CAPE TOWN, Afrika Selatan, 21 Disember 2018 /PRNewswire/ --
Clickatell telah merungkai kemungkinanan untuk beberapa bank besar di seluruh Afrika, mendorong Rangkuman Kewangan dan meraih pengiktirafan daripada organisasi-organisasi industri yang berprestij.
Usaha Clickatell ke arah perdagangan konvensional bermula pada tapak yang kukuh dengan kejayaan pengenalan Perbankan Sembang pada WhatsApp yang membolehkan bank-bank berhubung dan berurus niaga dengan pelanggan mereka di saluran pilihan mereka. Penyelesaian mereka hari ini memperkasa Perbankan Sembang untuk Absa, GT Bank, First Bank of Nigeria dan UBA dengan banyak lagi pilihan yang bakal muncul pada masa terdekat. Clickatell berbangga dapat menjadi peneraju pasaran yang menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna, mewujudkan rangkuman kewangan dan meningkatkan kemajuan teknologi dalam industri perbankan.
"Kami teruja dan rendah hati dengan pengiktirafan pasaran melalui anugerah-anugerah yang telah kami menangi pada tahun 2018. Kami berharap dapat terus menyampaikan misi kami untuk menjadikan perbualan antara perniagaan dan pelanggan mereka mudah, tepat pada masanya dan menyeronokkan," kata Pieter De Villiers, Ketua Pegawai Eksekutif Clickatell.
Clickatell telah memenangi anugerah-anugerah berikut pada tahun 2018:
"Inisiatif, Aplikasi atau Program Pemberian Pinjaman Terbaik 2018 - Afrika Barat" daripada Asian Bankers.
Anugerah Asian Banker mempunyai kriteria penilaian yang ketat dan merupakan penanda aras untuk inovasi teknologi global, merupakan pasaran yang semakin bersemangat dan kompetitif, dengan lebih 150 penyertaan setiap tahun.
Anugerah "10 Syarikat Kewangan Terbaik" daripada FiNext
FiNext menyediakan platform untuk sektor Teknologi Kewangan global, membolehkan syarikat baharu, PKS, penyedia teknologi penting, pelabur, institusi kewangan dan pemegang kepentingan lain untuk berhubung dan berinteraksi di bawah satu bumbung. Anugerah FiNext Tech mengiktiraf usaha-usaha oleh para pemimpin pemikiran Teknologi Kewangan dan pencetus inspirasi untuk industri ini.
"Produk Rangkuman Kewangan Terbaik Tahun 2018" daripada Kalahari
Anugerah Kalahari dikhususkan untuk mengiktiraf daya kreativiti dan kecemerlangan dalam industri pembayaran digital dan pengiriman wang di seluruh Afrika.
"Penyelesaian Teknologi Kewangan Terbaik 2018" daripada Apps Africa
Anugerah AppsAfrica.com meraikan yang terbaik dalam mudah alih dan teknologi dari seluruh Afrika, menonjolkan inovasi-inovasi terbaik dari benua ini dalam 14 kategori. Dengan tumpuan pada inovasi dan impak sosioekonomi melalui teknologi dan inovasi, calon-calon berdepan dengan piawaian kriteria pertandingan dan penilaian yang tinggi.
Hubungi kami melalui chatbanking@clickatell.com atau kunjungi kami di http://www.clickatell.com untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Clickatell dapat membantu mempercepatkan keperluan komunikasi dan penglibatan pelanggan anda.
Hubungan Media:
Runil Soni
Pengurus Pemasaran
runil.soni@clickatell.com