omniture

Herbalife Nutrition dan LA Galaxy Ganding Bahu Menginspirasikan Tabiat Pemakanan dan Kecergasan Positif di Indonesia dan Jepun

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2018-12-19 12:02 1893

TOKYO, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Herbalife Nutrition (NYSE: HLF), sebuah syarikat pemakanan global unggul yang tujuannya adalah untuk menjadikan dunia yang lebih sihat dan lebih bahagia, berganding bahu dengan pasukan Major League Soccer (MLS) Amerika, LA Galaxy, untuk menginspirasikan tabiat pemakanan dan kecergasan yang positif di Asia. Herbalife Nutrition telah menjadi rakan kongsi pemakanan dan jersi rasmi untuk LA Galaxy sejak tahun 2007.

Lima pemain LA Galaxy kendali latihan kecergasan dan pemakanan sukan di Jepun dan Indonesia, bersama-sama Dr. Dana Ryan, Pengarah Prestasi dan Pendidikan Sukan di Herbalife Nutrition.
Lima pemain LA Galaxy kendali latihan kecergasan dan pemakanan sukan di Jepun dan Indonesia, bersama-sama Dr. Dana Ryan, Pengarah Prestasi dan Pendidikan Sukan di Herbalife Nutrition.

 

Pemain LA Galaxy lawat rakan kongsi Casa Herbalife bagi Herbalife Nutrition Foundation di Indonesia untuk libatkan diri dalam permainan futsal kasual dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Pemain LA Galaxy lawat rakan kongsi Casa Herbalife bagi Herbalife Nutrition Foundation di Indonesia untuk libatkan diri dalam permainan futsal kasual dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Diadakan mulai 10 hingga 16 Disember, lima pemain LA Galaxy -- Emmanuel Boateng, Daniel Steres, Dave Romney, Baggio Husidic, Jonathan dos Santos -- memulakan jelajah Asia selama seminggu, mengunjungi Jakarta, Bali di Indonesia dan Tokyo, Yokohama di Jepun untuk mengambil bahagian dalam pelbagai latihan pemakanan sukan dan aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Herbalife Nutrition.

"Melalui jalinan kerjasama dengan LA Galaxy untuk jelajah Asia terkini mereka, kami berupaya memanfaatkan kekuatan satu sama lain bagi menyebarkan pesanan tentang kuasa pemakanan positif dalam mendayakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia di Indonesia dan Jepun. Ini bukan sahaja menekankan misi kami untuk meningkatkan tabiat pemakanan pengguna, ia juga berperanan untuk memajukan pemakanan sukan dan pendidikan dalam komuniti sukan kedua-dua negara," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition. 

Sebagai sebahagian daripada jelajah ini, pemain-pemain LA Galaxy menjalankan sesi latihan pemakanan sukan dan kecergasan di setiap bandar yang mereka kunjungi, bersama dengan Dr. Dana Ryan, Pengarah Prestasi Sukan dan Pendidikan di Herbalife Nutrition, untuk melengkapi ahli-ahli Herbalife Nutrition dengan pemahaman untuk memanfaatkan pemakanan sukan dan tabiat kecergasan secara lebih berkesan dalam kerja seharian mereka.

Pemain-pemain LA Galaxy turut mengambil peluang untuk melibatkan diri dengan komuniti sukan tempatan di Indonesia dengan menjalankan beberapa klinik pemakanan sukan dan kejurulatihan untuk para pemain bola sepak profesional daripada Kelab-kelab Bola Sepak U-16, U-23 dan PERSIJA Indonesia. Satu seminar oleh Dr Dana Ryan dan jurulatih serta pakar diet LA Galaxy, turut diadakan dengan kerjasama Fakulti Sukan Universitas Negeri Jakarta untuk berkongsi bersama mahasiswa universiti yang mengkhusus dalam sains sukan tentang pengetahuan memaksimumkan kuasa pemakanan, bagi membantu atlet-atlet mencapai prestasi optimum dalam arena sukan.

Semasa jelajah tersebut, pemain-pemain LA Galaxy turut meluangkan masa untuk bertemu para penerima Casa Herbalife Program Herbalife Nutrition Foundation di Indonesia dan Jepun dengan melibatkan diri dalam permainan futsal kasual bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sejumlah USD29,000 disumbangkan oleh LA Galaxy kepada tiga penerima Casa Herbalife Program yang dikunjungi oleh pemain-pemain tersebut yang akan disalurkan kepada subsidi makanan, pendidikan pemakanan dan projek-projek lain bagi meningkatkan pemakanan kanak-kanak.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama-sama ahli-ahli bebas Herbalife Nutrition, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada trend global melibatkan pemakanan yang kurang sihat dan obesiti, populasi yang ingin meningkat usia dengan cara yang lebih sihat, kos penjagaan kesihatan awam yang melambung tinggi selain memberi peluang untuk memenuhi keperluan bilangan usahawan yang semakin bertambah. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains, bimbingan secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife Nutrition dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. Model jualan langsung Syarikat menyediakan individu-individu dengan peluang perniagaan keusahawanan untuk bekerja sendiri serta bekerja sepenuh masa atau secara sambilan.

Produk pemakanan bersasaran, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri Herbalife Nutrition disediakan secara eksklusif kepada dan melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara.

Herbalife Nutrition menyokong Herbalife Nutrition Foundation (HNF) dan program-program Casa Herbalife Nutrition yang berasaskan lebih 130 komuniti di seluruh dunia yang membantu memberikan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak. Syarikat dan HNF turut menyediakan bantuan kepada organisasi-organisasi yang menumpu pada kesejahteraan umum masyarakat seperti American Cancer Society, Save The Children dan American Red Cross.

Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia.  

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,300 kakitangan di seluruh dunia dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira sebanyak US$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Herbalife Nutrition Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
DID: +852 3589 2643
Emel: dalieal@herbalife.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181218/2324689-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181218/2324689-1-b

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine