omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Pameran Pakaian Dalam Jenama Antarabangsa China - Pameran Pakaian Dalam Paling Berpengaruh di Dunia daripada Fabrik kepada Jenama

2018-12-08 07:10

SHENZHEN, China, 8 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pendaftaran kini dibuka tatkala Pameran Pakaian Dalam Jenama Antarabangsa China bersiap sedia untuk kembali ke Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen, China mulai 19 - 21 April 2019, untuk edisi ke-14. Dianjurkan oleh "Shenzhen Shengshi Jiuzhou Exhibition" dan dimiliki oleh "Tarsus Group", Pameran Pakaian Dalam Jenama Antarabangsa China (SIUF) telah mengambil langkah untuk menuju ke arah menjadi pameran perdagangan terbesar dunia, hujung-ke-hujung dan sehenti untuk seluruh industri pakaian dalam. SIUF edisi ke-14 akan memberi tumpuan berterusan bagi menawarkan keseluruhan rantaian bekalan & pengedaran dalam industri pakaian intim dari segi fabrik, aksesori, jenama, perlindungan dan penyelesaian untuk pakaian intim, pakaian renang, pakaian sukan dan pakaian kasual.

Features of China International Brand Underwear Fair
Features of China International Brand Underwear Fair

Menampilkan 825 pempamer dan 150,000 pengunjung industri dari 49 negara pada tahun 2018, SIUF ialah sumber industri yang penting untuk ahli profesional pakaian intim, pengedar dan penjual, pembekal, pemilik jenama serta pereka dalam industri pakaian dalam. Meliputi kawasan seluas 73,000 meter persegi, pameran ini mendapat sokongan penuh dan disahkan oleh badan-badan rasmi: China Knitting Industrial Association, Guangdong Province Textiles Association dan Shenzhen Underwear Association.

Menyesuaikan kandungan pameran agar selari dengan trend pengguna, edisi tahun 2019 akan menawarkan pakej penuh aktiviti sepanjang tiga hari berlangsungnya acara ini, yang melibatkan anugerah jenama dan pengedar paling berwibawa di China - "Golden Dudou Awards", pertandingan rekaan pakaian dalam dan pakaian rumah, forum trend, pertunjukan fesyen jenama dan "pertunjukan Bakat Peragawati".

Menghimpunkan lebih 650 jenama, yang kebanyakannya mempunyai reruai yang diperbesar dan dinaik taraf, terdapat lebih banyak pelancaran produk dan trend untuk dipamerkan berbanding sebelum ini. Pempamer-pempamer yang mengambil bahagian termasuk Invista, Lenzing, Muehlmeier, Eurojersey, Penn Textile Solution, Toyobo sebagai pembekal dan EmbryForm, Ordifen, Aimer, Nubra, Cosmolady, Oleno, Sunny, DE Ulife sebagai pemilik jenama.

Gber Hongkong, jenama pakaian kanak-kanak mengulas: "SIUF, sebagai acara tahunan yang mesti dihadiri untuk industri pakaian dalam, menawarkan kami dengan peluang-peluang hebat untuk memperkenalkan produk siri kami pada platform besar-besaran ini." Yunshang Hangzhou, salah satu pengedar yang paling berjaya di China mengulas: "SIUF ialah acara paling berpengaruh dalam industri pakaian dalam. Ia merupakan panduan dan platform pendidikan yang membolehkan ahli-ahli profesional individu belajar tentang jenama baharu, model, teknologi dan trend fesyen baharu."

Pavilion antarabangsa tahun ini menunjukkan usaha pihak penganjur dalam meningkatkan keterlihatan pempamer-pempamer antarabangsanya dan memberi nilai paling hebat serta perkhidmatan dinaik taraf dengan sokongan dalam media dan peluang-peluang rangkaian pembeli.

Daftar di en.siuf.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181207/2320504-1

Source: Shenzhen Shengshi Jiuzhou Exhibition Co. Ltd.
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Fashion

Household/Consumer/Cosmetics

Retail

Textiles

Trade show news

Future Events

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us