omniture

Infineon Jalin Kerjasama dengan Hab Syarikat Baharu Teknologi Utama Perkukuh Ekosistem A.I.

Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
2018-11-30 10:17 1507

BANGALORE, India, 30 November 2018 /PRNewswire/ -- Infineon dan NSRCEL di Indian Institute of Management (IIM) Bangalore telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan ekosistem Kecerdasan Buatan (A.I.) dan pembangunan perisian di India dengan membimbing dan memupuk syarikat-syarikat baharu peringkat awal dan peringkat pertumbuhan.

Infineon dan NSRCEL bersetuju untuk menggalakkan projek-projek inovasi bersama dengan komuniti pembangun NSRCEL. Infineon berhasrat untuk menawarkan latihan khusus, kemudahan makmal, selain untuk menyokong syarikat-syarikat baharu menerusi sampel produk dan kit pembangunan. Syarikat-syarikat yang relevan secara strategik menerima bimbingan daripada pakar-pakar teknikal Infineon dan pengenalan kepada pelanggan Infineon untuk meninjau peluang kolaborasi atau potensi perniagaan.

"Kecerdasan Buatan menyerlahkan potensi inovasi yang luas dalam industri kami dan menawarkan peluang-peluang perniagaan yang hebat," kata Dr. Reinhard Ploss, Ketua Pegawai Eksekutif Infineon Technologies AG. "Kami dapat melihat peningkatan permintaan terhadap kuasa cekap tenaga kami dan penyelesaian keselamatan IT yang merupakan prasyarat untuk membangunkan A.I. Selain itu, A.I. membuka pelbagai aplikasi yang mungkin berlaku untuk Internet Komunikasi Benda dan Mobiliti Pintar." Reinhard Ploss menambah, "Kami ingin mempercepatkan cara kami mempelajari tentang A.I. dan mengenal pasti senarai tindakan terlebih dahulu. Melalui jalinan kerjasama dengan NSRCEL dan IIM Bangalore, kami berhasrat untuk berganding bahu dengan usahawan-usahawan inovatif India dan syarikat-syarikat baharu dalam bidang ini."

Infineon menandatangani MoU dengan German Accelerator Southeast Asia (GASEA) dan Arrow Electronics bulan lalu bagi mendekati syarikat-syarikat baharu Jerman dan tempatan. Awal tahun ini, Infineon menandatangani Kenyataan Hasrat dengan NITI Aayog bagi menyokong Misi Inovasi Atal. Hal ini berlaku selepas menjalin perkongsian dengan AIRmaker Singapura dan Electropreneur Park India tahun lalu. Lima syarikat baharu kini bekerjasama erat dengan Infineon di Ruang Inovasi Bersama di Singapura yang baru dibuka.

Latar Belakang NSRCEL di IIM Bangalore

NSRCEL di IIM Bangalore menginkubasi syarikat-syarikat baharu dan menyediakan pelbagai program pendidikan dan pembinaan kapasiti serta sokongan pementoran, untuk syarikat-syarikat baharu dan usaha niaga peringkat awal. Kini NSRCEL menginkubasi sebanyak 130 syarikat baharu. Sepanjang tahun 2017-18, NSRCEL menjalankan lebih 2300 sesi pementoran dan 80 acara. Melalui inisiatif pementoran terbukanya yang semakin berkembang, dianggarkan secara konservatif bahawa NSRCEL mungkin memberi kesan langsung kepada lebih 10000 usahawan, usahawan yang beraspirasi atau peserta-peserta lain dalam ekosistem berkenaan sejak ditubuhkan pada tahun 2000.

Untuk maklumat lanjut tentang NSRCEL, sila kunjungi www.nsrcel.org

Latar Belakang Infineon
Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon merupakan kunci kepada masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2018 (berakhir 30 September), Syarikat melapor jualan kira-kira sebanyak 7.6 bilion euro dan menggaji kira-kira 40,100 kakitangan seluruh dunia. Infineon tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan dalam pasaran luar sistem bursa saham AS, OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY).

Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com
Siaran akhbar ini disediakan secara dalam talian di www.infineon.com/press 
Ikuti kami: Twitter - Facebook - LinkedIn

 

Source: Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Semiconductors Contracts