LONDON, 6 Disember 2018/PRNewswire/ --
Berasaskan keputusan kajian perubahan tingkah laku terbesar terhadap aktiviti fizikal, Vitality dan jaringan global syarikat insurans komited secara kolektif untuk meningkatkan kesihatan berjuta-juta individu sepanjang tujuh tahun akan datang. Hal ini sejajar dengan Pelan Tindakan Global terhadap Aktiviti Fizikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang bertujuan untuk menangani pertumbuhan dramatik dalam penyakit gaya hidup, yang sebahagiannya disebabkan oleh kurangnya senaman.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8458751-vitality-insurers-people-more-active-2025/
Insentif dan Aktiviti Fizikal, yang dijalankan oleh institut penyelidikan bebas utama, RAND Europe, mendapati terdapat purata peningkatan tahap aktiviti peserta sebanyak 34% menggunakan Ganjaran Aktif Vitality dengan Apple Watch. Kajian ini menilai tingkah laku lebih 400 000 individu di UK, AS dan Afrika Selatan.
Adrian Gore, Ketua Eksekutif Discovery dan pengasas Vitality, mendedahkan dapatan kepada pemimpin, ilmuwan dan penggubal dasar dari seluruh dunia dalam satu acara di London. Kajian ini menilai kesan Ganjaran Aktif Vitality dengan Apple Watch terhadap tahap aktiviti fizikal jangka panjang peserta. Dapatan utama termasuk:
"Kajian utama ini membantu kami memahami bagaimana orang ramai dapat diberi insentif demi menjalani kehidupan yang lebih sihat," kat Gore. "Kepentingan untuk individu, industri insurans dan masyarakat yang lebih luas adalah mendalam."
Vitality telah mencapai skala global melalui perkongsian yang membuahkan hasil dengan syarikat insurans utama dan majikan paling berpandangan jauh di seluruh dunia. Rakan-rakan kongsi ini termasuk AIA, Generali, John Hancock, Manulife, Ping An dan Sumitomo Life, kesemuanya telah menyatakan komitmen untuk menjadikan 100 juta individu 20% lebih aktif secara fizikal menjelang tahun 2025.
Dapatkan maklumat lanjut tentang kajian ini dan jaringan Vitality global di sini.
Latar Belakang Vitality
Vitality ialah platform perubahan tingkah laku utama yang menggunakan kuasa insentif, data dan ekonomi tingkah laku untuk menjadikan orang ramai lebih sihat selain meningkatkan dan melindungi kehidupan mereka. Vitality Group bertanggungjawab untuk peluasan global model Insuran Nilai Dikongsi Vitality menggunakan keupayaan Discovery dan rangkaiannya. Vitality ditubuhkan 20 tahun lalu oleh Discovery Limited - sebuah syarikat perkhidmatan kewangan utama yang tersenarai dalam Bursa Saham Johannesburg. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.vitalitygroup.com.
Program Ganjaran Aktif Vitality dengan Apple Watch memanfaatkan kit alatan sains tingkah laku komprehensif, merangkumi insentif jangka pendek dan panjang seperti penghindaran kerugian dan prakomitmen. Insentif jangka pendek mencetuskan rasa segera, dengan ahli-ahli diganjari secara mingguan kerana mencapai matlamat mingguan mereka. Bagi yuran pengaktifan pendahuluan minimum, ahli-ahli dapat mengurangkan bayaran bulanan Apple Watch mereka kepada sifar dengan memenuhi matlamat aktiviti fizikal, termasuk senaman harian dan pembakaran kalori yang aktif. Kedua-dua komponen tersebut memperkuat antara satu sama lain dan mencipta ekosistem perubahan tingkah laku.
https://www.multivu.com/players/uk/8458751-vitality-insurers-people-more-active-2025/