omniture

XCMG Akhiri bauma China 2018 dengan Perjanjian Perkongsian bernilai lebih US$100 juta

Perjanjian dengan KBA Mining Rusia dan Penyerahan Platform Kerja Udara Tertinggi Dunia Petanda Masa Depan Cerah dalam Pasaran Global
XCMG
2018-12-11 19:41 1003

SHANGHAI, 11 Disember 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di China, menamatkan kunjungan membuahkan hasil ke bauma China 2018 dengan memeterai perjanjian penting bersama syarikat-syarikat antarabangsa yang terkemuka, termasuk perjanjian kerjasama bernilai US$100 juta bersama KBA Mining Company (KBA), serta meraikan kejayaan penyerahan pertama produk-produk jenteranya yang memecah rekod.

Perjanjian kerjasama XCMG dengan KBA Mining Company Rusia akan membawa kepada nilai perjanjian bernilai US$100 juta dalam peralatan serta penyelesaian perlombongan. Semasa berlangsungnya acara ini, XCMG menyerahkan kumpulan pertama platform kerja udara GTBZ58S dengan ketinggian 58.6 meter dan dengan kebolehgredan maksimum 45%, yang merupakan platform kerja tertinggi di dunia, kepada Sinopec Heavy Lifting &Transportation Co., Ltd. (SHLTC).

"Dengan sokongan daripada pengedar, pembekal dan rakan kongsi global, selain kakitangan XCMG yang tekun, syarikat ini berkembang pesat dalam pasaran antarabangsa ke arah mencapai 50% pendapatannya daripada jualan luar negara," kata Wang Min, Pengerusi dan Presiden XCMG.

Valery Aleksandrovich Tubabba, Pengurus Besar KBA, berkata dalam sebuah majlis penandatanganan bahawa "XCMG ialah salah sebuah syarikat multinasionasl jentera pembinaan paling ternama di dunia dengan prestasi peralatan perlombongan cemerlang, produk berkualiti tinggi dan jaringan selepas jualan dan perkhidmatan yang komprehensif. KBA amat yakin untuk bekerjasama dengan XCMG."

Dibangunkan di bawah piawaian emas "Termaju dan Mampu Bertahan" jenama ini, GTBZ58S merupakan antara 14 produk platform kerja udara baharu yang dipamerkan oleh XCMG di bauma China 2018 dan memperlihatkan kekuatan baharu daripada syarikat dalam sektor kerja udara.

XCMG turut menganjurkan jamuan penghargaan pengedar luar negara semasa bauma China 2018. Syarikat mengalami pertumbuhan yang amat besar dalam pasaran global dengan nilai eksport keseluruhan mencecah lebih US$1.3 bilion yang menandakan peningkatan 40% berbanding tahun sebelumnya. Produk-produknya kini boleh didapati di 182 negara dan wilayah.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Trade show news