omniture

PlayGame Berkolaborasi dengan The Walt Disney Company Asia Tenggara Bawakan Permainan Disney kepada Peminat Asia Tenggara di Playgame.com

PlayGame
2018-12-17 08:53 738

JAKARTA, Indonesia, 17 Disember 2018 /PRNewswire/ -- PlayGame dan The Walt Disney Company Asia Tenggara hari ini mengumumkan satu kolaborasi selama setahun bagi membawakan koleksi judul permainan kepada peminat-peminat di seluruh Asia Tenggara. Permainan ini akan menampilkan watak-watak kegemaran daripada francais Disney dan akan disediakan pada platform permainan terus-bermain, www.PlayGame.com, bermula pada Disember 2018.

Anton Soeharyo, Ketua Pegawai Eksekutif PlayGame dan Je Alipio, Pengarah dan Ketua, Pengkomersialan Permainan, The Walt Disney Company, Asia Tenggara merasmikan kolaborasi berkenaan.
Anton Soeharyo, Ketua Pegawai Eksekutif PlayGame dan Je Alipio, Pengarah dan Ketua, Pengkomersialan Permainan, The Walt Disney Company, Asia Tenggara merasmikan kolaborasi berkenaan.

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasi hebat ini bersama The Walt Disney Company. Seperti mana berjuta-juta individu di seluruh dunia, saya sendiri merupakan seorang peminat setia Disney. Ini merupakan satu kolaborasi yang amat mengujakan memandangkan platform permainan terpencar dikuasakan rantaian blok kami akan menggalakkan inovasi dan membawakan produk-produk kreatif kegemaran Disney kepada komuniti PlayGame yang luas," kata Anton Soeharyo, Ketua Pegawai Eksekutif PlayGame.

"Kolaborasi bersama PlayGame ini memberi lebih banyak peluang untuk membawa watak-watak dan kisah-kisah kegemaran kami lebih dekat dengan peminat-peminat Asia Tenggara melalui pengalaman permainan interaktif berkualiti tinggi," kata Je Alipio, Pengarah dan Ketua, Pengkomersialan Permainan, The Walt Disney Company, Asia Tenggara.

Platform PlayGame membolehkan pemain-pemain daripada semua peringkat usia untuk menikmati permainan HTML5 yang dimainkan secara percuma terus daripada komputer meja mereka dan pelayar mudah alih. Sebahagian judul permainan akan menampilkan watak-watak kegemaran peminat seperti Mickey Mouse dan Minnie Mouse selain Olaf daripada "Frozen":

  • Mickey's Delivery Dash, yang mana pemain perlu membantu Mickey menghantar roti kroisan di seluruh Paris kepada kafe Minnie sebelum masa tamat
  • Olaf's Freeze Fall, yang mana pemain perlu membantu Olaf mencari lengan, butang dan hidung beliau yang hilang

Apabila pemain semakin serasi dengan platform tersebut, mereka boleh menjangkakan beberapa kejutan menerusi penampilan lebih banyak judul permainan bersama watak-watak kegemaran Disney yang membesar bersama mereka selama bertahun-tahun.

Permainan ini akan mula diperkenalkan merentas 6 negara di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Latar Belakang Playgame

PlayGame ialah platform permainan terus-bermain dikuasakan oleh rantaian blok yang membolehkan orang ramai bermain secara percuma, mencipta pertandingan bersama rakan-rakan mereka dan memenangi hadiah wang terkumpul. PlayGame mempunyai misi untuk membantu pemain, pembangun permainan, usahawan dan pelabur mengubah idea permainan mereka menjadi permainan berfungsi sepenuhnya yang dapat dinikmati oleh berjuta-juta orang tanpa mengira lokasi, tempat asal, peranti permainan mahupun taraf sosioekonomi mereka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181213/2326005-1

Source: PlayGame
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Contracts New products/services Blockchain