omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Pengguna di Malaysia ingin jenama bangkit untuk usaha kebajikan tempatan

2018-12-07 12:35
  • 93% percaya jenama harus terlibat dalam isu-isu yang penting buat mereka
  • Kesihatan, kesejahteraan dan kemiskinan merupakan isu-isu sosial paling penting
  • 64% lebih berkemungkinan membeli daripada jenama yang lebih selari dengan pandangan mereka

SINGAPURA, 7 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pengguna di Asia lebih memilih jenama-jenama yang terlibat dalam isu-isu sosial – dengan syarat isu-isu ini merupakan usaha kebajikan yang penting buat mereka secara peribadi. Menurut Purpose in Asia, satu laporan baharu daripada Kantar, 90% daripada pengguna di rantau ini dan 93% pengguna di Malaysia mahu jenama terlibat dalam isu-isu yang dititikberatkan oleh mereka dan ini bermakna tujuan asal suatu jenama kini menjadi suatu jangkaan dan bukannya bonus.

Menyelarikan isu-isu yang penting buat pengguna juga menjamin hasil perniagaan yang baik. 64% daripada individu yang disoal selidik di Malaysia berkata bahawa mereka lebih berkemungkinan membeli daripada jenama-jenama yang selari dengan pandangan mereka dan bilangan yang sama (65%) berkata mereka berbesar hati untuk membayar 'lebih' untuk jenama-jenama dengan kelayakan yang lestari.

Kajian ini turut mendedahkan terdapatnya pemisahan antara usaha kebajikan yang mendominasi media global dan kempen jenama antarabangsa serta isu-isu yang penting buat pengguna di Asia. Biarpun perubahan iklim dan kesaksamaan jantina merupakan dua isu berprofil tinggi yang berkemungkinan besar mendapat perhatian penduduk di Asia, usaha kebajikan yang memberi kesan langsung kepada mereka adalah paling utama buat mereka secara peribadi, seperti kesihatan, kesejahteraan atau pembasmian kemiskinan.

Keputusan kajian menekankan peranan media sosial dalam menularkan maklumat tentang projek kebajikan. Televisyen masih menjadi saluran yang mana kebanyakan individu mendapat tahu tentang isu-isu sosial. Walau bagaimanapun, bangkitnya media sosial dalam kebanyakan negara di Asia memudahkan bentuk penyertaan yang lebih aktif. Sebanyak 57% individu di Malaysia berkata mereka menyukai catatan di media sosial berkisarkan isu yang dititikberatkan oleh mereka manakala 53% telah berkongsi catatan atau artikel.

Hasilnya, media sosial memberi kesan kepada tingkah laku. 67% individu di Malaysia berkata mereka lebih sedar tentang suatu isu dalam kehidupan harian setelah melihat catatan mengenainya di media sosial manakala 30% berkata mereka telah mengubah tingkah laku mereka, akibat daripadanya.

Dari segi bagaimana jenama-jenama perlu terlibat dalam isu-isu, keaslian merupakan kuncinya. Pengguna pantas mencabar jenama-jenama yang menyokong suatu usaha kebajikan secara luaran, namun sekaligus mempunyai masalah dengan amalan perniagaan mereka sendiri atau jenama-jenama yang salah faham mengenai cara yang diperlukan untuk terlibat dalam isu-isu yang membangkitkan emosi. Pasaran-pasaran maju lebih skeptikal mengenai penglibatan jenama. Hanya 33% daripada penduduk Australia berpendapat bahawa jenama-jenama berupaya untuk benar-benar terlibat dengan isu-isu berbanding di India yang mana 74% penduduknya melihatnya sebagai aktiviti jenama yang boleh dipercayai.

Pengguna percaya bahawa jenama-jenama mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam menyokong isu-isu yang penting buat orang ramai. Mendidik pengguna tentang suatu isu merupakan aktiviti utama yang disebutkan, diikuti dengan memulakan serta membiayai program-program untuk menyokong isu berkenaan dan selanjutnya membiayai organisasi-organisasi berkenaan secara langsung.

Joy Lee, Perunding Digital Serantau untuk Bahagian Pemahaman Kantar berkata: "Kini, jenama-jenama telah memahami kuasa matlamat selama beberapa tahun. Walau bagaimanapun, cabarannya terletak dalam mengenal pasti matlamat yang memberi makna dalam seluruh landskap Asia yang pelbagai dan seterusnya menghubungkannya dengan cara yang sebenar. Jenama-jenama kini dibenarkan untuk terlibat dan membawa perubahan. Berita baiknya ialah hal ini tidak semestinya dilakukan dengan mencetuskan kekalutan di pentas global. Ia juga boleh dilakukan dengan menyokong inisiatif-inisiatif tempatan dan mendorong perubahan yang kecil namun bermakna yang penting buat kebanyakan individu."

Catatan untuk editor:

Latar belakang kajian:

Komponen kajian kuantitatif yang dijalankan untuk Purpose in Asia menyoal selidik lebih 3,000 individu berusia lebih 18 tahun yang mendapat akses internet. Kaedah ini dilaksanakan oleh Lightspeed pada bulan Ogos dan September 2018 dalam sembilan pasaran: Australia, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Taiwan. Bagi memastikan penyelarasan, kajian ini menggunakan kerangka konsisten daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SGD) PBB. Seterusnya, analisis media sosial menggunakan Netbase telah dijalankan. Data mencakupi ulasan selama setahun. Tanah Besar China dikecualikan memandangkan landskap media sosialnya jauh berbeza; ini membolehkan perbandingan lebih baik dibuat dalam konteks yang lebih seragam.

Latar Belakang Kantar: 

Kantar ialah salah sebuah syarikat data, pemahaman dan perundingan yang terkemuka di dunia. Bekerjasama merentas seluruh spektrum dalam bidang penyelidikan dan perundingan, jenama-jenama pakarnya, menggaji 30,000 kakitangan, memberi pemahaman berinspirasi dan strategi perniagaan kepada pelanggan di 100 negara. Kantar merupakan sebahagian daripada WPP dan perkhidmatannya digunakan oleh lebih separuh syarikat Fortune Top 500.

 

Source: Kantar
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Advertising

Computer/Electronics

Publishing/Information Service

Social Media

Corporate Social Responsibility

Survey, Polls & Research

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us