omniture

Cashback World Mengujakan dengan Pemalam Pelayar Pintar untuk Pembeli Dalam Talian

mWS myWorld Solutions AG
2018-11-30 09:00 801

VIENNA, 30 November 2018 /PRNewswire/ --

Dengan pemalam pelayar "Cashback Helper", Komuniti Beli Belah antarabangsa, Cashback World, menjadi sumber keterujaan yang hebat kepada 11 juta Ahlinya, berpangkalan di 47 negara di seluruh dunia. Instrumen praktikal ini memastikan Pembeli tidak lagi ketinggalan dengan faedah-faedah Cashback dan faedah-faedah beli belah yang lain.

Ahli-ahli Cashback World menerima Pulangan Wang Tunai dan Mata Beli Belah sehingga 5% bagi setiap pembelian di salah satu daripada 120,000 Penjual Setia di seluruh dunia, yang kemudiannya dapat ditebus oleh mereka untuk mendapatkan Ganjaran dan tawaran menarik daripada Penjual Setia. Hasil daripada pemalam "Cashback Helper" untuk Firefox, Chrome dan Safari, kini semakin mudah untuk Pembeli Dalam Talian memperoleh faedah-faedah ini.

Cashback Helper memaklumkan pembeli, melalui bar carian Google Search bahawa syarikat yang dicari oleh mereka merupakan Penjual Setia bagi Cashback World dan menunjukkan kepada pengguna, pada bar maklumat, jumlah Pulangan Wang Tunai dan Mata Beli Belah yang telah dikumpul oleh mereka atau sama ada mereka mempunyai sebarang Ganjaran yang boleh digunakan pada masa kini. Setelah menemui Penjual Setia dalam talian yang diingini, anda hanya perlu mengklik pada "Activate Cashback" agar berupaya menggunakan faedah-faedah belian Cashback World. Ini menunjukkan betapa mudahnya untuk menggunakan pemalam ini memandangkan tidak lagi perlu untuk melog masuk pada cashbackworld.com terlebih dahulu, cukup dengan melog masuk ke Cashback Helper dengan butiran log masuk anda.

Bukan itu sahaja, reka bentuk yang minimalis dan jelas menjadikan maklumat yang relevan mudah ditemui - memaparkan Penjual Setia teratas, Penjual Setia baharu dan kempen semasa mereka. Pencarian terhadap Penjual Setia dalam talian atau luar talian yang diingini menjadi sama mudah: Dengan mengklik pada ikon kanta pembesar pada sudut kanan sebelah atas, kedai yang diingini mudah untuk dijumpai. Untuk peminat-peminat AS Roma, MotoGP™ dan semua Penjual Setia terkenal yang lain daripada Cashback World, turut disediakan juga Cashback Helper dengan reka bentuk kelab kegemaran anda.

Klik pada pautan untuk maklumat lanjut tentang cara memasang Cashback Helper

http://www.cashbackworld.com/helper.

Latar Belakang Cashback World 

Komuniti Beli Belah antarabangsa, Cashback World menawarkan faedah-faedah beli belah yang menarik (Pulangan Wang Tunai dan Mata Beli Belah) kepada pelanggan yang ingin menjimatkan wang dengan membeli belah di gedung seluruh dunia dengan Kad Cashback atau secara dalam talian. Selain itu, Cashback World menyediakan syarikat-syarikat dengan program kesetiaan pelanggan yang mudah dan inovatif, seraya membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada dunia beli belah ini. Cashback World kini aktif dalam 47 pasaran. Seramai 11 juta Ahli menikmati faedah-faedah beli belah melalui kira-kira 120,000 Penjual Setia di seluruh dunia.

Maklumat lanjut di http://www.cashbackworld.com.

Hubungi:
mWS myWorld Solutions AG
Silvia Kelemen Weihs
Tel.: +43-(0)-664-8555-241
silvia.kelemen@myworld.com

 

Source: mWS myWorld Solutions AG
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Retail