omniture

Persidangan Strategi Asia EWM Festival 2019 Diadakan di Xiamen

EWM FESTIVAL
2018-12-17 07:11 463

XIAMEN, China, 17 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pada 8 Disember 2018, EWM Festival mengadakan Persidangan Strategi Asia mereka di Xiamen bagi menghimpunkan pemimpin-pemimpin industri muzik. Pada tahun 2019, EWM akan melancarkan strategi "Ten Plus Ten" untuk menjelajah ke sepuluh bandar Cina dan sepuluh negara Asia.

The scene of the conference
The scene of the conference

Menyahut Inisiatif Jalur dan Jalan melalui Muzik Dunia

EWM Festival menghubungkan orang ramai dan muzik bagi mewujudkan IP festival muzik antarabangsa yang menawarkan pengalaman berharga yang menarik dan menyertai negara-negara dalam inisiatif Jalur dan Jalan melalui muzik Cina. EWM Festival bakal mengunjungi 10 bandar Cina iaitu Shanghai, Guangzhou, Nanjing, Kunming, Xi'an, Xiamen, Fuzhou, Chengdu, Shenzhen dan Wuhan, selain 10 negara Asia, termasuk Malaysia, Myanmar, Laos, Thailand, Singapura, India, Indonesia, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam. Di setiap hentian, EWM akan membina Dewan Pameran untuk berkongsi budaya Cina bersama dunia.

New World Music Salon mengundang pemimpin-pemimpin industri iaitu Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran HighTeam (Shanghai) George Gu, DJ dan pemuzik Singapura Leonardo, penerbit muzik Hong Kong Lin Jianhua, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi EWM Festival Edmund Ang, Ketua Pegawai Eksekutif Dreamkey Entertainment Thailand Marco Sager dan Ketua Pegawai Eksekutif Black Society Myanmar HtetAnnawarKhin, menjadi topik yang menarik dalam industri tersebut. Acara kemuncak hari tersebut ialah majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara EWM Festival dan bandar-bandar tuan rumah. Fan Zhihua, Pengerusi EWM dan Ma Yiling, Pengarah Yayasan Keusahawanan dan Guna Tenaga Belia China menandatangani kontrak tersebut.

Wujudkan Festival Muzik Inovatif 

EWM Festival membawakan yang terbaik dalam muzik, dengan cahaya, audio, kesan khas menakjubkan serta makanan terbaik di dunia, mewujudkan festival muzik yang belum pernah disaksikan untuk generasi muda. Liu Luxi, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas EWM berkata: "EWM bukan sekadar satu festival muzik. Kami memulakan perjalanan kami di Xiamen dan akan menjelajah ke pelbagai bandar dan negara. Kesemua usaha kami adalah untuk mendedahkan generasi muda dengan muzik, budaya dan tradisi dunia. Kata-kata beliau menonjolkan tema EWM iaitu "SATU Dunia SATU Impian SATU Pentas".

EWM Festival pertama kali dibawakan di Xiamen dari 30 April hingga 1 Mei tahun ini. Festival selama tiga hari itu berjaya menarik lebih 10,000 hadirin. Jelajah Asia 2019 mewarisi budaya tempatan dan Inisiatif Jalur dan Jalar serta menumpu pada dunia. Berorientasi masa depan dan berpandukan kepelbagaian, EWM Festival berharap dapat menggabungkan muzik Eropah dan Barat, menggunakan muzik sebagai penghubung untuk dunia bagi memahami China dengan lebih baik dan bersama-sama pelbagai budaya, mencetuskan minat terhadap muzik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181212/2324851-1

Source: EWM FESTIVAL
Keywords: Entertainment Music Trade show news