omniture

AI dan sains data: SKEMA Business School akan melancarkan makmal kecerdasan berperantara global

SKEMA Business School
2018-12-13 19:56 1413


SKEMA Business School akan melancarkan makmal kecerdasan berperantara global, SKEMA AI Global Lab.

Siaran Akhbar, 13 Disember 2018 SKEMA Business School telah memperuntukkan bajet permulaan sebanyak EUR 3 juta dan mempunyai matlamat untuk menjadikan makmal ini sebagai sebuah pusat realiti berperantara termaju dalam tempoh 5 tahun ke hadapan. Makmal ini akan membangunkan sains data dan algoritma kecerdasan buatan serta membuat pengkhususan dalam model ramalan yang bertumpu kepada isu-isu baharu yang dihadapi oleh syarikat dan masyarakat moden. 

generated by system

generated by system

Makmal ini juga akan bertindak sebagai satu pemangkin kepada penyelidikan dan transformasi digital dalam pengajaran di semua kampus SKEMA, melalui sebuah platform yang terkini. Sumber-sumber kewangan swasta dan rakan kongsi teknologi utama yang lain dijangkakan bakal menyertai SKEMA AI Global Lab tidak lama lagi dan menjadikannya sebuah makmal penyelidikan bertaraf dunia.

Profesor Thierry Warin, seorang Profesor Sains Data bagi Perniagaan Antarabangsa dan pencipta platform teknologi khusus untuk penyelidikan sains data serta kecerdasan buatan, akan menyertai SKEMA pada Januari 2019 untuk mengasaskan dan mengetuai makmal tersebut. DNA makmal ini adalah bersifat "makmal tanpa disiplin", yang bermaksud ia merupakan sebuah makmal yang benar-benar mempunyai berbilang disiplin, berbentuk eksploratori secara dasar dan selalunya anti-pengakur. Profesor Thierry Warin adalah seorang editor akademik PLOS One dan telah berkhidmat sebagai profesor di HEC Montreal sejak tahun 2013 dan pernah bertugas sebagai sarjana pelawat di Harvard University beberapa kali sepanjang 10 tahun lalu. Beliau menjalankan penyelidikan bersama Weatherhead Center for International Business di Harvard dan bersama CIRANO di Montreal di mana beliau telah menubuhkan sebuah platform visual data antarabangsa (Mondo International) dan Makmal Data Sains Sosial.  Penubuhan makmal Kecerdasan Berperantara global SKEMA ini seiring dengan pengambilan 6 orang penyelidik yang akan memulakan kerja-kerja penyelidikan menggunakan platform Profesor Warin, dengan objektif 2 tahun untuk menyertai syarikat-syarikat di semua lokasi di mana SKEMA berada: China, Amerika Syarikat, Brazil dan Perancis.

SKEMA AI Global Lab akan berpangkalan di Raleigh, North Carolina, di tengah-tengah "segi tiga" penyelidikan Amerika, salah sebuah hab inovasi terbesar di Amerika Syarikat. Untuk permulaan, SKEMA AI Global LAB akan menubuhkan dua cawangan di 2 hab inovasi lain di mana SKEMA beroperasi: Paris dan Sophia Antipolis.

Wakil Media bagi SKEMA Business School: Christine.Cassabois@skema.edu

Source: SKEMA Business School
Keywords: Education Internet Technology