omniture

Pioneer Perhebatkan Lagi Ketersambungan Telefon Pintar dan Buktikan Saiz Bukan Penghalang Dengan Penerima A-Series dan Subwufer D-Series 2019

Pioneer Electronics Asia
2018-12-03 16:00 1645

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 3 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan pelancaran penerima kereta multimedia A-Series terkini, subwufer Nipis pasif D-Series, subwufer kotak pasif TS-D10LB D-Series dan subwufer berkuasa TS-WX400DA.

"Pemilik-pemilik kereta hari ini menuntut lebih lagi daripada apa yang ditawarkan oleh sistem hiburan yang dipasang di kilang. Mereka mengharapkan prestasi berkualiti dalam pakej yang mudah dipasang dan boleh disesuaikan," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Produk dan Pemasaran, Pioneer Electronics AsiaCentre. "Kami mereka bentuk produk-produk hiburan kereta baharu kami untuk membawakan penaiktarafan bunyi ketara melalui persaingan dan ketersambungan moden disediakan kepada pemandu harian, kesemuanya pada harga yang tiada tandingan."

New Pioneer AVH-A215BT A-Series Multimedia Receiver
New Pioneer AVH-A215BT A-Series Multimedia Receiver

KETERSAMBUNGAN DAN KEMUDAHAN LEBIH BAIK DENGAN SMARTPHONE CONNECT

Penerima A-Series baharu dapat memberikan pemandu dengan nilai lebih hebat dan ciri-ciri yang amat dicari-cari dalam pakej yang bergaya dan mesra pengguna. Ciri utama penerima A-Series ini ialah Smartphone Connect yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar mereka melalui paparan penerima. Setelah menghubungkan telefon bimbit Android terpilih kepada penerima melalui kabel USB, pengguna akan berupaya berinteraksi dengan aplikasi dan kandungan pada telefon pintar mereka melalui skrin luas 6.2-Inci penerima tersebut. Hasil daripada teknologi Bluetooth termaju, pemandu juga dapat membuat prapendaftaran sehingga tiga peranti didayakan Bluetooth (dengan dua peranti pada sambungan sepenuh masa) dan boleh menukar antara peranti dengan mudah hanya dengan satu ketikan.

Penerima A-Series juga berfungsi dengan kamera sandaran Pioneer, seraya memberikan ketenangan kepada pemandu dengan pengalaman meletakkan kenderaan yang selamat. Turut disediakan ialah antara muka pengguna baharu dengan rangkaian warna dan hiasan latar belakang yang boleh dipilih serta penyama grafik 13-jalur dengan pilihan untuk melaraskan kawalan frekuensi pelintas dan penjajaran masa manual.

New Pioneer TS-D10LS4 D-Series Passive Shallow Subwoofer
New Pioneer TS-D10LS4 D-Series Passive Shallow Subwoofer

SUBWUFER D-SERIES PIONEER 2019 – BUKTIKAN SAIZ BUKAN PENGHALANG

Subwufer pasif nipis baharu daripada Pioneer menawarkan bass mendalam dengan kelinearan, kedalaman dan definisi kuasa yang lebih baik tanpa gangguan. Biarpun motor dioptimum dengan pemasangan dipertingkat menghasilkan frekuensi rendah yang lebih mendalam dan lebih luas, kon pembesar suara yang direka semula dengan pemacu IMPP menjamin bunyi yang diperkaya dan tepat. Subwufer ini berukuran hanya 84mm tinggi, menjadikan pemasangan mudah – meskipun dalam kotak subwufer oleh pengeluar pihak ketiga. Subwufer kotak TS-D10LB juga direka untuk menghasilkan bass unggul meskipun hanya berukuran 115mm tinggi (dengan jaring) dan 300mm dalam.

SUBWUFER BERKUASA TS-WX400DA PIONEER -- KUASA BOLEH DISESUAIKAN DALAM PAKEJ KECIL

TS-WX400DA menyediakan pemandu dengan bass berkuasa yang dapat mengekalkan fidelitinya pada volum tinggi, sekaligus memastikan penggunaan kuasa yang rendah. Subwufer ini didatangkan dengan alat kawalan jauh berwayar Kawalan Bass Digital yang memberi pilihan kepada pemandu untuk beralih antara praset mendalam atau dinamik atau melaraskan peningkatan bass, pelintas, fasa dan tetapan DBC mengikut pilihan mereka. Dengan ukuran hanya 300mm lebar, 200mm dalam dan 100mm tinggi, TS-WX400DA baharu boleh dipasang dengan mudah, meskipun dalam ruang yang sempit di bawah tempat duduk kereta – hasil hebat yang sukar dicapai dengan subwufer pesaing.

Penerima A-Series

Saiz Skrin

Jenis

Pemacu DVD

AVH-A215BT

6.2-Inci

2 DIN

Disertakan

MVH-A215BT

Tidak disertakan

 

Subwufer D-Series

Saiz

Jenis

Impedans

Kuasa Maksimum/Nominal

TS-D10LS4

25cm (10-Inci)

Subwufer Nipis Pasif

4ohm


1300W/350W

 

TS-D10LS2

Subwufer Nipis Pasif

2ohm

TS-D10LB

Subwufer Kotak Pasif

2ohm

 

Aksesori Pilihan

Saiz

Serasi Dengan

Sisipan Jaring Jeriji Keluli UD-10GL

25cm (10-Inci)

TS-D10LS4 dan TS-D10LS2

 

Subwufer Berkuasa

Saiz

Jenis

Kuasa Maksimum/Nominal

TS-WX400DA

24cm x 14cm
(9-Inci)

Subwufer Berkuasa

250W/100W

Produk-produk baharu ini akan disediakan oleh pengedar-pengedar sah Pioneer mulai Disember 2018. Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imej-imej beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/vo1joxlskgd8l2u/AACxx4owWFI9DycjLDYgRZ1aa?dl=0

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Catatan tambahan:

i.

Jangan gunakan sistem Pioneer anda semasa memandu sekiranya ia akan menjejaskan keselamatan anda. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.

ii.

Penerima Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja.  

iii.

Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih didayakan Bluetooth yang serasi.

iv.

Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad dalam peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

v.

Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada peranti semasa menggunakan penerima tersebut.

vi.

Berhubung USB Type-C™ - pemandu perlu menghubungkan telefon kepada penerima yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP hanya menggunakan CD-CU50, kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m) atau melalui kabel sambungan Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer. Dalam sesetengah keadaan, membuat sambungan dengan kabel USB Type-C konvensional mungkin tidak berfungsi.

vii.

iPhone dan semua tanda berkaitan merupakan tanda dagangan Apple Inc.

viii.

Android dan tanda-tanda lain yang berkaitan merupakan tanda dagangan Google In c.

ix.

BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

x.

Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181105/2289394-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181105/2289394-1-b 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1LOGO

Source: Pioneer Electronics Asia
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Music Computer Accessories Transportation New products/services