omniture

Didorong oleh Kualiti: GAC Motor Atur Asas Kukuh untuk Strategi Pengantarabangsaan

GAC Motor
2018-12-16 19:35 1400

GUANGZHOU, China, 16 Disember 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, telah menyerahkan laporan kualiti 2018nya, menonjolkan pencapaian yang membuahkan hasil daripada jenama ini tatkala ia melaksanakan strategi berorientasi kualiti bagi memacu pertumbuhan dalam pasaran global.

Selama enam tahun berturut-turut, GAC Motor menduduki kedudukan #1 dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, penunjuk pasaran tentang kualiti kenderaan yang mengiktiraf jenama dan produk automobil berprestasi terbaik.

GAC Motor Menang Jenama Cina No. 1 J.D. Power untuk 6 Tahun Berturut-turut
GAC Motor Menang Jenama Cina No. 1 J.D. Power untuk 6 Tahun Berturut-turut

Untuk terus meninggikan standard utama dalam industri kepada 6ppm tahun ini, demi menunjukkan keyakinan jenama terhadap sistem kualiti produknya, GAC Motor bekerjasama dengan 18 daripada pembekal-pembekal auto utama dunia termasuk Bosch, Denso, Continental, Aisin dan Magna, berdasarkan kadar rosak 10ppm 2017 daripada bahagian dan komponen pembekal.

Kawalan kualiti yang ketat dan sistematik  

Komitmen GAC Motor terhadap kualiti mengukuhkan setiap aspek dalam pembuatan kenderaan, bermula dengan reka bentuk dan pengeluaran kepada komponen auto dan perkhidmatan. Matlamatnya adalah untuk menjadi jenama automobil Cina utama dalam pasaran global bukan sahaja dari segi jumlah jualan, tetapi juga kualiti dan kepuasan pelanggan.

GAC Motor telah mengukuhkan sistem penilaian kualiti komprehensifnya termasuk pengukuran objektif, penilaian subjektif, pengesahan dan ujian kebolehsuaian jarak tempuh jauh terhadap prestasi tertentu dan berfungsi.

Sebelum model baharu dilancarkan, biasanya pihak pengeluar akan menguji 150-200 kenderaan untuk fungsinya, manakala GAC Motor menguji lebih 200 kenderaan berhubung kebolehpanduan, kuasa dan sistem brek selain keseimbangan cas-nyahcas model-model EV/PHEV dalam persekitaran semula jadi yang mencabar, mencapai jarak tempuh kumulatif 4,000,000 kilometer (2,485,485 batu), yang bersamaan dengan jarak mengelilingi khatulistiwa sebanyak 100 kali.

Bermula dengan Turpan yang terik, dikenali sebagai "Negeri Api" atau "Kawasan Api" lantaran haba musim panas yang melampau, dengan purata suhu tinggi 39.7°C (103.5°F) pada bulan Julai, kepada Heihe yang dingin ("Sungai Hitam"), dengan purata suhu pada bulan Januari mencecah −23.2 °C, sepasukan jurutera GAC Motor, dikenali sebagai "burung penghijrah" dalam syarikat, meluangkan masa selama lebih enam bulan setiap tahun di jalan raya di seluruh China untuk menguji kenderaan menurut tujuh keadaan geografi dan iklim melampau: cuaca alpine, suhu tinggi, kegersangan dataran tinggi, kelembapan tinggi, kakisan tinggi (kabus bergaram), rupa bumi gunung ganang dan awan debu pasir. Matlamatnya adalah untuk menjamin tahap keselamatan dan keandalan setiap kenderaan serta memastikan standard kualiti ketat GAC Motor dipenuhi.

Kenderaan GAC Motor Diuji di Tapak Ujian Kawasan Sejuk
Kenderaan GAC Motor Diuji di Tapak Ujian Kawasan Sejuk

GAC Motor turut membangunkan sistem pensijilan kualiti G-TVS yang merangkumi kenderaan, sistem dan komponen teras serta menawarkan dua platform untuk pembangunan dan pensijilan undang-undang serta peraturan. Sistem ini dapat mengesahkan 1,000 item daripada 12 kategori utama termasuk rangkaian pintar, tenaga baharu, keselamatan rempuhan dan NVH.

GS8 GAC Motor Sedang Menjalani Ujian NVH
GS8 GAC Motor Sedang Menjalani Ujian NVH

Jadikan kualiti sebagai keutamaan seluruh dunia

Tatkala jenama ini terus berkembang ke dalam pasaran global, satu pasukan ujian luar negara ditubuhkan untuk menguji kenderaan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Rusia, bagi memastikan agar produk-produk yang dikeluarkan dalam pasaran berkenaan dapat memenuhi keperluan pelanggan tempatan.

GAC Motor kini beroperasi di 16 negara dan wilayah serta mengendalikan tiga pusat R&D di Silicon Valley, Los Angeles dan Detroit. Ia turut menganjurkan pameran pekerjaan tahunan di A.S. dan Eropah serta turut mengambil bahagian dalam pameran auto antarabangsa utama sepanjang tahun bagi mempromosi kehadirannya dalam pasaran luar negara.

Latar Belakang GAC Motor 

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pembuatan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181214/2327272-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181214/2327272-1-b  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181214/2327272-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Survey, Polls & Research