omniture

HONOR Lancar HONOR View20 Baharu di China

HONOR
2018-12-28 10:09 578

Pelancaran Pertama Telefon Pintar Unggulan dengan Ciri-ciri Utama Dunia

- Telefon pintar pertama HONOR dikuasakan oleh cip set dwi-NPU dan Kirin 980 untuk pasaran global

- HONOR View20 tawarkan sistem kamera 48MP dan 3D pertama di dunia

- Paparan Pandangan Penuh luar biasa dengan kamera dalam skrin

- Pelancaran telefon pintar elit ditonjolkan oleh kolaborasi jenama fesyen MOSCHINO 

BEIJING, 28 Disember 2018 /PRNewswire/ -- HONOR, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, hari ini secara rasminya melancarkan telefon unggulan terkininya dalam pasaran China, HONOR View20, padat dengan ciri-ciri sofistikated yang telahpun diharapkan oleh pengguna daripada telefon unggulan, dengan ciri-ciri teknikal dan prestasi cemerlang dipadankan dengan reka bentuk dan gaya yang tiada tandingan. HONOR View20 akan disediakan pada harga bermula daripada RMB 2,999. Jualan rasmi di China akan bermula pada 28 Disember.

Majlis pelancaran China HONOR View20
Majlis pelancaran China HONOR View20

HONOR View20 dilengkapi dengan sistem kamera 48MP dan 3D belakang pertama dunia dan kamera 25MP menghadap depan yang disepadukan ke dalam paparan. Reka bentuk paparan Pandangan Penuh inovatif ini tidak memberi kesan kepada fungsi paparan, sebaliknya ia membolehkan pengalaman tontonan tanpa-takuk, mencapai nisbah 91.8% badan-kepada-skrin yang mengagumkan dan membolehkan pengguna mengambil foto sebaik mungkin, kesemuanya secara serentak.

Pantom Red & Phantom Blue HONOR View20
Pantom Red & Phantom Blue HONOR View20

Dari perspektif reka bentuk, HONOR View20 memecah kebiasaan telefon pintar unggulan tradisional dari segi dimensi dan gaya. Ia merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi nanolitografi termaju bagi membangunkan tekstur nano yang tidak kelihatan pada badan telefon. Generasi keempat salutan vakum-nano dan proses tekstur aurora tidak kelihatan mewujudkan kecerunan warna bentuk-V yang jelas dan dinamik dengan kesan berkilauan. Di samping itu, HONOR memperkenalkan kolaborasi pindah silang bersama jenama fesyen Itali MOSCHINO serta melancarkan edisi reka bentuk bersama HONOR View20 MOSCHINO.

Kolaborasi HONOR X MOSCHINO
Kolaborasi HONOR X MOSCHINO

Kejelasan Ultra AI 48MP pertama dunia dan kamera TOF 3D

Bagi fotografi telefon pintar, tiada ada yang lebih penting daripada kualiti serta kejelasan foto dan HONOR View20 membawakan ciri-ciri ini ke tahap baharu. Kamera belakang HONOR View20 merupakan yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh sensor imej CMOS bertindan Sony IMX586 yang menampilkan 48 megapiksel berkesan pada unit sensor 1/2-inci demi menghasilkan kualiti imej yang cemerlang. Hasilnya, anda akan dapat melihat butiran lebih beraneka dan warna yang lebih bertenaga pada tangkapan dioptimum AI yang diambil menggunakan HONOR View20. Di samping itu, cip set dwi-NPU dan Kirin 980 dwi-ISO telah meningkatkan keupayaan pemprosesan imej dan kamera telefon masing-masing sebanyak 134% dan 46%. Digabungkan dengan kuasa sensor 48MP kamera yang sedia mengagumkan, hasilnya merupakan potensi fotografi mudah alih yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Satu lagi kamera belakang ialah kamera TOF 3D yang membuatkan telefon ini berupaya mencipta dimensi baharu dalam fotografi dan videografi yang memberikan sifat kebolehgunaan yang lebih besar dan keseronokan kepada pengguna. Ia dapat menghitung jarak berdasarkan masa pergerakan daripada isyarat cahaya dan mempunyai fungsi-fungsi termasuk penderiaan kedalaman, penjejakan berangka dan rakaman gerakan waktu nyata.

Kamera TOF 3D dapat mengubah HONOR View20 menjadi konsol permainan dikawal gerakan dan membolehkan anda bermain permainan gerakan 3D yang belum pernah dirasai sebelum ini. Selain itu, ia juga membolehkan watak-watak 3D menari mengikut gerakan anda pada telefon anda dan anda boleh berkongsi video tarian yang melucukan ini bersama rakan-rakan anda.

