omniture

Pemindahan Lemak, Sel Stem Diperbesar Alternatif Berharga untuk Implan Payudara

Bioscience Institute S.P.A
2018-12-19 23:52 967

LAS VEGAS, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ --

Pembesaran sel stem daripada adipos autologus (ADSC) cegah penyerapan semula lemak, membolehkan untuk mengekalkan hasil yang dicapai selepas cantuman lemak 

Keputusan susulan 4 tahun pendekatan pembentukan tubuh Liposkill Plus Bioscience Institute dibentangkan di Las Vegas

Ketersediaan mudah tisu penderma, ketiadaan parut, tempoh pemulihan singkat: beberapa kelebihan yang menjadikan pemindahan lemak (lipofilling) suatu teknik yang baik untuk pembesaran, pembetulan asimetri dan pembentukan semula payudara, namun demikian penyerapan semula lemak benar-benar boleh mengehadkan hasilnya. Pada masa kini, satu pendekatan berasaskan suntikan sel stem daripada adipos (ADSC) membolehkan untuk mengekalkan volum payudara yang dicapai selepas melakukan cantuman lemak. Bukti pertama seumpamanya kelebihan ADSC diperoleh daripada Mesyuarat IFATS Tahunan ke-16 yang dianjurkan oleh Persekutuan Antarabangsa untuk Terapeutik dan Sains Adipos di Las Vegas (AS) yang mana Bioscience Institute membentangkan keputusan susulan 4 tahun pesakit-pesakit yang memperoleh implan ADSC diperbesar autologus untuk pembesaran payudara. 

generated by system

Analisis MRI volum payudara dilakukan di bawah penyeliaan perubatan pengarah perubatan Bioscience Institute, Roberto Viel, sebelum dan 4 tahun selepas rawatan ADSC, mendedahkan bahawa suntikan yang sesuai membolehkan untuk mengekalkan 100% volum payudara yang dicapai menerusi cantuman lemak. Apabila BMI pesakit meningkat, jumlah volum payudara turut meningkat, mencecah 109 hingga 135% daripada jumlah volum payudara yang dicapai menerusi suntikan lemak, menunjukkan bahawa cantuman lemak berfungsi seperti lemak dalam bahagian lain organisme.

Keputusan sedemikian dapat dicapai melalui Liposkill Plus, satu pendekatan pembentukan tubuh berdasarkan pembesaran ADSC autologus untuk disuntik dalam payudara pesakit bagi mencapai dua matlamat estetik: meningkatkan volum payudara tanpa melakukan implan payudara dan akhirnya menyingkirkan lemak daripada deposit yang tidak diingini (contoh, abdomen, paha). Pembesaran ADSC adalah penting untuk hasil yang bertahan lama, membolehkan untuk mendapat dos minimum sel yang tepat untuk suntikan (100-150 ribu sel/ml lemak untuk volum antara 400 hingga 800 ml). «Pembesaran sel merupakan satu-satunya teknologi yang tersedia untuk mencapai nisbah yang betul antara sel dan lemak,» dijelaskan oleh Giuseppe Mucci, Ketua Pegawai Eksekutif Bioscience Institute. «Hasil adalah benar-benar semula jadi dari segi estetik dan sentuhan, dan berkemungkinan dapat membentuk semula bahagian tubuh yang lain, seperti otot gluteus. Tambahan pula, sesetengah ADSC dapat menjalani pengawetan kriogen, yang membolehkan penggunaan lain pada masa depan, seperti rawatan penuaan kulit. Menerusi ciri-ciri berkenaan, Liposkill Plus membawakan alternatif berharga kepada pembedahan pembesaran payudara trasional.»

 

Source: Bioscience Institute S.P.A
Keywords: Health Care/Hospital Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news