omniture

Penumpuan Mudah Alih firma IT Filipina melalui echoss Stamp 12CM. Inc

K-ICT Born2Global Centre
2018-11-28 18:31 1026

SEOUL, Korea Selatan, 28 November 2018 /PRNewswire/ -- 12CM. Inc (One-two-cee-em), sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan O2O melalui perkongsian berbeza dengan pelbagai rakan kongsi, bekerjasama dengan SMS Global Technologies Inc. (SMSGT), penyepaduan sistem utama di Filipina untuk membentuk semula kawasan penumpuan mudah alih, kini memeterai perjanjian kontrak. 12CM. Inc. ialah sebuah syarikat ahli K-ICT Born2Global Centre.

echoss Stamp Service
echoss Stamp Service

12CM GLOBAL PTE LTD, subsidiari 12CM. Inc., dengan kerjasama SMSGT secara rasminya menembusi Filipina untuk pasaran pemasaran dan perdagangan kesetiaan berasaskan mudah alih melalui suit teknologi proprietari termasuk echoss Stamp.

Dengan perkhidmatan echoss Stamp 12CM tersedia di 19 negara seluruh dunia, 12CM. Inc kini telah memperluas perkhidmatannya ke 20 negara.

SMSGT ialah salah sebuah syarikat IT yang terbesar dan paling dipercayai di Filipina. SMSGT menumpu untuk menyediakan penyelesaian inovatif kepada pengendali berwayar dan tanpa wayar dalam pelbagai bidang termasuk pengembaraan & pelancongan, penginapan, makanan & minuman serta penjagaan kesihatan.

SMSGT kini bekerjasama dengan 12CM Inc. untuk menembusi pasaran Filipina melalui platform pemasaran dengan melaksanakan perkhidmatan kad setem, perkhidmatan pengumpulan setem yang menyasarkan orang awam; manakala platform baucar akan ditetapkan untuk pengurusan baucar, fungsi pendaftaran dan perdagangan. Ini akan membawa SMSGT untuk menjadi salah satu penyedia perkhidmatan dan penyelesaian yang mengutamakan mudah alih yang terkemuka untuk pelbagai perkhidmatan di Filipina, yang mana kajian menunjukkan lebih 90% daripada penduduk memiliki telefon bimbit dan kira-kira 1.8 bilion SMS diproses dalam sehari.

Konglomerat IT seluruh dunia yang telahpun menubuhkan perniagaan yang berjaya dalam bidang rangkaian dan perkakasan, berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka ke dalam industri mudah alih. NESIC di Jepun memuktamadkan perniagaan rangkaian dan memperluas perniagaannya ke dalam industri perisian IT dengan menjalankan perniagaan echoss Stamp dengan jayanya melalui jalinan kerjasama dengan 12CM Inc. untuk penumpuan mudah alih.

Menurut Kyung-taik Kim, pengarah 12CM JAPAN, NESIC memperkenalkan echoss Stamp kepada pasaran Jepun pada tahun 2015 dan sejak itu teknologi berkenaan diguna pakai di pelbagai lokasi khususnya pusat beli belah, kerajaan tempatan, restoran dan lokasi acara melalui perkhidmatan seperti kad mata, pengumpulan setem dan pengesahan kupon. Setakat 2018, kira-kira 10,000 echoss Stamp telahpun dikomersialkan di seluruh Jepun.

SMSGT, penyedia penyelesaian inovatif berperwakilan di Filipina, berharap dapat mengembangkan perniagaannya dalam penumpuan mudah alih tidak lama lagi dengan memperkenalkan perkhidmatan dan penyelesaian echoss Stamp12CM.

Hubungan Media

Jay Cha 
Pengarah 12CM.Inc 
support@12cmglobal.com

Jina Lee 
Pengurus Perhubungan Awam K-ICT Born2Global Centre 
jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181127/2309959-1

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications