omniture

Bethel Woods Center for the Arts, Live Nation Dan INVNT Ganding Bahu Jayakan Festival Tiga Hari Muzik, Kebudayaan dan Komuniti Baharu

Bethel Woods Center for the Arts
2018-12-28 10:46 3036

BETHEL, New York, 28 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Bethel Woods Center for the Arts (BWCA), sebuah pusat kebudayaan bukan berasaskan keuntungan yang terletak di tapak bersejarah festival Woodstock 1969 di Bethel, New York, Live Nation, syarikat hiburan langsung yang terkemuka di dunia, dan INVNT, sebuah agensi penceritaan jenama langsung yang bertaraf global, hari ini mengumumkan Festival Muzik dan Kebudayaan Bethel Woods: Meraikan ulang tahun emas di tapak bersejarah festival Woodstock 1969.   

 

Acara bakal diadakan di Bethel Woods Center for the Arts, hanya 90 minit dari Bandar Raya New York
Acara bakal diadakan di Bethel Woods Center for the Arts, hanya 90 minit dari Bandar Raya New York

Bakal berlangsung pada 16-18 Ogos 2019, acara muzik, kebudayaan dan komuniti pan-generasi ini akan diadakan di BWCA, hanya 90 minit dari Bandar Raya New York. Pengalaman selama tiga hari yang tidak dapat dilupakan ini akan melibatkan persembahan langsung daripada artis-artis ternama dan baru muncul mencakupi pelbagai genre dan dekad, serta ceramah-ceramah gaya TED daripada para futuris dan pakar-pakar teknologi retro. Para pengunjung festival juga akan berpeluang melawat Museum at Bethel Woods, yang menceritakan kisah tahun 1960-an melalui media imersif, penglibatan interaktif dan artifak daripada festival 1969 selain mengalami pameran khas 2019 We Are Golden:Reflections on the 50th Anniversary of the Woodstock Festival and Aspirations for an Aquarian Future.  

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Live Nation dan INVNT bagi menerbitkan Festival Muzik dan Kebudayaan Bethel Woods," kata Darlene Fedun, Ketua Pegawai Eksekutif, BWCA. "Lima puluh tahun lalu, orang ramai berhimpun secara aman di tapak kami, mendapat inspirasi untuk mengubah dunia melalui muzik. Sebagai penjaga tapak bersejarah ini, kami kekal komited untuk mengekalkan kekayaan sejarah dan semangat ini serta mendidik dan menginspirasikan generasi-generasi baharu untuk memberi sumbangan positif kepada dunia melalui muzik, budaya dan komuniti."

Festival selama tiga hari ini akan memanfaatkan tempat dan kemudahan canggih BWCA. Kampung-kampung hiburan dan sebilangan kawasan persembahan tempahan khas akan diwujudkan khusus untuk upacara berkenaan. Butiran penuh tentang barisan acara, tiket, pengalaman bukan muzik dan aktiviti jenama akan disiarkan tidak lama lagi.

Untuk mengakses logo dan imejan resolusi tinggi, kunjungi: http://bit.ly/2ENcyYk

PENAFIAN

Sambutan Bethel Woods Center for the Arts menandakan Ulang Tahun ke-50 festival terhebat sepanjang zaman, yang dirancang untuk Musim Panas tahun 2019, tidak diterbitkan, ditaja atau dikaitkan dengan Woodstock Ventures LC, penganjur bagi Festival 1969 dan festival-festival pertemuan semula yang lain dan bukan acara WOODSTOCK®.

Latar Belakang Bethel Woods Center for the Arts dan Museum at Bethel Woods

Bethel Woods Center for the Arts logo
Bethel Woods Center for the Arts logo

Bethel Woods Center for the Arts ialah sebuah pertubuhan kebudayaan bukan berasaskan keuntungan, terletak di tapak festival Woodstock 1969 di Bethel, New York. Terletak hanya sejauh 90 batu dari Bandar Raya New York di kampus rimbun yang mempunyai pemandangan desa bukolik, Pusat ini merangkumi amfiteater Pentas Astaka yang dapat menampung 15,000 orang, Galeri Acara dalaman dengan 440 tempat duduk yang intim serta Museum at Bethel Woods yang memenangi anugerah. Pusat ini menawarkan pelbagai seleksi artis popular, persembahan yang kaya budaya dan program pendidikan, komuniti serta muzium yang komited untuk menginspirasikan ekspresi, daya kreativiti dan inovasi melalui seni. Bethel Woods menjadi contoh melalui usaha-usahanya untuk melibatkan, menginspirasikan dan menyokong kebolehcapaian seni untuk semua peringkat usia dan untuk berhubung dengan rakan-rakan kongsi komuniti bagi meluaskan capaian programatik dan untuk mengukuhkan sokongan serta sumber demi aktiviti-aktivitinya. Museum at Bethel Woods dikhususkan kepada kajian dan pameran acara-acara sosial, politik dan kebudayaan tahun 1960-an, termasuk festival Woodstock dan legasi zaman berkenaan, selain pemuliharaan tapak festival Woodstock 1969. Lebih daripada sekadar sambutan nostalgik dekad yang berwarna warni, Muzium yang memenangi anugerah ini memberi tumpuan kepada isu-isu dan pengajaran-pengajaran lebih mendalam pada dekad berkenaan. Muzium ini merupakan sumber komuniti yang dinamik dan bertenaga yang mana individu-individu dan kumpulan-kumpulan pada semua peringkat usia mengambil bahagian dalam aktiviti jelajah, ceramah yang meriah, perbualan sinematik, pameran pertukaran dan acara istimewa. Ciri-ciri Muzium ini termasuk ruang pameran tetap, Galeri Pameran Khas, Galeri Pameran Koridor, Teater Muzium, Galeri Acara, kedai runcit, kafe dan Monumen Woodstock. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.BethelWoodsCenter.org.   

Latar Belakang Live Nation Entertainment

Live Nation logo
Live Nation logo

Live Nation Entertainment LYV, +2.43% ialah syarikat hiburan langsung yang terkemuka di dunia yang terdiri daripada peneraju-peneraju pasaran global: Ticketmaster, Live Nation Concerts dan Live Nation Media & Sponsorship. Untuk maklumat tambahan, kunjungi www.livenationentertainment.com.

Latar Belakang INVNT

INVNT logo
INVNT logo

Ditubuhkan pada tahun 2008, INVNT diwujudkan untuk menjadi agensi penceritaan jenama langsung yang terbaik di dunia. Pejabat-pejabat INVNT terletak secara strategik di New York, London, Sydney, Detroit, San Francisco, Washington D.C. dan Stockholm. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://invnt.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335506-1LOGO
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335506-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335506-1LOGO-a
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335506-1LOGO-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335506-1LOGO-c

Source: INVNT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Music Travel Contracts Licensing/marketing agreements Not for profit Future Events