omniture

'Apprentice Season 4' XCMG Tawar Rekrut Wawasan Industri Berharga

XCMG
2018-12-21 12:30 1522

SHANGHAI, 21 Disember 2018 /PRNewswire/ -- "XCMG Apprentice Season 4: Insiders" berada di kemuncaknya, tatkala barisan lima rekrut antarabangsanya dari A.S. Pakistan, India, Venezuela dan Uzbekistan, di samping mempelajari tentang pembangunan teknologi dan produk yang utama di dunia oleh syarikat di ibu pejabatnya di Xuzhou, China, turut memainkan peranan penting dalam menyokong kehadiran XCMG di bauma China 2018.

Lima orang perantis ini telah meninjau pencapaian XCMG dalam Pembuatan Pintar, produk canggih, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pemasaran global. Selain pendedahan mereka terhadap usaha-usaha industri di bauma China 2018, mereka turut mengunjungi kilang jentera pembinaan yang terbesar di dunia dan makmal getaran dan hingar yang terbesar di Asia, selain berpeluang mengendalikan produk-produk XCMG.

"Kebanyakan pengalaman saya yang terdahulu dengan jentera berat adalah berbentuk teori atau analisis operasi," kata Marvi dari Pakistan. "Saya amat berterima kasih kepada XCMG kerana menyediakan pengalaman operasi amali dengan mesin pengorek dan jentera berat lain yang belum pernah saya pandu atau didedahkan sebelum ini. Memandu kren XE150D dan G1 adalah mengujakan dan pengendalian XE2000 seakan gergasi merupakan pengalaman seumur hidup!

"Sepanjang minggu, kami bukan sahaja berpeluang menjalin persahabatan baharu dari seluruh dunia, tetapi juga dapat memperkenalkan produk, teknologi dan budaya XCMG kepada peminat XCMG global," ujar Liu Jing, mentor Apprentice dalam Divisyen Perniagaan Jentera Pengangkat XCMG. "XCMG merupakan tumpuan banyak jurutera dan juruteknik berbakat yang mengamalkan standard emas kami iaitu 'Termaju dan Tahan Lasak' serta merupakan contoh ikutan yang mendorong setiap orang untuk melakar kemajuan dan mendorong syarikat mencapai tahap baharu."

Dilancarkan pada Januari 2016, Program XCMG Apprentice diwujudkan bagi menawarkan bakat-bakat muda dari seluruh dunia dengan peluang untuk belajar tentang XCMG, teknologi inovatifnya dan pengaruh global, sekaligus mempromosi pertukaran antarabangsa dalam industri jentera pembinaan dan berkongsi budaya Cina. "Menjadikan dunia tempat yang lebih baik" sentiasa menjadi sebahagian daripada misi XCMG. Golongan muda seluruh dunia dijemput untuk menyertai XCMG bagi meneroka teknologi dan menyumbang kepada pembangunan mampan untuk industri berkenaan.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 182 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Auto Transportation Workforce Management/Human Resources