Terajui Era Baharu untuk Fotografi Telefon Pintar, Paparan Pandangan-Penuh dan Revolusikan Pengalaman Telefon Pintar
HONG KONG, 13 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama telefon pintar terkemuka HONOR (Syarikat) mengumumkan tiga teknologi pertama dunia yang inovatif untuk HONOR View20. Susulan kejayaan GPU Turbo, HONOR mencetuskan gelombang kejutan kepada industri menerusi teknologi pertama dunia iaitu kamera belakang 48 megapiksel, HONOR All-View Display dan Link Turbo.
Kamera belakang 48MP yang pertama dalam industri dengan sensor Sony IMX586 bakal menjadi petanda kepada era fotografi telefon pintar baharu, yang tidak lama lagi disediakan pada HONOR View20 akan datang. Kamera ini merupakan yang pertama memungkinkan fotografi 48 megapikel yang berkesan dan berdefinisi tinggi pada telefon pintar, menghasilkan imej berkualiti tinggi dengan butiran lebih terperinci dan lebih baik apabila zum masuk. Teknologi ini, digandingkan dengan kuasa pengkomputeran AI dan kuasa pemprosesan grafik didayakan oleh dwi-ISP dan dwi-NPU cip set Kirin 980 akan melaksanakan pemprosesan imej berbilang bingkai secara automatik, membolehkan pengguna untuk mengumpul semak asas dalam berbilang foto yang diambil oleh kamera 48MP dan mencipta imej berdefinisi tinggi AI 48MP. HONOR menyediakan pengguna dengan kualiti dan kejelasan foto yang tiada tandingan, mampu menyaingi kamera refleks kanta tunggal berkualiti tinggi.
HONOR turut mendayakan pengalaman paparan pandangan-penuh tahap serba baharu dengan memperkenalkan HONOR All-View Display, menonjolkan peranti generasi seterusnya HONOR View20. Reka bentuk kamera depan dalam-skrin yang pertama di dunia ini, dicapai dengan susunan teknologi 18-lapisan yang amat kompleks, membenamkan dengan teliti kamera depan pada ruang paparan skrin, melanjutkan ruang paparan kepada hampir 100%. Penyelesaian HONOR All-View Display yang inovatif mendemonstrasikan dedikasi mantap HONOR untuk menerima evolusi paparan pandangan-penuh, bermula dengan skrin kurang-bezel 18:9 daripada era 1.0 kepada skrin bertakuk dalam era 2.0, kepada era 3.0 yang revolusioner.
Mengetahui bahawa pengguna sentiasa ingin terhubung kepada internet, HONOR telah menakrif semula pengalaman telefon pintar dengan pelancaran Link Turbo. Memanfaatkan teknologi AI dan data raya, Link Turbo menganalisis model penggunaan pengguna dan keadaan rangkaian secara automatik untuk bertukar secara lancar antara rangkaian Wi-Fi atau 4G dan meningkatkan kelajuan muat turun dengan mengguna pakai kedua-dua rangkaian serentak.
Pengumuman teknologi perintis ini merupakan contoh kecemerlangan inovatif yang diperlihatkan oleh HONOR tahun ini. Syarikat berjaya membawa ke pasaran telefon pintar yang popular, disukai ramai dan canggih yang menggabungkan bersama teknologi terbaik dengan estetika yang indah. "Sebagai penetap trend, HONOR terus menerobos sempadan inovasi dan ketukangan produk, kami berusaha untuk terus membawakan kemajuan penting dalam teknologi kepada dunia dan menyediakan pengalaman luar biasa kepada pengguna kami," kata Jimmy Xiong, Pengurus Besar HONOR Product.
Produk HONOR dihasilkan dengan tahap ketukangan tertinggi, menghasilkan telefon pintar yang inovatif dan cantik kepada pengguna dengan pilihan varian warna yang luas. HONOR 10 Lite baharu memperkenalkan kecerunan warna kepada telefon pintar, memberikan kesan visual yang mempesonakan dengan lapan lapisan berkilauan. HONOR turut mengumumkan bahawa HONOR 8X yang cantik dan minimalis akan didatangkan dengan warna baharu – Phantom Blue.
Dalam usaha mengejar kecemerlangan oleh HONOR dalam reka bentuk dan warna telefon pintar, Syarikat berkolaborasi dengan artis terkemuka Malaysia, Red Hong Yi untuk mencipta karya seni eksklusif, Aurora yang diperbuat daripada 2,000 lapisan belakang kaca dikitar semula daripada telefon pintar HONOR. Warna-warna indah daripada lapisan belakang kaca ini mengingatkan artis tersebut kepada fenomena aurora dan menginspirasikan beliau untuk mencipta pemasangan ini.
Ketepatan yang amat tinggi telah diberikan dalam menghasilkan lapisan belakang kaca ini. 15 membran nano yang melapisi bahagian belakang kaca itu dapat memantulkan dan membiaskan cahaya apabila ia melepasinya dan hanya satu zarah debu akan merosakkan seluruh set membran. Bagi setiap lima membran yang dihasilkan, satu membran perlu dibuang. Diinspirasikan oleh keunikan lapisan belakang kaca yang dikitar semula ini, Red mencipta Aurora dan mengubah sesuatu yang dianggap sebagai sisa industri menjadi seni moden.
Disokong oleh inovasi berterusan HONOR dan penekanannya untuk menawarkan pengalaman pengguna terbaik, jenama ini berkembang pesat sepanjang tahun lalu dan telah mewujudkan kehadiran global yang kukuh. HONOR turut mengumumkan penembusan rasminya ke dalam pasaran Hong Kong, dengan HONOR 10 menjadi model pertama dilancarkan. Menuju tahun 2019, HONOR menyasarkan untuk membawakan kemas kini yang jauh lebih menarik untuk teknologi dan reka bentuk buat golongan muda di seluruh dunia. Nantikan!
# # #
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/honorofficial/
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2322115-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2322115-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2322115-1-c