omniture

JA Solar Tandatangani Kontrak Bekalan Sediakan Modul untuk Projek 257MW di Vietnam

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-12-02 23:16 632

BEIJING, 2 Disember 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian dengan Shanxi Electric Power Engineering Co. Ltd (SEPEC), subsidiari China Energy Engineering Group, untuk membekalkan modul PERC mono berkecekapan tinggi kepada projek 257MW di Phu Yen, Vietnam.

Projek ini dikontrak oleh SEPEC dan dibangunkan oleh B. GRIMM, sebuah perbadanan berbilang perniagaan yang terlibat secara aktif dalam bidang tenaga. Projek ini adalah amat penting untuk pembangunan pasaran tenaga boleh diperbaharui di Vietnam selain negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Dalam majlis penandatanganan, En. Jiping Chen, Presiden SEPEC, menunjukkan penghargaan beliau terhadap JA Solar, "JA Solar merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran produk PV berprestasi tinggi. Kami yakin bahawa modul berkecekapan tinggi JA dan jaringan jualan global yang mantap akan mendayakan kejayaan projek. Selain itu, kami mengharapkan peluang untuk terus mengukuhkan perkongsian kami dengan JA Solar dan bekerjasama untuk projek-projek masa depan."

Dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga, simpanan bahan api fosil domestik yang terhad dan banyaknya sumber solar, Vietnam berkedudukan baik untuk membangunkan dan mengembangkan industri PV. Walau bagaimanapun, negara tersebut terletak di kawasan dengan keadaan persekitaran yang ekstrem menerusi suhu tinggi dan kelembapan tinggi sepanjang tahun. Ini menyebabkan keperluan ketat diperlukan terhadap prestasi modul solar, yang mana hanya produk PV dengan kualiti unggul dapat berfungsi dengan baik. Modul JA Solar berjaya melepasi ujian-ujian keandalan jangka panjang dan kebolehsesuaian persekitaran yang ketat dan mengekalkan output kuasa berkecekapan tinggi dan stabil secara jangka panjang. Hasilnya, jenama JA Solar begitu diiktiraf dalam pasaran dan dari masa ke masa, Syarikat membuat pengembangan perniagaan dengan meluas di seluruh negara.

En. Baofang Jin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, mengulas, "Kerjasama antara kedua-dua syarikat memperlihatkan pengiktirafan SEPEC terhadap produk dan perkhidmatan JA. Kami berharap dapat menjalin kerjasama untuk lebih banyak projek pada masa akan datang, membangunkan lagi pasaran solar dalam negara-negara 'Jalur dan Jalan' serta memberi faedah kepada lebih ramai individu daripada pembangunan tenaga solar."

Untuk pertanyaan media:

JA Solar Holdings Co., Ltd
http://www.jasolar.com/html/en/

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com  

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts