NURNBERG, Jerman, 20 Disember 2018 /PRNewswire/ --
Alma Lasers, GmbH, pembangun global bagi penyelesaian berasaskan tenaga yang inovatif untuk pasaran estetika dan pembedahan, hari ini mengumumkan bahawa ia menerima notis siap daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) sebagai respons kepada persoalan tentang kaedah komunikasi pemasaran dan promosi berhubung sistem CO2 Piksel FemiLift Syarikat yang digunakan untuk prosedur kesihatan dermatologi, pembedahan dan ginekologi.
"Kami mengambil serius keperluan kawal selia FDA dan kami mengambil tindakan segera susulan notis yang diterima pada bulan Julai untuk bekerjasama dengan FDA bagi mengkaji semula dan menyelesaikan segala persoalan mereka," kata Lior Dayan, Ketua Pegawai Eksekutif Alma Lasers. "Kami berasa sukacita kerana dapat menyelesaikan hal ini secara kolaboratif dan kami akan terus memastikan agar semua produk kami dipromosikan menurut peraturan FDA."
Sistem CO2 Piksel FemiLift ialah laser CO2 berkuasa tinggi dan berbilang aplikasi yang menghasilkan laser 10,600-nm tertumpu dan berpecah-pecah secara alur ketepatan bagi mengendalikan prosedur kesihatan dermatologi, pembedahan dan ginekologi yang memerlukan ablasi, pengewapan, eksisi, insisi dan/atau koagulasi tisu lembut. FemiLift mengambil pendekatan berpiksel terhadap pelapisan semula tisu dengan menyasarkan hanya sebahagian kecil tisu sambil meninggalkan baki tisu yang tidak dirawat secara mikroskopik untuk membantu penyembuhan pantas.
Latar Belakang Alma
Alma ialah penginovasi bertaraf global bagi Laser, berasaskan Cahaya, Frekuensi Radio, Plasma dan penyelesaian Ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan. Kami membolehkan para pengamal menawarkan prosedur yang selamat dan berkesan, sekaligus membolehkan pesakit mendapat manfaat daripada teknologi dan rawatan canggih yang terbukti secara klinikal.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sivan Raz
E-mel: Sivan.raz@almalasers.com