omniture

Agoda dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi tandatangani MoU capai matlamat wawasan 2030 dengan 30 juta jemaah

Agoda
2018-12-06 16:48 792

SINGAPURA, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Agoda, salah satu ejen perjalanan dalam talian (OTA) yang paling pantas berkembang di dunia serta Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyokong matlamat wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kapasitinya kepada lebih 30 juta jemaah dengan menggunakan kepakaran teknologi dan perjalanan, keupayaan platform pemasaran, instrumen dan sumber kecerdasan Agoda.

Agoda dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi tandatangani MoU capai matlamat wawasan 2030 dengan 30 juta jemaah
Agoda dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi tandatangani MoU capai matlamat wawasan 2030 dengan 30 juta jemaah

Perjanjian ditandatangani pada hari Isnin, 3 Disember 2018 oleh T.Y.T. Dr. Mohammad Saleh bin Taher Benten, menteri Haji dan Umrah Saudi dengan kehadiran Damien Pfirsch, Naib Presiden Perkongsian & Program Strategik Agoda, semasa upacara rasmi di pejabat Kementerian Haji dan Umrah. Para tetamu Umrah ke Arab Saudi kini dapat mengunjungi portal khusus Agoda agoda.com/umrah bagi mengakses hotel-hotel terpilih yang diperakui oleh Kementerian Haji dan Umrah bagi tujuan tempahan jemaah Umrah dan Haji, selain laman tempahan yang lebih luas. Para jemaah dapat mencari pelbagai pilihan penginapan dengan mudah dan menempah dengan selamat melalui portal berbilang bahasa dan berbilang mata wang.    

Di bawah MoU ini, iaitu MoU pertama ditandatangani oleh Kementerian Haji dan Umrah dengan OTA global, pihak-pihak akan bersama-sama meninjau cara untuk mereka menakrifkan semula masa depan perjalanan untuk jemaah dari seluruh dunia ke Arab Saudi, menjalin kerjasama bagi membantu membangunkan perkhidmatan masa depan termasuk aliran tetamu dan tempahan penginapan. MoU ini akan memanfaatkan pengetahuan dan pemahaman Kementerian Haji dan Umrah tentang keperluan jemaah ke Kota Suci dan kepakaran teknologi Agoda, bagi membolehkan rakan-rakan kongsi meneroka cara untuk menggunakan teknologi bagi mengurus peningkatan jumlah tetamu yang dijangkakan ke Arab Saudi dan menjadikan tempahan penginapan lebih mudah diakses, lebih mudah, lebih pantas dan terjamin.

Menurut Wawasan Saudi 2030 yang diumumkan pada tahun 2016, dekad lalu menyaksikan bilangan jemaah Umrah dan Haji yang memasuki negara tersebut dari luar negara meningkat tiga kali ganda. Ibadah Haji setiap tahun memainkan peranan penting dalam industri pelancongan Arab Saudi, dengan pihak kerajaan menyasarkan untuk mengembangkan sektor ini kepada 15 juta jemaah Haji dan Umrah setiap tahun menjelang tahun 2020 dan 30 juta tetamu Haji dan Umrah menjelang tahun 2030.

John Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, berkata: "Kami berasa bangga dan berbesar hati kerana dipilih oleh pihak Kementerian bagi menyediakan penyelesaian teknologi kami yang terbaik dalam kelas tatkala mereka berusaha untuk mencapai wawasan 2030. Dengan kepakaran Agoda dalam perkhidmatan penginapan dan perjalanan, perkhidmatan pengedaran global, e-pemasaran dan penjenamaan digital, kami ingin menjadi rakan kongsi penting yang dapat membantu mereka mencapai matlamat mereka untuk menampung 30 juta tetamu Umrah dan Haji ke Arab Saudi."

Catatan untuk editor:

Latar Belakang Agoda

Agoda ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pantas berkembang di dunia. Bermula sebagai syarikat baharu e-dagang yang berpangkalan di Singapura pada tahun 2005, Agoda berkembang untuk menawarkan jaringan global melibatkan 2 juta hartanah di lebih 200 negara dan wilayah seluruh dunia, menawarkan pengembara dengan akses mudah kepada pilihan luas hotel mewah dan hotel jimat, pangsapuri, rumah dan vila untuk disesuaikan dengan semua peruntukan perbelanjaan dan peristiwa pengembaraan.

Beribu pejabat di Singapura, Agoda merupakan sebahagian daripada Booking Holdings (Nasdaq: BKNG) dan menggaji lebih 3,700 kakitangan merentas 53 bandar di lebih 30 negara. Agoda.com dan aplikasi mudah alih Agoda disediakan dalam 38 bahasa.

www.agoda.com/press

Latar Belakang Kementerian Haji dan Umrah

Kementerian Haji dan Umrah (http://www.haj.gov.sa) berusaha memudahkan pelaksanaan ibadah Haji, Umrah dan ziarah ke Tempat-tempat Suci buat setiap umat Islam dengan cara yang melibatkan ketenangan, ketenteraman, keamanan dan keselamatan, agar dapat memberikan mereka dengan ketenangan psikologi serta membolehkan mereka melaksanakan ibadah mereka dengan mudah. Selain itu, ia berhasrat untuk menjadikan ibadah Haji, Umrah mahupun ziarah suatu kenangan indah, membolehkan Tetamu Allah memberi gambaran dan imej mental terbaik tentang Kerajaan Arab Saudi.

Kementerian menyasarkan untuk menyediakan mereka dengan perkhidmatan terbaik sejurus ketibaan mereka dan mengelakkan masalah yang mungkin dialami oleh jemaah haji dalam perjalanan Haji mereka sebaik berlepas, agar mereka kembali ke negara mereka dengan membawa pulang kenangan terbaik tentang Kerajaan Arab Saudi dan perjalanan Haji mereka.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180212/2053750-1LOGO
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181205/2316776-1

Source: Agoda
Related Stocks:
NASDAQ:BKNG
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Electronic Commerce Travel Contracts Data Analytics