SINGAPURA, 17 Disember 2018 /PRNewswire/ -- UMITRON PTE.LTD. (Singapura, Pengasas Bersama/Pengarah Urusan, Masahiko Yamada) dengan kerjasama Abaco (Cooperativa de Ahorro y Credito) dan subsidiarinya Piscis (Piscifactorias de los Andes) telah mendapat kelulusan untuk pembiayaan projek bernilai US$2 juta bagi tujuan meningkatkan produktiviti akuakultur di Tasik Titicaca, Peru. IDB Lab, makmal inovasi Inter-American Development Bank Group (IDB) membiayai projek ini dengan harapan agar dapat meningkatkan kelestarian ekonomi dan alam sekitar industri penternakan ikan trout tempatan.
Para penternak Tasik Titicaca menternak ikan trout pelangi, sejenis spesies salmonid yang merupakan sektor akuakultur berharga dengan pengeluaran seluruh dunia meningkat sebanyak sepuluh kali ganda sejak tiga puluh tahun lalu. Industri tempatan Peru dijangka berkembang daripada 100,000 tan pada tahun 2016 kepada 221,000 tan pengeluarannya menjelang tahun 2030. Rakan kongsi UMITRON, Piscis ialah salah satu penternak ikan trout terbesar di Peru, teknologi memberi makan AI UMITRON berpotensi meningkatkan tahap keselamatan pekerja mereka, sekaligus turut mengurangkan pemberian makan lampau dan ancaman terhadap blum alga yang berbahaya.
"Melalui operasi harian kami, kami dapat melihat banyak cabaran yang dihadapi oleh industri akuakultur seperti kelestarian ekonomi dan alam sekitar. Mencari penyelesaian memerlukan kolaborasi tanpa sempadan antara sektor awam dan sektor swasta. Kami berasa gembira kerana dapat memulakan projek ini dengan IDB dan Piscis bagi mencipta model yang membuahkan hasil untuk pertumbuhan masa depan. Kami berharap agar kolaborasi dipacu teknologi ini dapat menggalakkan akuakultur yang lestari dan pertumbuhan ekonomi," kata Masahiko Yamada, Pengarah Urusan UMITRON.
Sumber-sumber yang diberikan oleh IDB Lab akan digunakan oleh UMITRON dan Piscis untuk menguji dan mengkalibrasi teknologi memberi makan AI UMITRON. Selain itu, dana akan digunakan untuk melatih pengeluar tempatan dan meluaskan penyelesaian UMITRON di kawasan Tasik Titicaca. Matlamat akhir adalah untuk melaksanakan teknologi memberi makan akuakultur dipacu data untuk penternak di Peru dan akhirnya di seluruh Amerika Latin. Projek ini merupakan langkah pertama dalam rancangan jangka panjang UMITRON untuk membangunkan teknologi buat pengeluar akuakultur Amerika Latin. UMITRON sedang mencari perkongsian awam-swasta yang serupa bagi membantu pengeluar akuakultur meningkatkan kelestarian alam sekitar mereka melalui pelaburan yang membawa impak.
Latar Belakang UMITRON
Ditubuhkan pada tahun 2016 di Singapura/Jepun, UMITRON membangunkan platform data akuakultur mesra pengguna yang memanfaatkan penggunaan IoT, AI dan penderiaan jarak jauh satelit. Visi UMITRON adalah untuk "memasang Akuakultur Mampan di Bumi" dengan matlamat utama untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar, ekonomi, keselamatan pekerja dan kualiti makanan dalam operasi akuakultur. pr@umitron.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181213/2326015-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181213/2326015-1-b