omniture

Peminat-peminat K-Pop jom raikan! JOOX merancakkan kehangatan mulai tahun ini hingga tahun hadapan dengan anugerah muzik Korea terbesar - MMA, MAMA 2018 dan banyak lagi pada 2019!

JOOX
2018-11-29 12:19 978

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 November 2018 /PRNewswire/ -- Dapatkan hiburan muzik terbaik daripada artis-artis K-Pop paling hangat bermula dari akhir tahun hinggalah tahun 2019! Dengan JOOX, aplikasi penstriman muzik yang paling popular di Asia dan destinasi utama bagi peminat yang dilanda demam K-Pop[1], anda berpeluang untuk menyanyi dan menari bersama-sama dengan idola Korea kegemaran anda di telapak tangan menerusi hiburan secara langsung!

Dua tahun berturut-turut, JOOX sekali lagi menghangatkan demam K-Pop tahun ini menerusi platform siaran langsung di Hong Kong, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar untuk para peminat menyaksikan dua majlis penganugerahan muzik K-Pop paling besar di Asia: Melon Music Awards 2018 (MMA), Mnet Asian Music Awards 2018 (MAMA) dan acara-acara muzik Korea yang lebih berprestij pada tahun 2019! Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan-persembahan muzik paling hangat di Korea hari ini!  Ingin K-Pop, pastilah  JOOX!

MMA 2018

Melon Music Awards 2018
Melon Music Awards 2018

Ulang tahun ke-10 anugerah MMA berjanji untuk menjadi majlis yang lebih besar dan lebih mengagumkan tatkala ia kembali ke Gocheok Sky Dome, Korea pada 1 Disember, menampilkan Apink, Lee Dong Wook, Wanna One dan ramai lagi! Siapakah antara idola anda yang akan muncul sebagai pemenang dalam acara yang amat dinanti-nantikan ini?

Catat dalam kalendar anda! Jadual siaran langsung pada 1 Disember adalah seperti di bawah

Hong Kong & Malaysia

Majlis Anugerah

6 PETANG waktu tempatan

Indonesia

Acara permaidani merah sebelum majlis Anugerah

4 PETANG waktu tempatan

Majlis Anugerah

5 PETANG waktu tempatan

Thailand

Majlis Anugerah

5 PETANG waktu tempatan

MAMA 2018

Mnet Asian Music Awards 2018
Mnet Asian Music Awards 2018

Tahun ini, MAMA 2018 akan menggegarkan pasaran Jepun serta Hong Kong, dan para peminat K-Pop yang menggunakan JOOX akan turut serta dalam acara ini secara langsung! Dengan JOOX sebagai satu-satunya platform siaran langsung berlesen untuk MAMA 2018, peminat-peminat akan berpeluang merasai demam K-Pop bersama BTS, Twice, IZ*ONE, Monsta X, Wanna One di Jepun, serta bersama BTS, Wanna One, GOT7, Momoland, Seventeen di Hong Kong!

Juga, MAMA memperkenalkan barisan artis yang disahkan dalam Anugerah MAMA 2018, termasuk: Janet Jackson (ikon pop legenda, penyanyi A.S., penggubah lagu, pelakon wanita, penerbit, dan penyanyi), Lin Jun Jie (penyanyi Cina Singapura, penggubah lagu, penerbit rekod, dan pelakon lelaki), Pelakon Lelaki Jepun Yutaka Matsushige, Pelakon Lelaki Korea Cha Seung Won, Hwang Jun Min dan Jang Hyuk, serta Pelakon Wanita Korea Seo Hyun Jin!

Peminat-peminat muzik JOOX perlu terus mengikuti perkembangannya pada tarikh dan waktu berikut:


MAMA Jepun

(12 Disember)

MAMA Hong Kong

(14 Disember)

Hong Kong & Malaysia

6 PETANG waktu tempatan

7 PETANG waktu tempatan

Indonesia

5 PETANG waktu tempatan

6 PETANG waktu tempatan

Thailand

5 PETANG waktu tempatan

6 PETANG waktu tempatan

Tidak cukup dengan MMA dan MAMA 2018? Nantikan butiran lanjut tentang acara muzik Korea berprestij seterusnya pada tahun 2019 yang dibawakan oleh JOOX!

Tidak cukup dengan K-Pop? Anda hanya perlu menikmati muzik dan persembahan langsung K-Pop kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua, muat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX yang menampilkan kesemua muzik K-Pop menarik untuk menghangatkan fenomena K-Pop!

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

[1] JOOX ialah aplikasi penstriman muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2017.

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album kegemaran anda dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menemui muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308750-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181126/2308750-1-b

Source: JOOX
Keywords: Entertainment