omniture

Microland Dipilih sebagai Penyedia Perkhidmatan IoT Utama dalam Zinnov Zones 2018

Microland
2018-11-30 12:19 807

BANGALORE, India, 29 November 2018 /PRNewswire/ --

Microland, pemecut digital untuk perusahaan-perusahaan global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah ditonjolkan sebagai pengusaha 'Mantap' dalam Zinnov Zones 2018, penarafan Perkhidmatan Teknologi IoT.

Zinnov Zones, dahulunya dikenali sebagai 'Global Service Provider Ratings' ('Penarafan Penyedia Perkhidmatan Global') ialah penarafan tahunan yang diterbitkan oleh Zinnov yang menilai penyedia-penyedia perkhidmatan berdasarkan kecekapan dan keupayaan mereka. Penilaian ini menilai 35 Penyedia Perkhidmatan Teknologi Global merentas parameter utama yang ditentukan terlebih dahulu dan talian khidmat dalam bidang perkhidmatan IoT.

"Kami teruja untuk disenaraikan dalam Zinnov Zones bagi Perkhidmatan Teknologi IoT. Kedudukan kami dalam laporan ini menjadi bukti jelas pelaburan Microland ke arah mengukuhkan portfolio IIoTnya dengan tumpuan padu pada keupayaan penyepaduan IT-OT. Hal ini dapat dicapai melalui pelancaran perkhidmatan baharu dan jalinan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi utama, bertujuan untuk mendayakan pelanggan bagi mengurus perjalanan transformasi digital mereka dan merealisasikan potensi penuh pendayaan IoT," kata Manjanath Nayak - Naib Presiden Kanan, Ketua Global, perniagaan IIoT.

"Microland memberi tumpuan kukuh pada perkhidmatan IoT Perindustrian dengan keupayaan dalam perlombongan, pengangkutan dan utiliti. Firma ini telah berusaha membangunkan ekosistemnya melalui rakan-rakan kongsi platform (khususnya Predix) bagi mendayakan IoT untuk perusahaan. Microland dilihat sebagai rakan kongsi berkeupayaan yang dapat menampung keperluan perusahaan untuk senarai tindakan tertentu seperti penyelenggaraan prediktif dan kecerdasan rantaian bekalan," kata Sidhant Rastogi, Rakan Kongsi & Ketua Amalan, MESP (Peluasan Pasaran untuk Penyedia Perkhidmatan), Zinnov. 

Microland melancarkan perkhidmatan profesional IoT Perindustriannya pada tahun 2017 bagi menyediakan perkhidmatan Penyepaduan Sistem dan Vendor Perisian Bebas pada platform Predix GE. Sejak itu, perkhidmatan ini disokong melalui beberapa perkongsian strategik. Microland bekerjasama dengan:

  • PTC, penyedia platform teknologi utama, untuk melancarkan set baharu perkhidmatan dan penyelesaian IIoT termasuk Saling Boleh Kendali Data IIoT Dikuasakan oleh KepServerEx, Pengoptimuman Peralatan Dikuasakan oleh Thingworx dan Perkhidmatan Penyepaduan Sistem Thingworx.
  • Uptake, penyedia platform SaaS analitik prediktif berpangkalan di Chicago, untuk meningkatkan perkhidmatan dan penyelesaian IIoT yang bertujuan untuk meningkatkan operasi, konfigurasi dan penggunaan produk.

Selain itu, Microland menambah tawaran baharu di bawah talian khidmat IIoT - 3-Langkah Penyelesaian IoT Perindustrian yang Dipercepat, Rangkaian OT sebagai satu Perkhidmatan (NaaS), Perkhidmatan Penyepaduan Sistem B2B, Perkhidmatan Saling Boleh Kendali Data (OPC UA) dan Perkhidmatan Pengoptimuman dan Pengurusan Aset.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran IIoT Microland dan berinteraksi dengan pakar-pakar mereka, kunjungi mereka di Ekspo Teknologi IOT, Amerika Utara, 2018 pada 28 dan 29 November di reruai bernombor 320.

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,000 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.microland.com

Latar Belakang Zinnov: Untuk maklumat lanjut, layari: https://zinnov.com

Sumber: Microland

Source: Microland
Keywords: Internet Technology Telecommunications