BERLIN, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ --
Menerusi Persidangan Perubahan Iklim PBB di Katovice (COP24) yang kini sedang berlangsung, komuniti antarabangsa membincangkan bagaimana untuk mengurangkan emisi CO2 secara drastik. Pengangkutan merupakan faktor utama, bertanggungjawab terhadap satu perlima daripada emisi CO2 global - dan trend ini terus meningkat.
Syarikat teknologi Jerman, Graforce telah membangunkan teknologi unik untuk menghasilkan bahan api neutral-iklim dan sintetik daripada air kumbahan perindustrian serta tenaga boleh diperbaharui. Dengan kos penghasilan hidrogen yang rendah, pelbagai jenis air kumbahan dan pengurangan ketara emisi, teknologi plasmalisis baharunya dapat memberi sumbangan penting bagi menggantikan bahan api fosil.
"Kita masih berada jauh daripada sasaran iklim yang dipersetujui di Paris. Inilah saat yang paling sesuai untuk merebut setiap peluang," jelas Dr. Jens Hanke, pengasas Graforce. "E-bahan api adalah kritikal kepada perlindungan iklim, khususnya dalam sektor pengangkutan."
Gasolin, diesel, gas asli, kerosin: penghasilan bahan api neutral-iklim dapat dijayakan
Graforce telah mengusahakan masa depan bekalan tenaga sejak tahun 2010. Di loji Power2X di Berlin, Graforce telahpun menghasilkan hidrogen menggunakan proses plasmalisis yang dibangunkan sendiri. Berbeza dengan elektrolisis yang menggunakan air suling, plasmalisis menghasilkan hidrogen daripada sebatian kimia tinggi tenaga dalam air kumbahan. Proses ini mengurangkan separuh kos pengeluaran dan membawa kepada hasil yang jauh lebih tinggi.
Medan ketegangan tinggi - yang digelar sebagai plasma - dihasilkan daripada tenaga solar atau angin di atas air kumbahan, yang dihasilkan, sebagai contoh, dalam proses penghasilan melibatkan biogas, kumbahan atau loji perindustrian. Plasma ini menguraikan sebatian karbon dan nitrogen (urea, asid amino, nitrat dan ammonium) yang terkandung dalam air tersebut menjadi atom-atom berasingan, yang kemudiannya mengikat semula. Ini menghasilkan hidrogen dan - bergantung pada keperluan - CO, CO2 atau metana (CH4).
Bahan api cecair sintetik kemudiannya dapat dihasilkan daripada CO2 atau CO dan hidrogen yang terhasil menggunakan proses Fischer-Tropsch terbukti. Paling penting, bahan api ini dapat menjadikan pengangkutan perjalanan jauh, penerbangan dan perkapalan lebih mesra alam tanpa memerlukan sebarang pelarasan atau sekatan.
Menggunakan metana atau mencampurkan hidrogen dengan biogas dapat menghasilkan HCNG, yang dapat digunakan sebagai bahan api dalam kenderaan gas asli dan apabila digabungkan dengan haba dan loji kuasa dapat mengurangkan emisi (CO2, CO, HC, NOx) sebanyak 20 hingga 60 peratus. Satu-satunya produk sisa yang tinggal ialah air tulen dan oksigen. Graforce menjalin kerjasama dengan pembuat kereta Audi, syarikat utiliti Berliner Wasserbetriebe dan firma-firma lain.
- Silang rujukan: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) -
Untuk maklumat lanjut: http://www.graforce.com
Hubungi
Graforce GmbH
Dr. Jens Hanke
Johann-Hittorf-Str. 8
12489 Berlin
Telefon: +49 30 - 63 2222-110
presse@graforce.de