omniture

Thailand Wujudkan Mercu Tanda Kira Detik Dunia di Tengah-tengah Bangkok di CentralwOrld; Tonjol Central Phuket sebagai Mercu Tanda Kira Detik Antarabangsa Baharu

Central Pattana Public Company Limited (CPN)
2018-12-29 18:06 2313

BANGKOK, 29 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pihak kerajaan dan syarikat-syarikat sektor swasta yang terkemuka, diterajui oleh Central Pattana Plc (CPN), pemaju hartanah runcit utama Thailand, Lembaga Pelancongan Thailand dan rakan-rakan kongsi lain berganding bahu untuk mencetuskan fenomena kira detik bertaraf dunia menerusi 'Kira Detik Thailand & AIS Bangkok 2019', menonjolkan centralwOrld sebagai 'Times Square Thailand', mercu tanda kira detik dunia di tengah-tengah Bangkok selama 19 tahun menerusi hiburan kira detik terbaiknya dan memperkenalkan Phuket sebagai mercu tanda kira detik antarabangsa baharu di Thailand melalui 'Kira Detik Antarabangsa Central Phuket 2019'. Ia turut menganjurkan acara kira detik di 13 lokasi seluruh negara bagi menonjolkan Thailand sebagai destinasi yang harus dikunjungi untuk sambutan Tahun Baharu.

AIS Bangkok Countdown 2019 @centralwOrld, Thailand’s world countdown landmark
AIS Bangkok Countdown 2019 @centralwOrld, Thailand’s world countdown landmark

 

Central Phuket International Countdown 2019, Thailand’s new global countdown
Central Phuket International Countdown 2019, Thailand’s new global countdown

 

Menerusi Kira Detik AIS Bangkok 2019 @centralwOrld, anjuran rakan kongsi utama CPN, Advanced Info Service Plc. (AIS), sekitar 300,000 orang akan dapat menikmati pertunjukan bunga api mengagumkan dan persembahan multimedia sulung dengan hiburan lampu & bunyi 360-darjah di seluruh daerah Ratchaprasong serta menikmati muzik terkini daripada DJ yang terkemuka di Asia. Ia merupakan 'Hiburan Kira Detik' unggul di tengah-tengah Bangkok, menerusi siaran langsung di panOramix, skrin interaktif digital terbesar dunia pada bangunan centralwOrld.

Di samping itu, CPN mencetuskan satu lagi fenomena besar-besaran dengan mengadakan acara kira detik antarabangsa di Tempat Terbaik Untuk Dikunjungi Di Dunia, Phuket, menerusi 'Kira Detik Antarabangsa Central Phuket 2019' di Central Phuket, destinasi beli belah mewah dan gaya hidup pertama, bakal dianjurkan di bawah konsep 'Refleksi Perayaan', menonjolkan Phuket sebagai mercu tanda kira detik global baharu buat Thailand. Acara ini menampilkan muzik mengagumkan yang disegerakkan dengan teknik-teknik lampu & bunyi serta konsert antarabangsa daripada artis-artis ternama dan DJ bertaraf dunia. Ia juga merupakan kali pertama di Phuket menerusi pertunjukan bunga api berwarna warni diinpirasikan oleh keindahan yang menawan dan pelbagai budaya Phuket.

Cik Wallaya Chirathivat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CPN, berkata: "CPN mempunyai keazaman dan komitmen padu bagi menjadi kuasa penting dalam mengukuhkan potensi pelancongan Thailand dalam segenap aspek dan bagi menganjurkan acara-acara antarabangsa demi mewujudkan pengalaman terbaik buat warga Thai dan warga asing memandangkan Bangkok ialah salah satu destinasi utama dunia untuk sambutan Tahun Baharu. Sebagaimana setiap tahun, Kira Detik AIS Bangkok 2019 di centralwOrld telah mengubah Ratchaprasong menjadi daerah kira detik bertaraf dunia, sememangnya, centralwOrld diberi jolokan 'Times Square Thailand'. Tahun ini, kami turut menonjolkan Phuket untuk menjadi destinasi kira detik antarabangsa di Thailand. Atas sebab inilah kami mengadakan 'Kira Detik Antarabangsa Central Phuket 2019' yang akan mewujudkan pengalaman kira detik baharu di salah sebuah bandar pantai paling indah di dunia. Ini bakal menjadi penarik kepada Thailand untuk terus menarik setiap orang bagi mengalami keriangan sambutan-sambutan akhir tahun di Phuket ini."

Central Pattana menganjurkan 'Kira Detik Thailand & AIS Bangkok 2019', yang bakal diadakan di 13 cawangan 13 wilayah di seluruh Thailand dengan sejumlah 1,200,000 individu menghadirinya, bakal menjadi mercu tanda kira detik terbaik untuk setiap kawasan termasuk centralwOrld, Central Phuket, CentralPlaza WestGate, CentralPlaza Rayong, CentralFestival Chiangmai, CentralPlaza Nakhonratchasima, CentralPlaza UdonThani, CentralPlaza Nakhon Si Thammarat, CentralFestival Samui, CentralFestival Hatyai, CentralFestival Pattaya Beach, CentralPlaza Mahachai dan CentralPlaza Phitsanulok.

Central Pattana ialah pusat beli belah nombor 1 di Thailand dan pemaju hartanah yang pelbagai.

Ditubuhkan pada tahun 1980, CPN telah mencipta pengalaman yang mendatangkan kepuasan bertaraf dunia kepada warga Thai dan warga asing. Dengan visinya iaitu 'Tumpuan Kehidupan' ('Center for Life'), CPN membangunkan destinasi-destinasi terbaik dunia untuk semua gaya hidup dan komuniti melalui kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi strategik selain bersama-sama mencipta kecemerlangan kemampanan bersama semua pemegang kepentingan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Central Pattana Plc
Cik Pishsinee, Tel. +662-667-5555 samb. 4111, aspishsinee@cpn.co.th

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335977-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335977-1-b

Source: Central Pattana Public Company Limited (CPN)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Retail Travel Future Events