omniture

JA Solar Bekal Modul untuk Projek Solar Dwikaca PERC Mono Dwimuka 3MW Pertama di Brazil

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-12-20 06:39 1204

BEIJING, 20 Disember 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia akan membekalkan semua modul dwikaca PERC mono dwimuka untuk loji kuasa solar 3MW SolarGrid di Brazil. Ini merupakan projek solar dwikaca dwimuka pertama negara tersebut. Di samping itu, projek ini mewakili penembusan modul dwikaca PERC dwimuka syarikat ke dalam pasaran Brazil, yang mana, dengan output kuasa lebih tinggi daripada produk dan tolerans pemuatan mekanikal yang lebih baik, penting dalam pembangunan tenaga hijau di negara tersebut.

Terletak di Minas Gerais, projek ini dibangunkan dan dibina oleh SolarGrid Energia, pemaju tenaga baharu yang diiktiraf di Brazil. Dengan cahaya matahari yang banyak, Brazil sesuai untuk membina loji kuasa fotovolta. Walau bagaimanapun, iklim separa gersang dan persekitaran bersuhu tinggi pada musim panas mengakibatkan keperluan yang ketat untuk pretasi modul PV. JA Solar ialah pemegang bagi hak harta intelek teras dan paten yang dikaitkan dengan teknologi PERC. Dengan itu, produk solar JA Solar mempunyai kualiti yang cemerlang dan prestasi unggul dalam penjanaan kuasa. Modul-modul yang digunakan dalam projek solar ini menggabungkan sel solar PERC dwimuka berkecekapan tinggi dengan struktur dwikaca kukuh bagi memastikan output kuasa dan penjanaan kuasa elektrik yang stabil di kawasan dengan iklim yang melampau seperti itu.

Selain itu, modul dwikaca PERC dwimuka JA Solar yang digunakan dalam projek solar ini dilengkapi dengan pengesan paksi tunggal selari, yang dapat menonjolkan kelebihan penjanaan kuasa elektrik daripada modul dwimuka dan meningkatkan output kuasa pada sistem dengan ketara. Loji solar ini dijangka dapat menjana 7.1 juta KWj kuasa elektrik setahun dan mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 5,284 tan setahun. Beroperasi menurut keadaan persekitaran yang sama, modul dwikaca PERC mono dwimuka JA dapat menjana kuasa elektrik 9.5% lebih tinggi berbanding modul satu sisi PERC mono.

En. Baofang JIN, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "Kami percaya bahawa kerjasama dengan SolarGrid dan bekalan modul dwimuka PERC mono berprestasi tinggi kami untuk loji solar ini merupakan pembangunan signifikan bagi projek-projek PV masa depan di Brazil. Di samping itu, penggunaan produk solar berkecekapan tinggi dapat menjadi rujukan kukuh untuk pembangunan projek di Brazil dan negara-negara Amerika Latin yang lain. JA Solar akan terus menumpu pada pembangunan produk PV berkecekapan tinggi dan menyumbang kepada pembangunan tenaga baharu seluruh dunia."

JA Solar Holdings Co, Ltd
http://www.jasolar.com/html/en/

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com

 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities