omniture

ET Energy Mulakan Projek Solar Komersial Pertama di Filipina

ET Energy
2018-12-25 13:34 951

CEBU CITY, Filipina, 25 Disember 2018/PRNewswire/ -- ET Energy, pembangun dan pengendali tenaga bersih terkemuka dunia, mengumumkan projek solar komersilnya yang pertama di Filipina. Loji kuasa solar telah selesai dan disambungkan ke grid di atas bumbung pengedar Ford Motor Company, Fairlane Automotive Ventures Inc, di Cebu City, Filipina.

Projek solar komersial pertama ET Energy di Filipina
Projek solar komersial pertama ET Energy di Filipina

Sebagai salah satu pembuat kereta terbesar di dunia, Syarikat Ford Motor sentiasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar, dan telah menyepadukan kemampanan ke seluruh perusahaan global mereka.

ET Energy menyediakan perkhidmatan EPC lengkap kepada Fairlane, memasang 273 modul solar berkualiti tinggi. Pembinaan dan pemasangan dilakukan dengan ketat mengikut peraturan tempatan. Projek ini mempunyai kitaran hayat selama lebih daripada 25 tahun dan akan mengurangkan kos utiliti dan pelepasan karbon dioksida.

Kapasiti terpasang dianggarkan mencapai 1.6 GW menjelang tahun 2020 di Filipina. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jurang bekalan kuasa di Filipina telah berkembang - lebih dua juta isi rumah tanpa elektrik. Atas sebab ini, ramai pemilik perindustrian dan komersil tempatan mendapati bahawa bangunan loji kuasa PV di atas bumbung ialah keputusan perniagaan yang baik, kerana ia memberi mereka bekalan eletrik yang lebih cekap, stabil dan kos rendah.

Dennis She, Ketua Pegawai Eksekutif ET Energy berkata, "ET Energy sentiasa komited untuk memasuki pasaran solar Filipina.  Selain daripada projek ini, projek PV 1.4 MW dengan kerjasama syarikat gergasi kuasa tempatan yang terkenal telah disambungkan ke grid. Kami juga membina projek PV atas bumbung komersial untuk Toyota Motor Corporation. Projek-projek penting ini menunjukkan bahawa kami boleh dan akan membuka pasaran PV perindustrian dan komersial Filipina sepenuhnya."

Latar Belakang ET Energy

ET Energy merupakan pembangun dan pengendali tenaga bersih terkemuka dunia. Dengan teknologi solar yang inovatif dan penyelesaian kewangan yang disesuaikan, ET Energy menyediakan penyelesaian sehenti professional merentas seluruh kitar hayat loji kuasa solar termasuk pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pengendalian & penyelenggaraan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ET Energy, sila lawati http://www.etsolar.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181224/2335033-1

Source: ET Energy
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities