THE HAGUE, Belanda, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Sempena berlangsungnya Hari Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar (WJC), hari ini menyiarkan laporan Operasi Naga: Pendedahan bukti baharu penularan rasuah dan penyeludupan dalam perdagangan penyu dan kura-kura (1) yang memperincikan Operasi Naganya, satu penyiasatan selama 2 tahun (2016-2018) terhadap perdagangan haram spesies reptilia terancam bernilai berjuta-juta dolar di Asia Selatan dan Asia Tenggara dan penularan kegiatan rasuah yang mendorong kegiatan jenayah hidupan liar ini.
Dalam Operasi Naga, WJC bekerjasama erat dengan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCCB) India, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan bersama Program Jenayah Alam Sekitar INTERPOL. Kolaborasi ini membuahkan keputusan kukuh di lapangan: lapan jaringan penyeludupan hidupan liar dimusnahkan dengan ketara, 30 tangkapan dibuat dan lima pedagang haram telahpun dipenjarakan, manakala suspek-suspek lain sedang menanti proses perbicaraan. Lebih 6,000 reptilia hidup, bermula dengan spesies yang terjejas kepada spesies yang terancam secara kritikal, dirampas oleh pihak berkuasa daripada aktiviti perdagangan haiwan peliharaan haram tersebut.
"Sejumlah besar bukti yang dikumpul melalui penyiasatan secara penyamaran dan analisis perisikan menyeluruh oleh WJC telah memberi pemahaman mendalam tentang peranan individu dan dinamik rangkaian, membolehkan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menyasarkan pedagang haram tahap tinggi, iaitu mereka yang mendapat manfaat paling banyak daripada jenayah ini," kata Sarah Stoner, Pengurus Penyiasatan Kanan di WJC.
Operasi Naga menggambarkan skala dan penyelarasan rasuah yang memudahkan perdagangan haram penyu air tawar dan kura-kura di seluruh rantau. Analisis perisikan yang teliti mendedahkan bahawa terdapatnya kebenaran penyeludupan berterusan melalui rasuah terancang dalam kalangan pegawai-pegawai di lapangan terbang dan hab pengangkutan. 'Penetapan' ini (seperti mana yang dinamakan oleh para pedagang haram itu sendiri) membolehkan penghantaran stok dalam kuantiti yang besar dibuat bagi meminimumkan risiko pengesanan jaringan.
Penyiasat-penyiasat WJC ditawarkan sebanyak lebih daripada 20,400 penyu air tawar dan kura-kura daripada 16 spesies berbeza dalam senarai Lampiran I dan II CITES, termasuk haiwan yang terancam secara kritikal, sepanjang tempoh operasi berkenaan. WJC juga berupaya mengumpul maklumat harga yang komprehensif: berdasarkan senarai harga milik pedagang haram itu sendiri, nilai borong haiwan yang didokumentasikan dan ditawarkan adalah melebihi USD 3J. Nilai runcit adalah jauh lebih tinggi. Angka ini adalah berdasarkan harga semasa daripada beberapa titik data berbeza merentas beberapa negara dan dalam tempoh yang panjang (2).
"Pasukan kami turut mencatatkan peningkatan aktiviti penyeludupan penyu air tawar yang lebih luar biasa dan bernilai lebih tinggi. Dengan status populasi rentan mereka, terdapat kebimbangan bahawa sebarang usaha membawa keluar haiwan tersebut daripada habitat semula jadi akan memberi impak yang ketara pada kebolehan mereka untuk pulih," tambah Stoner.
Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar (WJC) beroperasi di seluruh dunia untuk memusnahkan dan membantu menghapuskan jaringan jenayah transnasional terancang yang mendagangkan hidupan liar, kayu balak dan ikan. Kami melaksanakan usaha ini dengan mengumpul bukti dan mengubahnya menjadi kebertanggungjawaban.
Catatan untuk editor:
Sumber: The Wildlife Justice Commission