omniture

Tempat Bersantai Beli Belah Bandar Luar Biasa Dubai Address Dubai Mall oleh Emaar Hospitality Group Alu-alukan Tetamu dengan Gaya dan Kilauan Baharu

Emaar Hospitality Group
2018-12-14 02:24 777

DUBAI, UAE, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ --

Dengan hampir 97 peratus pelancong Dubai mengunjungi The Dubai Mall, bukanlah suatu yang mengejutkan apabila ia meraih gelaran sebagai destinasi paling banyak dikunjungi di dunia. Para pengunjung ke pusat beli belah tersebut, yang terletak di tengah-tengah Downtown Dubai, projek pembangunan mega ikonik yang menampilkan tempat-tempat tarikan seperti Burj Khalifa dan The Dubai Fountain, mempunyai pengalaman hospitaliti tiada tandingan yang menanti mereka di Address Dubai Mall.

generated by system

generated by system

Dihubungkan terus kepada Fashion Avenue terkenal pusat beli belah ini, Address Dubai Mall kini mengalu-alukan pengunjung dengan gaya dan kilauan baharu. Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur bagi pemaju global Emaar Properties, memperbaharui semula hotel ini dengan berani, tempat bersantai beli belah bandar eksklusif di The Dubai Mall.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Address Dubai Mall sekali lagi memperkukuh strategi kami untuk mewujudkan persekitaran gaya hidup luar biasa di bawah Address Hotels + Resorts kami."

Mohamed Samir El Sayed, Pengurus Besar Address Dubai Mall, menambah: "Hotel ini menetapkan penanda aras industri untuk kecemerlangan perkhidmatannya, pilihan gaya hidup dan lokasi pusatnya. Kami meninggikan standard dengan reka bentuk baharu dan kemudahan yang ditambah."

Bilik-bilik ini membawakan wajah dan suasana baharu yang menginspirasikan dengan perabot dan aksesori mewah. Balkoni peribadi menyerlahkan pemandangan memukau Burj Khalifa dan The Dubai Fountain.

Karat, ruang istirehat lobi, kini lebih segar dan sofistikated dan menyajikan hidangan kulinari lazat Arab kontemporari dan moden. Cez membolehkan anda menikmati hidangan makan tengah hari yang mewah. The Café menyajikan hidangan latte enak hinggalah frappé ais sejuk. Bakal dibuka tidak lama lagi ialah Club Lounge, ditempah khusus untuk tetamu-tetamu Club Rooms and Suites. Address Dubai Mall juga menempatkan salah satu kolam pusingan ruang terbuka yang terbesar di Downtown Dubai dan daya tarikannya ditingkatkan oleh restoran tepi kolam eksotik, Cabana yang bakal menerima tetamu dalam masa terdekat.

Turut menambah kepada pilihan Address Dubai Mall sebagai salah satu lokasi majlis perkahwinan definitif Dubai ialah Bridal Sales Centre, yang berfungsi sebagai pertunjukan pratonton dan bilik serbaguna VIP. The Spa di Address Dubai Mall mempunyai wajah baharu yang elegan dan menjamin pengalaman bahagia dari segi perbaikan dan peremajaan yang menyuburkan minda dan tubuh.

Address Dubai Mall terletak dalam jarak berjalan kaki yang berdekatan antara Burj Khalifa, Souk Al Bahar dan The Dubai Fountain. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai hanya terletak sejauh 10 minit jaraknya. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di www.addresshotels.com

Untuk Butiran: 
Kelly Home
ASDA'A BCW
+971-4-4507-600
kelly.home@bcw-global.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Retail Travel New products/services