omniture

UBTECH jalin kerjasama dengan HKT Education rangsang pembangunan pendidikan AI di Hong Kong

UBTECH
2018-12-17 08:23 973

HONG KONG, 17 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat AI dan robot berbentuk manusia yang terkemuka di dunia UBTECH mengambil bahagian dalam Ekspo Pembelajaran & Pengajaran ke-8 2018 yang diadakan di Hong Kong mulai 12 Disember hingga 14 Disember. Semasa acara berlangsung, syarikat mengumumkan satu perkongsian strategik dengan HKT Education Limited, subsidiari Hong Kong Telecommunications (HKT) Limited, yang bertujuan untuk merangsang pembangunan sektor pendidikan AI di Hong Kong. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, HKT menjadi pengedar rangkaian robot berbentuk manusia AI UBTECH di Hong Kong dan Macau dengan matlamat untuk memperluas ufuk pembelajaran para pelajar dalam teknologi AI.

Semasa majlis pelancaran, naib presiden UBTECH Zhong Yong berkata, "Sejak pelancaran perniagaan pendidikannya pada tahun 2016, UBTECH komited untuk membangunkan ekosistem pendidikan AI yang lengkap. Selain pelbagai produk perisian dan perkakasan pendidikan yang luas, syarikat turut membangunkan sistem kurikulum bertumpu kekoherenan yang mengambil pendekatan holistik sepenuhnya untuk proses pendidikan dan amat sesuai untuk pendidikan rendah dan menengah, sekolah vokasional peringkat tinggi selain kolej dan juga universiti. Di samping itu, UBTECH turut menyediakan latihan perguruan berdasarkan sistem perkhidmatan pendidikan AI terpiawai dan menyediakan penyelesaian pendidikan dipacu AI dan robotik bersepadu yang menggabungkan antara produk, guru, kursus, bahan mengajar dalam rangka kerja AI."

UBTECH vice president Zhong Yong and HKT Education managing director Ringo Ng kick off the signing ceremony
UBTECH vice president Zhong Yong and HKT Education managing director Ringo Ng kick off the signing ceremony

Pengarah urusan HKT Education dan HKT Consumer Group, Ringo Ng berkata bahawa inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan pelajar-pelajar Hong Kong dengan asas STEM serta tahap penguasaan tertentu dalam pengaturcaraan untuk meluaskan pengetahuan mereka dan memperoleh kemahiran tambahan yang dapat meningkatkan daya saing mereka melalui kaedah-kaedah pembelajaran sendiri AI. "AI ialah bahagian yang mustahak dalam mempromosi bandar pintar dan memupuk bakat pintar menjadi bahagian penting dalam persaingan global AI," kata beliau.

UBTECH’s Raspberry Pi-enabled humanoid robot Yanshee
UBTECH’s Raspberry Pi-enabled humanoid robot Yanshee

Penyelesaian pendidikan AI dan robotik UBTECH telahpun digunakan di seluruh rantau Asia Pasifik, ASEAN, Amerika Utara, Eropah dan Amerika Latin. Syarikat merancang untuk terus menyediakan organisasi-organisasi pendidikan Cina dan antarabangsa dengan program-program berkualiti serta ekosistem pendidikan AI yang lengkap.

Latar Belakang UBTECH

Ditubuhkan pada tahun 2012, UBTECH ialah sebuah syarikat yang terkemuka di dunia dalam industri AI dan robotik, mengkhusus dalam robot untuk kegunaan komersial, pengawasan keselamatan dan pendidikan. Pada tahun 2018, UBTECH dimasukkan dalam senarai kedudukan Unikorn untuk industrinya dengan nilai USD 5 bilion.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181214/2327111-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181214/2327111-1-b

 

Source: UBTECH
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Education Contracts