SINGAPURA, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Singapore Airlines terkenal di seluruh dunia dengan standard tingginya dalam perkhidmatan dan pengalaman kabin. Syarikat penerbangan ini dianugerahkan dengan penilaian lima bintang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada Skytrax dan diperakui oleh organisasi tersebut pada tahun 2018 sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia" buat kali keempat, mengendalikan kumpulan pesawat penumpang moden melibatkan lebih 100 pesawat. Bagi kumpulan pesawat jarak sederhana A350-900 akan datang, Singapore Airlines mengamanahkan Thales untuk mengotakan janji jenama mereka dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan, mengekalkan kelebihan daya saing dan terus memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan.
Armada pesawat baharu ini akan dilengkapi dengan sistem AVANT IFE Thales, menampilkan pengalaman pengguna yang inovatif dan diperibadikan yang direka untuk Singapore Airlines. Seramai 40 penumpang Kelas Perniagaan akan dapat menikmati monitor skrin sentuh Berdefinisi Tinggi 17" dengan telefon bimbit pelengkap yang beroperasi sama dengan telefon pintar pengguna, membolehkan penumpang menggunakannya sebagai peranti sekunder untuk mengawal monitor tempat duduk belakang. 263 tempat duduk Kelas Ekonomi akan menyediakan monitor skrin sentuh 11.6" yang terkini.
Reka bentuk AVANT yang anggun dan ringan menyediakan pengembara dengan pengalaman dalam pesawat yang luar biasa dengan pilihan hiburan yang luas daripada Singapore Airlines. Penyelesaian IFE direka dengan antara muka pengguna Istimewa baharu yang unik untuk Singapore Airlines dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih intuitif dengan pilihan navigasi tambahan baharu. Beberapa ciri utama AVANT termasuk:
Dengan myKrisWorld Singapore Airlines yang melengkapi sistem IFE baharu, penumpang berpeluang menikmati perkhidmatan hiburan dalam pesawat diperibadikan menerusi lebih 1,800 filem, rancangan televisyen, muzik, permainan interaktif, aplikasi bermaklumat dan banyak lagi. Ahli-ahli KrisFlyer dan penumpang-penumpang yang melakukan perjalanan dalam kelas premium akan turut mendapat akses kepada kandungan tambahan. Penumpang-penumpang akan berpeluang memperibadikan pilihan keutamaan apabila mendaftar masuk dan menanda filem dan rancangan TV yang telah ditonton sebahagiannya untuk disambung semula dalam penerbangan berikutnya.
Penumpang-penumpang yang menaiki pesawat jarak sederhana A350-900 baharu Singapore Airlines akan dapat menikmati perkhidmatan WiFi berkelajuan tinggi menggunakan rangkaian satelit Global Xpress (GX) Inmarsat. Perpasangan sambungan jalur-Ka global dan inovasi IFE terkini Thales menyediakan set komprehensif melibatkan perkhidmatan hiburan dalam pesawat yang dapat mengubah pengalaman penumpang di mana-mana mereka terbang.
Bagi memastikan IFE dan sistem Ketersambungan kekal pada prestasi optimum, Thales akan turut menyediakan sokongan dan perkhidmatan penyelenggaraan siap guna melalui perkhidmatan FlytCARE, termasuk penyelenggaraan ditempat, pemuatan perisian dan kandungan media, pembaikan dan sokongan daripada Pusat Sokongan Pelanggan Singapura.
"Di Thales, kami komited untuk memperkaya dan meluaskan pengalaman penumpang Singapore Airlines melalui transformasi digital terhadap perkhidmatan penerbangan," kata Philippe Carette, Ketua Pegawai Eksekutif, Thales InFlyt Experience. "Singapore Airlines menerajui industri dalam inovasi pesawat dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan mereka bagi mencipta pengalaman dalam pesawat yang unggul untuk pelanggan mereka."
"Inovasi sentiasa menjadi keutamaan Singapore Airlines dalam menyediakan pengalaman terbaik buat pelanggan kami. Melalui perkongsian dengan Thales ini, kami teruja untuk melengkapi pesawat jarak sederhana A350-900 baharu kami dengan sistem inovasi IFEC terkini bagi memperkukuh kepimpinan produk SIA dan menjamin pengalaman berbeza untuk pelanggan SIA," kata Naib Presiden Kanan Pengalaman Pelanggan En. Yeoh Phee Teik.
Latar Belakang Thales
Pihak-pihak yang menjadi harapan kita semua dalam memastikan segalanya teratur – mereka bergantung pada Thales. Pelanggan kami mendapatkan perkhidmatan daripada kami dengan cita-cita yang tinggi: untuk menjadikan kehidupan lebih baik, memastikan kita semua lebih selamat. Menggabungkan kepelbagaian unik antara kepakaran, bakat dan budaya, arkitek-arkitek kami mereka bentuk dan menyediakan penyelesaian teknologi tinggi yang luar biasa. Penyelesaian yang dapat mewujudkan masa depan, bermula hari ini. Dari dasar lautan ke ruang angkasa dan ruang siber yang luas, kami membantu pelanggan kami berfikir dengan lebih pintar dan bertindak lebih pantas - menguasai kerumitan yang lebih besar dan setiap detik penentuan sepanjang perjalanannya. Dengan 65,000 kakitangan di 56 negara, Thales melaporkan jualan sebanyak EUR15.8 bilion pada tahun 2017.
Latar Belakang Thales di Singapura
Dengan akar umbi yang kukuh dalam pasaran Singapura dan selama lebih empat dekad di rantau tersebut, Thales membangunkan kehadiran tempatan, keupayaan inovasi dan perkongsian perniagaan yang mengagumkan di seluruh rantau berkenaan.
SILA LAWATI
Thales Group
Muat turun foto HD
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181217/2329320-1