Paparan Pandangan Penuh luar biasa dengan kamera dalam skrin

Paparan bertakuk, salah satu trend 2018 yang paling popular, dibangunkan bagi memenuhi kehendak terhadap nisbah skrin-kepada-badan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, perkara yang dapat dilakukan dengan penyelesaian ini adalah terhad. Sebagaimana kita yang tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana pengeluar telefon pintar akan membawakan reka bentuk selangkah lebih maju, HONOR View20 dipersembahkan, memaparkan paparan Pandangan Penuh yang luar biasa dengan kamera depan dalam skrin, justeru menandakan era baharu bagi reka bentuk paparan. Lubang yang amat kecil dengan ukuran diameter hanya 4.5mm berbanding 6.0mm dihasilkan pada sudut kiri atas telefon berkenaan bagi menempatkan kamera menghadap depan dan memberi peningkatan besar pada ruang paparan. Tidak lagi menggerudi lubang yang menembusi kesemua lapisan pada skrin dengan hanya panel kaca yang melapisi kamera. HONOR mengekalkan beberapa lapisan dengan menggunakan tindanan teknologi 18-lapisan yang amat rumit. Teknik ini dapat mengurangkan impak pada struktur paparan dengan berkesan bagi meningkatkan ketahanan dan mengurangkan gangguan cahaya daripada paparan demi meningkatkan kualiti foto keseluruhan. 18 lapisan proses yang rumit ditambah baik, agar ruang paparan pada kamera skrin baharu dapat dikurangkan dengan ketara, membawakan penggguna dengan pengalaman skrin penuh hampir 100%.

HONOR X MOSCHINO: Penginovasi Teknologi Bertemu Fesyen Berkualiti

Bagi menandakan pelancaran sesuatu yang diwakili oleh telefon pintar unggulan dengan kualiti terbaik, HONOR turut berkolaborasi dengan jenama fesyen Itali yang ikonik MOSCHINO bagi menghasilkan rangkaian produk berinspirasi MOSCHINO yang eksklusif, pernyataan fesyen yang ideal untuk penggemar fesyen telefon yang utama.

Mengumumkan pelancaran China bagi HONOR View20, En. George Zhao, Presiden HONOR, berkata: "Siri View HONOR menawarkan teknologi canggih dan prestasi unggulan bagi membawakan pengalaman pengguna yang unggul. Edisi HONOR V20 MOSCHINO ialah hasil pindah silang berani yang merevolusikan pengalaman fesyen pengguna lebih muda di serata dunia.

"Pakaian dan aksesori MOSCHINO diperakui di seluruh dunia atas kebolehan berjenaka, inovasi dan keunikannya yang istimewa, membawakan tema-tema berani yang memecah sempadan fesyen. Bagi menandakan pelancaran awal ini, HONOR teruja kerana dapat berkolaborasi dengan syarikat fesyen yang disegani untuk rangkaian produk eksklusif ini yang menonjolkan nilai estetika reka bentuk elegan View20 dan kemuncak pencapaian teknikal."

MOSCHINO turut menyatakan bahawa "HONOR dan MOSCHINO merupakan kombinasi sempurna, HONOR ialah jenama yang amat bergaya, baharu dan mengikut trend dan kedua-dua konsep estetika dan jenama kami menyasarkan pengguna yang lebih muda dan lebih moden. HONOR akan menjadi jenama terbaik untuk mencipta gaya hidup kontemporari ini bersama MOSCHINO."

Menurut IDC, penghantaran HONOR meningkat sebanyak 27.1% pada tiga suku pertama tahun 2018, berbanding penurunan daripada tahun sebelumnya sebanyak 3.1% dalam pasaran telefon pintar global. Menerusi pertumbuhan perniagaan yang mantap, HONOR melangkah ke hadapan dengan imej dan kisah jenama baharu. Pada Tahun Baharu akan datang, HONOR akan menerima pakai identiti visual baharu dan logo baharu dengan warna-warna yang menyentuh perasaan bagi menonjolkan kepelbagaian dan keterangkuman jenama ini. Selari dengan slogan baharu, "HONOR MY WORLD", HONOR memperkenalkan misi baharu untuk mencipta dunia baharu yang pintar yang menjadi milik golongan muda. Honor komited untuk menawarkan pengalaman pintar yang bergaya dan bersifat sejagat kepada belia seluruh dunia dan menetapkan trend bagi budaya perintis dan gaya hidup moden.

Pelancaran peringkat global HONOR View20 bakal berlangsung di Paris pada 22 Januari. Lebih banyak sorotan ciri produk untuk pasaran global akan didedahkan tidak lama lagi.

Jemputan pelancaran Paris HONOR View20
Jemputan pelancaran Paris HONOR View20

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/c/honorofficial/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181226/2335295-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181226/2335295-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181226/2335295-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181226/2335295-1-d

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services