omniture

Comviva Menang Anugerah Dunia Pemesejan dan SMS buat Tahun Ketiga Berturut-turut

Comviva
2018-12-07 21:56 1334

LONDON, 7 Disember 2018/PRNewswire/ --

  • Dianugerah bagi kategori Produk Sekuriti Pemesejan Terbaik dan Inovasi Pemesejan Terbaik - Penyelesaian Perusahaan 

Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, memenangi dua anugerah di Anugerah Global Pemesejan & SMS 2018 bagi kategori "Produk Sekuriti Pemesejan Terbaik" untuk penyelesaian Tembok Api Pemesejannya dan "Inovasi Pemesejan Terbaik - Penyelesaian Perusahaan" untuk platform Ngage. Pemenang-pemenang diumumkan baru-baru ini dalam majlis penyampaian anugerah yang diadakan di London.

Ini merupakan kemenangan Anugerah Dunia Pemesejan dan SMS kali ketiga berturut-turut buat Comviva. Pada tahun 2016, Mahindra Comviva memenangi anugerah bagi kategori "Penyedia Pemesejan SMS A2P Terbaik" manakala pada tahun 2017, syarikat diiktiraf dalam kategori "Produk Perusahaan SMS Terbaik".

Aditya Dhruva, Naib Presiden dan Ketua Penyelesaian Pemesejan dan Jalur Lebar di Comviva, berkata, "Kami teruja kerana memenangi dua anugerah dalam acara Anugerah Dunia Pemesejan dan SMS, yang merupakan satu-satunya acara berfokus pemesejan di dunia. Mantra Comviva yang "mengutamakan pelanggan" menghasilkan penciptaan penyelesaian inovatif yang membantu pengendali merealisasikan matlamat dan objektif mereka. Kami berbangga kerana penyelesaian pemesejan kami hari ini dapat menampung lebih 1 bilion pelanggan merentas geografi."

Penyelesaian Tembok Api Pemesejan Comviva ialah penyelesaian sekuriti pemesejan paling komprehensif yang mendayakan pengendali untuk meraih keuntungan secara berkesan melalui trafik A2P mereka dan melindungi pengguna dan pelanggan perusahaan mereka daripada ancaman penyalahgunaan mudah alih yang semakin meningkat. Penyelesaian ini berjaya diatur dan digunakan oleh banyak pengendali di Asia, MENA dan rantau Afrika khususnya untuk menyekat laluan kelabu (pertengahan) dan mengisyaratkan ancaman. Ia telah meningkatkan trafik SMS A2P sehingga 300% dan menunjukkan minimum peningkatan pendapatan sebanyak lima kali ganda kepada pengendali.

Platform Ngage Comviva membolehkan perusahaan mewujudkan perbualan berprogram tersuai dan membangunkan robot sembang (chatbot) yang dapat dilancarkan dalam pelbagai aplikasi pemesejan seperti Facebook, Telegram, Twitter dan Skype. Platform ini telah menakrifkan terlebih dahulu templat robot sembang untuk pelbagai industri dan senarai tindakan yang menjadikan pembangunan dan pelancaran robot amat mudah dan pantas. Ngage membolehkan perusahaan mencipta robot untuk mencapai objektif-objektif utama seperti Pencetusan Minat Pengguna, Sokongan Pelanggan, tinjauan Maklum Balas dan transaksi edagang.

Anugerah Pemesejan & SMS Dunia menyatukan pemimpin-pemimpin industri antarabangsa bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian tinggi dalam ekosistem Pemesejan dan SMS.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com  

Sumber: Comviva

Source: Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Awards