omniture

Hydroid Selesaikan Pengujian REMUS 600 dengan Sonar Apertur Sintetik HISAS 2040 untuk Tentera Laut Antarabangsa

Hydroid Inc.
2018-11-28 20:20 1806

AUV REMUS 600 berjaya diuji dengan teknologi sonar resolusi ultra tinggi yang baru disepadukan

POCASSET, Massachusetts, 28 November 2018 /PRNewswire/ -- Hydroid Inc., subsidiari Kongsberg Maritime dan pengeluar terkemuka bagi robotik marin, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya menyelesaikan proses pengujian Kenderaan Dalam Air Berautonomi (AUV) REMUS 600 dengan sonar apertur sintetik HISAS 2040 yang baru disepadukan untuk pelanggan tentera laut antarabangsa. Sistem HISAS 2040 direkayasa dan dikilangkan di Kongsberg Maritime di Horten, Norway. Teknologi termaju ini mendayakan imej sonar dengan resolusi lebih tinggi berbanding sonar konvensional dan kini tersedia kepada pelanggan-pelanggan Hydroid.

HISAS 2040 image of lobster traps and connecting line taken at 100m in Cape Cod Bay, MA.
HISAS 2040 image of lobster traps and connecting line taken at 100m in Cape Cod Bay, MA.

"Berbanding sonar biasa, sonar HISAS 2040 dapat mengurangkan masa tinjauan dan menyediakan imej data dengan resolusi 10 kali lebih tinggi berbanding sonar tradisional," kata Graham Lester, naib presiden kanan jualan dan pemasaran di Hydroid. "Ia juga menawarkan pemprosesan dalam-misi berprestasi tinggi dan penilaian kualiti sonar. Kemajuan penyepaduan ini merupakan contoh betapa kami sentiasa mencabar diri sendiri sebagai sebuah syarikat untuk memperbaharui produk dan teknologi bagi memenuhi keperluan masa depan pelanggan kami. Kami begitu berminat untuk sentiasa memajukan produk-produk kami."

HISAS 2040 berupaya menghasilkan beberapa imej sonar apertur sintetik (SAS) yang menunjukkan sudut-sudut pemerhatian berbeza. Melalui pengimejan berbilang aspek ini, pengendali AUV berupaya mendapatkan dimensi tambahan dalam set data memandangkan banyak objek kompleks mempunyai gema bergantung-aspek yang tinggi dan struktur bayang.

HISAS 2040 mempunyai resolusi praktikal 5cm x 5cm untuk semua lingkungan.

Latar Belakang Hydroid, Inc.

Terletak di A.S. dan merupakan subsidiari Kongsberg Maritime, Hydroid ialah pengeluar yang paling dipercayai di dunia bagi Kenderaan Dalam Air Berautonomi (AUV) termaju dan terbukti di lapangan. AUV REMUS dan sistem robotik marin kami menyediakan penyelesaian gambaran penuh yang inovatif dan andal untuk penyelidikan marin, pertahanan, hidrografi dan pasaran luar pesisir/tenaga.

Dibangunkan oleh pasukan jurutera berpengalaman, produk-produk Hydroid menyediakan penyelesaian yang selamat dan andal terhadap cabaran yang telah menghalang penjelajahan dan keselamatan lautan. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi kami, sila layari www.hydroid.com.

Perhubungan Media
Kaitlyn Rhue
Hydroid, Inc.
krhue@hydroid.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/789624/Hydroid_HISAS_2040.jpg  

 

Source: Hydroid Inc.
Related Links:
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation