omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Sanya anjur Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya 2018

2018-12-06 23:42

SANYA, China, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Menerusi tema "Sungai Lancang-Mekong Terbuka dan Inovatif untuk Masa Depan dengan Jalinan Kerjasama Saling Menguntungkan", Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya 2018 membuka tirainya di Sanya, sebuah bandar tapi laut di wilayah pulau selatan China Hainan pada 23 November lalu. Di bawah bimbingan Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan, Jabatan Perdagangan Wilayah Hainan dan Pejabat Hal Ehwal Wilayah Hainan dan Hal Ehwal Cina Luar Negara, forum ini dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Sanya dan turut dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya serta Pejabat Hal Ehwal Cina Asing dan Luar Negara Sanya. Lebih 200 tetamu termasuk para delegasi dari 18 bandar di China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam, selain wakil-wakil konsular asing dan pakar-pakar industri pelancongan dari negara-negara di sepanjang Sungai Lancang-Mekong mengambil bahagian dalam forum tersebut.

Majlis perasmian Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya 2018
Majlis perasmian Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya 2018

Tong Daochi, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC dan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Sanya CPC, berkata semasa majlis perasmian tersebut bahawa Sanya telah memperoleh banyak manfaat daripada jalinan kerjasama dengan bandar-bandar di sepanjang Sungai Lancang-Mekong yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan laluan penerbangan baharu, pelancongan, pertukaran budaya dan perdagangan dua hala sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sanya merancang untuk membincangkan prospek dan peluang yang akan terus mengukuhkan kerjasama dengan bandar-bandar melalui forum dengan tujuan untuk mencipta platform pertukaran bagi kebudayaan, pendidikan, pertanian dan pelancongan, tambah beliau.

Mesyuarat meja bulat semasa Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya 2018
Mesyuarat meja bulat semasa Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya 2018

Konsul besar Thailand di Guangzhou, Vasin Ruangprateepsaeng, yang menghadiri dua edisi terdahulu acara tersebut, berkata bahawa forum berkenaan merupakan satu pertemuan konstruktif yang menjurus kepada peningkatan kerjasama antara bandar-bandar dan negara-negara di sepanjang Sungai Lancang-Mekong. Acara tahun ini sangat penting dan tepat pada masanya, melihatkan kepesatan pembangunan ekonomi dan dasar-dasar buka pintu yang lebih luas di China dan negara-negara di sepanjang Sungai Lancang-Mekong selain pelaksanaan inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan oleh China dan rancangan Thailand terhadap Koridor Ekonomi Timur dan Thailand 4.0, kesemuanya pasti dapat meningkatkan faedah-faedah yang akan diterima oleh negara-negara tersebut daripada jalinan kerjasama pelancongan, tambah beliau.

Soudaphone Khomthavong, Timbalan Pengarah Jabatan Maklumat, Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Luang Prabang di Laos, berkata bahawa forum ini membuka peluang-peluang hebat kepada bandar-bandar di sepanjang Sungai Lancang-Mekong dan membantu mereka mengukuhkan kekuatan mereka dalam sektor pelancongan. Luang Prabang menjalin perkongsian melibatkan sumber-sumber pelancongan dengan China, selain dasar-dasar menguntungkan Laos yang menyasarkan pelancong-pelancong Cina seperti visa semasa tiba. Beliau berkata bahawa dasar-dasar tambahan yang memberi manfaat kepada pelancong-pelancong Cina akan diperkenalkan menerusi Tahun Pelancongan China-Laos akan datang pada tahun 2019.

Acara selama dua hari itu melibatkan mesyuarat meja bulat, pameran kolaboratif bandar-bandar Lancang-Mekong dan beberapa sesi kelompok berhubung kolaborasi dalam sektor pelancongan. Semasa mesyuarat meja bulat, bandar-bandar pelancong Lancang-Mekong merangka Memorandum Persefahaman (MOU) bagi mengukuhkan kerjasama memandangkan ia berkaitan dengan pelancongan dalam tujuh aspek penting termasuk mewujudkan mekanisme komunikasi pelancongan bersama; membuka laluan udara baharu; membuka laluan pelayaran baharu; dan terlibat dalam projek-projek kolaboratif tambahan.

Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) pertama telahpun diadakan di Sanya pada Mac 2016, diikuti dengan Forum Kerjasama Bandar-bandar Pelancong Sungai Lancang-Mekong Sanya pertama yang diadakan di Sanya pada lewat tahun yang sama bagi memuktamadkan perbincangan yang dimulakan semasa LMC, menekankan kesediaan bandar-bandar untuk mempromosi kerjasama pelancongan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181124/2308452-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181124/2308452-1-b

Source: Sanya Tourism Development Commission
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Entertainment

Travel

Trade show news

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us