omniture

Robot Peronda Semua Rupa Bumi UBTech, ATRIS Dipilih oleh Taman Shougang Beijing

Taman jadi tumpuan kluster industri AI terbesar dunia
UBTech
2019-01-01 03:49 1855

SHENZHEN, China, 1 Januari 2019 /PRNewswire/ -- UBTech, sebuah syarikat AI dan robot humanoid yang terkemuka di dunia, mengumumkan pada 26 Disember 2018 tentang penandatanganan perjanjian dengan Taman Perkhidmatan Komprehensif Industri Berkualiti Tinggi Shougang Baharu (Taman Shougang), yang mana kedua-dua pihak akan berkolaborasi bagi tujuan pembangunan projek-projek demonstrasi berteknologi tinggi. Pada hari yang sama, Taman Perindustrian AI Shougang turut memulakan operasinya. Robot peronda semua rupa bumi UBTech, ATRIS akan menyediakan sokongan keselamatan pintar kepada taman tersebut.

Ketua Pegawai Teknologi Xiong Youjun, diiringi oleh barisan eksekutif daripada UBTech, menandatangani perjanjian kolaborasi dengan Taman Shougang
Ketua Pegawai Teknologi Xiong Youjun, diiringi oleh barisan eksekutif daripada UBTech, menandatangani perjanjian kolaborasi dengan Taman Shougang

ATRIS dapat meningkatkan kecekapan rondaan keselamatan dalam Taman Shougang dan mengurangkan kos taman yang dikaitkan dengan kakitangan keselamatan. UBTech merancang untuk terus bekerjasama dengan Taman Shougang bagi mempromosi pembangunan komuniti digital didayakan AI dan menambah baik ekosistem industri yang dicirikan oleh aplikasi AI, dengan tujuan untuk menjadi model kepada pembangunan bandar berterusan Beijing dan menyokong penganjuran bandar tersebut untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

ATRIS dimanfaatkan dalam Taman Shougang sebagai satu projek demonstrasi
ATRIS dimanfaatkan dalam Taman Shougang sebagai satu projek demonstrasi

Dengan menggunakan ATRIS, Taman Shougang dapat mewujudkan sistem keselamatan pintar yang pantas, cekap dan anjal, yang menyokong rondaan keselamatan dalam taman tersebut dengan efisien. ATRIS didatangkan lengkap dengan U-SLAM, ciri navigasi berautonomi yang membolehkan Taman Shougang membangunkan penyelesaian pintar komprehensif untuk rondaan keselamatan dengan menjadualkan lokasi, laluan dan masa untuk rondaan berkenaan berdasarkan persekitaran dan geografi tempatan. ATRIS secara automatik beradaptasi kepada beberapa keadaan jalan raya yang kompleks, termasuk laluan batu buntar, tangga dan jalan bercerun, selain berupaya melaksanakan rondaan keselamatan meskipun dalam keadaan cuaca buruk.

ATRIS mendayakan rondaan sepanjang masa dan pemantauan kawasan-kawasan sensitif dalam taman melalui pengenalpastian individu yang tepat dalam lingkungan penglihatannya walaupun apabila mendung, berkabus atau pada waktu malam. ATRIS turut didatangkan dengan butang panggilan kecemasan "SOS" yang meminta bantuan secara automatik apabila situasi kecemasan telahpun dikenal pasti, seraya membolehkan komunikasi waktu nyata dalam pusat keselamatan taman tersebut.

Latar Belakang UBTech

Ditubuhkan pada tahun 2012, UBTECH ialah sebuah syarikat AI dan robot humanoid yang terkemuka di dunia. Pada tahun 2018, UBTech mencapai nilai sebanyak USD$5 bilion susulan pusingan pembiayaan tunggal terbesar seumpamanya untuk syarikat kecerdasan buatan, justeru menekankan kepimpinan teknologi syarikat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335648-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335648-1-b

 

Source: UBTech
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Contracts