omniture

Firma-firma Chengdu meterai perjanjian untuk 18 projek kolaboratif dengan rakan sejawat Thai

Chengdu Municipal Commerce of Commission
2018-12-20 00:34 2083

BANGKOK, 20 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Acara kemuncak bagi Minggu Kerjasama Thailand-Chengdu 2018, Pertukaran Ekonomi dan Perdagangan serta Mesyuarat Pertukaran Pemadanan Perniagaan selain Mesyuarat Promosi Chengdu dan Majlis Penandatanganan untuk Projek-projek Utama telahpun diadakan di Bangkok, Thailand pada petang 17 Disember.

Mesyuarat Promosi Chengdu dan Majlis Penandatanganan untuk Projek-projek utama diadakan di Bangkok, Thailand pada petang 17 Disember
Mesyuarat Promosi Chengdu dan Majlis Penandatanganan untuk Projek-projek utama diadakan di Bangkok, Thailand pada petang 17 Disember

Siri acara ini bertujuan untuk membina platform bagi tujuan kolaborasi dan pertukaran, membantu firma-firma berpangkalan di Chengdu yang terkemuka dengan produk berkualiti dan perkhidmatan istimewa berkembang ke Asia Tenggara, merebut peluang perniagaan yang terhasil daripada Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan China dan Koridor Ekonomi Timur Thailand, sekaligus menyediakan laluan untuk syarikat-syarikat yang mengambil bahagian terus memanfaatkan kekuatan mereka dan mengukuhkan perkongsian tersebut.

Kontrak untuk 18 projek kolaboratif utama dalam bidang-bidang termasuk pembuatan pintar, kesihatan raya, automotif, perabot, perdagangan produk segar, selain pertukaran budaya, seni dan pendidikan, ditandatangani dalam Mesyuarat Promosi tersebut.

  • Dalam sektor kesihatan, Sichuan Gaofuji Biotech memeterai perjanjian untuk probiotik dengan Kasat Thai Organic Fertilizer;
  • Dalam sektor automotif, Sichuan Yema Automobile memeterai perjanjian untuk pelesenan pengedaran kenderaan elektrik mereka di Thailand.
  • Dalam sektor pendidikan, College of Chinese & ASEAN Arts memeterai perjanjian dengan Silpakorn University untuk bersama-sama mendorong pelajar ijazah sarjana dan kedoktoran.

Firma-firma ekonomi baharu yang berpangkalan di Chengdu turut memanfaatkan acara Minggu Kerjasama untuk meluaskan kehadiran mereka di Asia Tenggara. AOSSCI technology menandatangani perjanjian kolaboratif untuk fotogrametri udara, keselamatan dan rondaan, memperkenalkan dron gred industri buatan Chengdu serta perkhidmatan operasi komersial seluruh kitaran hayat yang komprehensif ke Thailand. Xgimi memeterai perjanjian dengan firma teknologi komunikasi Thai, yang mana firma ini akan menjadi pengedar produk-produk Xgimi di Thailand.

Chengdu turut mempromosi sumber perdagangan dan pelancongan kepada para usahawan Thai dalam usaha untuk mengukuhkan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN termasuk Thailand dalam kedua-dua sektor. Chen Li, pengarah Suruhanjaya Perdagangan Perbandaran Chengdu berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bandar ini telah meningkatkan kerjasamanya dengan Thailand, yang menjadi peneraju ASEAN dalam industri automotif dan getah. Industri-industri peralatan elektrik dan perlindungan alam sekitar Thailand turut melengkapi jaringan kluster industri Chengdu yang dimodenkan. Masanya tepat untuk Chengdu mengukuhkan hubungan komersial dan ekonominya dengan Thailand.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181218/2330478-1

 

Source: Chengdu Municipal Commerce of Commission
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Contracts