omniture

JIUYE SCM Bolot Tiga Anugerah Penting dalam Industri Logistik Rangkaian Sejuk di China

JIUYE SCM
2018-12-08 02:16 1055

Akhiri Dengan Tahun Pencapaian, Termasuk Pelaburan daripada CP Group dalam Pembiayaan Siri C

SHANGHAI, 8 Disember 2018 /PRNewswire/ -- JIUYE Supply Chain (JIUYE SCM), penyedia perkhidmatan rantaian bekalan segar yang terkemuka di China, baru sahaja dinobatkan sebagai "Syarikat Inovatif Cina 2018 dalam Industri Logistik" yang dianugerahkan oleh Equal Ocean, media teknologi perindustrian utama, pada akhir November di Beijing. Kegemilangan semakin diperhebat pada hari berikutnya apabila penyedia penyelesaian rangkaian sejuk itu dianugerahkan sebagai antara "10 Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Sejuk Terbaik China 2018" dan "Syarikat Rantaian Bekalan Sejuk Terbaik Tahunan" di Persidangan Tahunan Industri Rangkaian Sejuk China ke-12, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Logistik Rangkaian Sejuk Persekutuan Logistik & Pembelian China (CFLP), organisasi industri berwibawa domestik di Zhengzhou, Wilayah Henan.

Membolot tiga anugerah penting dalam industri logistik rangkaian sejuk, JIUYE SCM membuktikan prestasi cemerlangnya sepanjang tahun tatkala ia diiktiraf atas usaha inovasinya dan kapasiti perkhidmatan rangkaian sejuk. Ditubuhkan pada tahun 2014, JIUYE SCM kini telahpun melangkah menuju tempoh pembangunan yang pesat.

Dengan menggabungkan sumber logistik rangkaian sejuk tempatan dan luar negara serta terus menginovasi teknologinya, JIUYE berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian rantaian bekalan sehenti kepada perusahaan yang mengeluarkan produk segar global, dan bukan sekadar perkhidmatan logistik rangkaian sejuk.

Salah satu kualiti kompetitif utama JIUYE ialah gen teknologinya yang hebat. Pasukan IT JIUYE terdiri daripada lebih seratus individu. Pasukan tersebut telah membangunkan platform semua-dalam-satu yang mengandungi rangkaian sistem dalam talian dan luar talian yang dapat membantu untuk melalui seluruh hubungan rantaian bekalan daripada huluan kepada hiliran, yang merupakan inovasi yang agak penting dalam industri logistik rangkaian sejuk di China.

Pada Oktober ini, JIUYE SCM mengumumkan rancangan pusingan pembiayaan Siri C tatkala Charoen Pokphand Group (C.P. Group) dari Thailand menjadi pelabur utama dalam penyedia penyelesaian rangkaian sejuk Cina. Jumlah pembiayaan bernilai lebih seratus juta Yuan. Setelah menerima pusingan pembiayaan Siri B daripada SINO-OCEAN Capital pada tahun 2017, sekali lagi JIUYE membawakan pencapaian modal yang penting pada tahun 2018.

C.P. Group ialah konglomerat transnasional yang melibatkan beberapa perniagaan dan perkhidmatan. Baru-baru ini, C.P. Group mencari transformasi daripada pengeluar makanan kepada penyedia perkhidmatan dan pengendali rantaian bekalan. Sebagai platform rangkaian sejuk yang utama di China, JIUYE mengulangi usahanya dalam perkhidmatan telitinya, kecekapan teknologi dan standard kualiti.

JIUYE kini bergiat aktif dalam meluaskan pasaran domestik dan luar negaranya. Bersandarkan pada teknologi maklumat termaju dan rangkaian logistik berkuasa, JIUYE menyediakan perkhidmatan rantaian bekalan rentas sempadan yang mengandungi gudang luar negara serahan-langsung, pelepasan & kuarantin kastam pantas dan memproses makanan segar & makanan laut. Menjelang November 2018, JIUYE telah membina 26 pusat pengedaran segar (DC) di China dan 15 DC luar negara termasuk beberapa zon suhu. Kawalan berbilang suhu -60 °C hingga 25 °C dapat dilakukan dalam DC.

Pusat Pengedaran Segar JIUYE
Pusat Pengedaran Segar JIUYE

Seperti yang dijelaskan oleh En. ZHANG Bing, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JIUYE SCM, pusingan pembiayaan Siri C akan khususnya membantu JIUYE menaik taraf langkah teknologi siri syarikat, membina sistem simpanan segar yang lebih pintar dan melanjutkan penembusan global. Selain itu, kolaborasi ini dibiayai dengan matlamat yang kukuh dan jelas daripada C.P. Group dan JIIUYE untuk bersama-sama membangunkan sistem perkhidmatan rantaian bekalan segar Cina yang lebih teliti selain platform perniagaan dalam talian untuk produk-produk segar berdasarkan Freshcn, subsidiari platform penyumberan dan pengedaran B2B/O2O dalam talian global JIUYE yang mengkhusus dalam produk-produk segar.

Perkhidmatan rangkaian sejuk sehenti yang disediakan oleh JIUYE
Perkhidmatan rangkaian sejuk sehenti yang disediakan oleh JIUYE

Latar Belakang JIUYE SCM

JIUYE SUPPLY CHAIN ditubuhkan pada November 2014, sebuah platform perkhidmatan rantaian bekalan segar yang utama di China. Ia berkembang menjadi penyedia penyelesaian profesional yang terlibat dalam perkhidmatan rangkaian sejuk sehenti untuk makanan segar & makanan sejuk beku global melalui penyepaduan sumber sosial dalaman dan luaran.

Bagi JIUYE, kunci kejayaan adalah memastikan fokusnya pada teknologi dan sistem IT yang dapat disepadukan menurut kehendak pelanggannya. Pasukan ITnya yang hebat membangunkan Platform Awan JIUYE yang membolehkan semua pihak dalam rantaian bekalan untuk berhubung antara satu sama lain dalam saling hubungan waktu nyata, seraya menjayakan kolaborasi yang digerakkan dan divisualisasikan.

Laman Sesawang Rasmi: http://www.jiuyescm.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181206/2319369-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181206/2319369-1-b

Source: JIUYE SCM
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Awards