat membincangkan topik-topik ini dan banyak lagi bersama rakan-rakan bola sepak dan rakan-rakan sejawat di Persidangan Sukan-sukan Antarabangsa Dubai, yang diadakan dengan kerjasama Anugerah Globe Soccer."
Antara calon-calon awal lain yang diumumkan oleh Globe Soccer, ejen super Jorge Mendes akan menyaingi Jonathan Barnett dan Stefano Castagna bagi kategori Ejen Terbaik, manakala finalis Liga Kejohanan UEFA 2018 Real Madrid dan Liverpool sekali lagi akan bersaing kali ini untuk Anugerah Pasukan Terbaik bersama-sama Atlético Madrid.
Majlis ini akan turut memberi penghormatan kepada nama-nama terkenal lain dari dunia bola sepak dengan calon-calon lain bakal diumumkan tidak lama lagi.
Anugerah Globe Soccer akan dianjurkan di Dubai sejurus selepas UAE mengadakan Piala Dunia Kelab FIFA 2018 dan sebelum negara tersebut menganjurkan Piala Asia AFC, manakala Persidangan Sukan-sukan Antarabangsa Majlis Sukan-sukan Dubai yang berkaitan akan menyaksikan pelbagai penceramah, bermula dengan pemilik kelab kepada jurulatih, pemain dan penaja, membincangkan pembangunan sukan bola sepak masa depan.
Sumber: LaPresse