omniture

MiningLamp Diiktiraf oleh Firma Penyelidikan Bebas Utama Forrester, Dinilai Antara Pemimpin Industri

MiningLamp Software
2018-12-16 20:01 1017

BEIJING, 16 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Beijing MiningLamp Software System Co Ltd (ringkasnya, "MiningLamp") hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf dalam laporan Wave yang baru dikeluarkan daripada Forrester tentang pasaran PAML (Penyelesaian Analitik Prediktif dan Pembelajaran Mesin) di China.

Analitik Prediktif dan Pembelajaran Mesin (PAML) ialah salah satu segmen pasaran data raya dan AI utama. Forrester, sebuah organisasi yang terkenal di dunia, mengkhusus dalam penyelidikan pasaran dan perundingan, menjalankan satu penilaian terhadap sembilan penyedia penyelesaian PAML yang paling signifikan dalam pasaran Cina.

Penilaian ini, yang dikeluarkan sebagai The Forrester Wave™: Penyelesaian Analitik Prediktif dan Pembelajaran Mesin di China, Suku Keempat 2018, merupakan penilaian 24-kriteria mengenai tawaran semasa, strategi dan kehadiran pasaran.

Penyelesaian Analitik Prediktif Dan Pembelajaran Mesin THE FORRESTER WAVE di China
Penyelesaian Analitik Prediktif Dan Pembelajaran Mesin THE FORRESTER WAVE di China

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Forrester dalam laporan tersebut, DataInsight MiningLamp, satu platform analisis graf pengetahuan divisualisasikan, dapat membangunkan model pembelajaran mesin berasaskan Spark dengan mudah. Dengan kerjasama bersama pelanggan, MiningLamp bukan sahaja melaksanakan strategi-strategi R&D PAML, sebaliknya menyediakan penyelesaian vertikal. Sebagai contoh, CONA menyokong tadbir urus data automatik dan kejuruteraan ciri manakala SCOPA menawarkan model-model PAML yang sangat abstrak dan khusus untuk sektor-sektor keselamatan awam, kewangan dan pembuatan.

Graf pengetahuan keselamatan awam yang dimulakan oleh MiningLamp telah mengumpul lebih 80% model data yang pelbagai. Berdasarkan graf pengetahuan vertikal mendalam-instrumen penting untuk pelanggan, MiningLamp bukan sahaja mencapai penyepaduan vertikal, tetapi juga mula berkembang secara mendatar dalam sektor-sektor kecerdasan kognitif yang lebih matang.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, MiningLamp kekal komited terhadap R&D teknologi kognitif untuk merancang graf pengetahuan perindustrian untuk agensi-agensi kerajaan dan perusahaan-perusahaan dalam sektor keselamatan awan, bandar digital, kejuruteraan industri dan kewangan dengan teliti. Kini, MiningLamp menghubungkan persepsi dan kognisi dalam pelbagai senario aplikasi secara berperingkat-peringkat.

MiningLamp mengaplikasikan graf pengetahuan dalam lebih 30 kementerian keselamatan awam wilayah dan perbandaran di China, melindungi pelbagai peristiwa keselamatan domestik dan antarabangsa. Dalam sektor kewangan, MiningLamp membangunkan graf pengetahuan perbankan pertama seluruh negara dan memulakan sistem aplikasi berdasarkan pelbagai senario perniagaan untuk bank-bank penanda aras seperti People's Bank of China (PBC), China Everbright Bank (CEB) dan Bank of Communications (BOCOM). Hasilnya, MiningLamp membantu meningkatkan kebolehan pengurusan risiko dan kecekapan kawalan risiko mereka. Untuk bandar-bandar digital, MiningLamp membantu pelanggan membangunkan platform pintar pertama China untuk mengurus data automobil kitaran hayat penuh.

MiningLamp turut membantu meningkatkan kecekapan kerja dan melancarkan risiko keselamatan dan kos pengendalian untuk organisasi-organisasi transit rel, meletakkan industri pengangkutan di laluan menuju aplikasi IT dan kecerdasan. Dalam berbuat demikian, MiningLamp berusaha untuk menggabungkan kepakaran perindustrian dengan perkhidmatan data raya sehenti "teknologi + perniagaan + standard" dalam sektor keselamatan awam, kejuruteraan industri, bandar digital dan kewangan, merangsang penambahbaikan perindustrian daripada pemerkasaan individu kepada kecerdasan penuh untuk perusahaan. 

Sebagai perintis dalam era data raya + AI, MiningLamp benar-benar mengetahui bahawa setiap hari, setiap saat, teknologi dan model perniagaan baharu muncul. Selepas 30 tahun menjalankan pembangunan untuk perisian China, teknologi maklumat digital bakal menerima satu lagi pusingan revolusi. Dengan mengambil kira hal tersebut, MiningLamp akan berpegang pada nilai-nilainya iaitu "Pencarian Terulung Teknologi dan Perkhidmatan", memperluas kecerdasan manusia dengan teknologi dan meningkatkan kecekapan untuk semua industri, seraya membuat sumbangan sendiri bagi mempromosi data raya dan AI di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181213/2325925-1

Source: MiningLamp Software
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology