![]() |
GRAZ, Austria, 29 November 2018 /PRNewswire/ --
Syarikat pembesar suara MEMS, USound, berjaya mengumpul pelaburan pertumbuhan sebanyak $20J bagi menyokong penembusan pasaran seluruh dunia untuk produk-produk audio MEMS pintarnya.
USound telah membangunkan dan mengindustrikan pembesar suara terkecil di dunia, dilindungi oleh lebih 150 paten. Pembesar suara mikro digital pintar USound adalah berasaskan teknologi MEMS (Sistem Mekanikal Elektro Mikro) yang inovatif yang membolehkan pengecilan saiz yang ekstrem, kualiti bunyi yang jelas selain tahap kecekapan tenaga tertinggi. Pembesar suara mikro USound kini digunakan dalam pelbagai aplikasi: Telefon pintar, palam telinga, modul audio untuk cermin mata realiti imbuhan dan realiti maya, pelbagai produk boleh pakai pengguna selain fon kepala bunyi keliling 3D yang sempurna untuk pengalaman permainan yang imersif.
Bersama-sama rakan kongsi pengeluaran global yang mantap seperti STMicroelectronics, Flex dan AT&S, USound melaksanakan rantaian bekalan semikonduktor yang berkelayakan dan memenuhi semua keperluan untuk pasaran yang dinamik dan berjumlah tinggi ini.
"Pembesar suara mikro silikon pintar kami akan memberi impak kepada banyak aspek kehidupan. Kami telah mencetuskan anjakan paradigma untuk seluruh industri audio," jelas Ketua Pegawai Eksekutif USound Ferruccio Bottoni.
Anjakan paradigma ini disahkan oleh Frost & Sullivan, yang mengurniakan Anugerah Inovasi Teknologi Eropah kepada USound untuk kejayaan cemerlang teknologi audio MEMS yang dirintis olehnya pada Oktober lalu di London.
Pusingan pelaburan dipimpin oleh firma modal usaha niaga Austria, eQventure bersama-sama pemodal usaha niaga British-Austria Hermann Hauser, yang bersama-sama mengasaskan ARM.
Latar Belakang USound:
USound ialah sebuah syarikat semikonduktor audio tanpa fabrikasi yang menawarkan pembesar suara silikon berprestasi tinggi dan penyelesaian bunyi berkualiti tinggi berasaskan teknologi MEMS (Sistem Mekanikal-Elektro-Mikro). Seramai 60 kakitangan di Graz, Vienna, San Francisco dan Shenzhen berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan antarabangsa, membolehkan mereka mencipta aplikasi audio pintar baharu sepenuhnya dengan pembesar suara MEMS. Ketahui lebih lanjut: https://www.usound.com/
Latar Belakang eQventure:
eQventure menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat-syarikat berteknologi tinggi Austria selain jaringan yang kukuh dan sokongan langsung dalam semua situasi bermula dengan pelancaran perniagaan mereka kepada usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan. eQventure disokong oleh usahawan-usahawan berjaya yang melaburkan wang dan kepakaran mereka sendiri dalam syarikat-syarikat berteknologi tinggi berorientasikan pertumbuhan.
Latar Belakang Hermann Hauser:
Usahawan dan pelabur modal usaha niaga Hermann Hauser bergiat aktif dalam industri teknologi global selama lebih empat dekad lamanya. Salah satu kejayaan terbesar beliau ialah pembangun cip British ARM, yang mana reka bentuk cipnya kini boleh didapati dalam setiap telefon pintar. Pada tahun 2016, ARM dijual pada nilai 31.4 bilion dolar kepada syarikat gergasi teknologi Jepun, Softbank.
Sumber: USound GmbH