DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 7 Disember 2018 /PRNewswire/ --
INR 100 Juta dilabur dalam ShoppRe, berfungsi sebagai penghubung antara mereka yang tinggal di luar negara dan Laman Beli Belah India seperti Flipkart, Myntra, Amazon dan sebagainya
ShoppRe.com, sebuah syarikat penghantaran & penggabungan Antarabangsa, yang mengoptimumkan e-dagang rentas sempadan dari India, mula bertapak di Dubai menerusi beberapa kempen pemasaran.
Duta jenama - Cik Priyamani, Pelakon Pemenang Anugerah Kebangsaan dan suami beliau, En. Mustufa Raj, seorang ahli perniagaan terkenal - memulakan Pelancaran Rasmi di Flora Inn Hotel, Dubai, dengan melancarkan kempen iklan baharu.
"Saya benar-benar dapat memahami mereka yang baru sahaja berpindah ke luar negara dan amat merindui aktiviti membeli belah dari India. ShoppRe memberi peluang untuk membolehkan barangan India kegemaran anda dihantar terus ke depan pintu rumah anda," kata Priyamani.
En. V.A. Hassan - Ketua Pegawai Eksekutif Flora Group of Hotels & SBK Real-Estate, Dubai - pelabur utama syarikat, melancarkan laman sesawang tersebut.
"Saya telah berada di Dubai selama lebih 4 dekad. Saya dapat menyaksikan permintaan tinggi terhadap produk-produk India seperti fesyen, makanan dan sebagainya yang popular di mana-mana juga, namun sukar diakses atau amat mahal harganya,"kata beliau.
Saira Hassan dan Nikkitha Shanker menubuhkan ShoppRe pada Oktober 2016. Setakat ini, mereka telah memenuhi pesanan bernilai INR 40 juta untuk lebih 15,000 pelanggan, yang bukan hanya terdiri daripada penduduk India, tetapi juga sejumlah besar warga bukan India; dan telah menghantar ke lebih 80 negara. Kepakaran mereka dalam kastam dan peraturan memberi akses malah kepada item-item yang istimewa seperti Produk-produk Ayurveda.
"Kami ingin menyelesaikan dua masalah utama: Kebanyakan penjual India tidak menawarkan penghantaran antarabangsa dan beberapa laman sesawang India tidak menerima pembayaran Kad Antarabangsa,"kata Saira.
"Misi kami adalah untuk memanfaatkan minat kami terhadap perkhidmatan dan kepakaran penghantaran unggul bagi menggembirakan pelanggan dengan setiap penghantaran daripada ShoppRe," kata Nikkitha.
Latar Belakang ShoppRe:
Perkhidmatan ShoppRe termasuk:
Perkhidmatan 'Beli & Hantar' ('Shop & Ship' service) menawarkan pembeli belah antarabangsa dengan alamat penghantaran maya India dengan Lokar Peribadi. Belian disimpan bagi tempoh percuma selama 20 hari. Pakej kemudiannya digabungkan menjadi SATU pakej, menjimatkan sehingga 60-80% kos penghantaran. Pakej diserahkan hanya dalam tempoh 3-6 hari.
Perkhidmatan 'Pembeli Belah Peribadi' membeli belah bagi pihak pelanggan sekiranya mengalami sebarang kesukaran pembayaran.
'Kurier ShoppRe' membolehkan pelanggan menetapkan pengambilan pakej mereka dari mana-mana jua di India.
Facebook: https://www.facebook.com/1819630241632764/posts/2169210046674780/
Hubungi:
+91-8277919191
support@shoppre.com