omniture

Pameran Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2018 Buka Tirai Dengan Jayanya

Hainan Broadcasting Group Lvnong Agr-tech Co., Ltd
2018-12-18 07:26 786

HAIKOU, China, 18 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2018 (selanjutnya dirujuk sebagai Pameran Musim Sejuk) telahpun diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan Haikou pada 12 Disember lalu. Pameran Musim Sejuk ini berlangsung sehingga 16 Disember.

Pameran Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2018 Buka Tirai Dengan Jayanya
Pameran Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2018 Buka Tirai Dengan Jayanya

Pada hari pertama Pameran Musim Sejuk berkenaan, nilai pusing ganti laman dalam talian mencecah sejumlah 389.6 juta yuan; manakala jualan di lapangan mencecah sejumlah 64.5 juta yuan.

Menumpu pada tema "Mengukuhkan Jenama dengan Kualiti dan Keselamatan Produk Agro, Menggiatkan Kawasan Luar Bandar dengan Industri-industri yang Berkembang Pesat", terdapat 9 aktiviti utama yang diadakan di Pameran Musim Sejuk ini. Sebelum majlis perasmian Pameran Musim Sejuk, Pandangan media Satu Jalur dan Satu Jalan dalam Pameran Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2018 diadakan dengan jayanya dari 8 hingga 9 Disember. Kira-kira 60 wartawan daripada 28 rakan media, termasuk media daripada Rusia, Australia, Mongolia, Indonesia, Kemboja dan sebagainya, berkunjung dan menyelidik Pusat Pembiakan Ayam Longquan Wenchang, Pusat Pembiakan Kambing Dongshan, Ladang Pokok Laici Tanpa Biji Luqiao, Tapak Penanaman Pitaya Dongfang Haisheng dan Ladang Perkongsian Ledong Wanzhong, daripada sejumlah 13 tapak pertanian Hainan.

Pada 11 Disember, Pertandingan Jenama-jenama Pertanian Hainan membawa kepada kemenangan hadiah pertama oleh Dongfang Pitaya. Pada 12 Disember, Delegasi Perdagangan Dalam Talian dan Pembelian Profesional pertanian Hainan untuk Berunding Majlis Penandatanganan disudahi dengan jayanya dengan pusing ganti mencecah 42.667 bilion yuan. Sebanyak 32 projek pelaburan pertanian berkontrak dengan jumlah keseluruhan sebanyak 43.697 bilion yuan untuk Sidang Kemuncak Kerjasama dan Promosi Pelaburan Projek Pertanian untuk Kerjasama Bekalan dan Pemasaran Negara diumumkan. Forum Antarabangsa Boao untuk Pembinaan Desa yang Indah turut diadakan dengan jayanya.

Di Pameran Musim Sejuk, sejumlah kira-kira 2,000 perusahaan dari 34 negara mendaftar untuk menghadiri pameran. Pelabur-pelabur dari Rusia, Mongolia, Sri Lanka, Australia dan negara-negara lain menandatangani kontrak pelaburan di Pameran Musim Sejuk ini untuk turut serta dalam pembangunan pertanian Hainan.

Pameran musim sejuk ini menyediakan beberapa astaka: Astaka Antarabangsa "Jalur dan Jalan", Astaka Industri-industri Produk Basmi Kemiskinan, pameran perikanan marin, pameran perhutanan moden, pameran perkhidmatan kewangan pertanian dan pameran-pameran lain.

Hainan menonjol dalam pembangunan pertanian di China. Ia menikmati kelebihan dalam pengeluaran khusus dan pertanian tropika. Hainan memainkan peranan dalam mengimbangi bekalan produk VBP. Pengeluaran hasil tanaman sayur-sayuran musim sejuk berkembang pada kadar yang pantas di wilayah berkenaan, mencetuskan peningkatan tahunan penghantaran sayur-sayuran ke utara. Selain itu, tapak pembiakan Nanfan menyumbang kepada kemunculan jenis baharu yang dipercepat. Tapak Nanfan dibangunkan oleh organisasi-organisasi pembiakan tanaman. Mereka memanfaatkan iklim yang baik di Hainan untuk menjalankan kajian.

Pameran Musim Sejuk ini juga bertujuan untuk mempromosi pertanian moden tropika dan pelancongan antarabangsa di pulau ini. Hainan berkedudukan kukuh dalam tanaman kontan tropika. Pengeluaran getah aslinya menyumbang sebanyak lebih separuh daripada pengeluaran negara.

http://agri.hainan.gov.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181217/2329181-1

 

Source: Hainan Broadcasting Group Lvnong Agr-tech Co., Ltd
Keywords: Agriculture Food/Beverages Trade show news