omniture

Peminat-peminat KPOP bersatu! JOOX memulakan tahun 2019 dengan kerancakan yang menampilkan iKON, WINNER dan semua idola KPOP kegemaran anda di Seoul Music Awards!

JOOX
2019-01-03 17:17 2084

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Sambut tahun baru dengan tangan dan hati terbuka sambil menyanyi dan menari bersama bintang-bintang handalan KPOP kegemaran anda secara langsung! JOOX, aplikasi muzik paling popular [1] di Asia dan pemenang bagi "Anugerah Aplikasi Pilihan Pengguna"[2] Google Play di Hong Kong dan Thailand, terus membawakan hiburan muzik Korea terbaik dan paling mengujakan pada tahun 2019 melalui tiga acara strim langsung akan datang yang sememangnya akan membangkitkan kehangatan KPOP!

Alamilah cahaya, pandangan dan bunyi terbaik KPOP terus ke telapak tangan anda dengan JOOX yang akan menyediakan strim secara langsung dan eksklusif untuk WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL, iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL dan Seoul Music Awards (SMA) Tahunan ke-28 di Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Malaysia dan Thailand! Apa lagi yang anda mahukan?

WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL (5 Januari)

WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL
WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL

WINNER, satu lagi kumpulan KPOP yang menggegarkan dunia, turut mengadakan persembahan ulangan untuk Everywhere Tour mereka tahun lalu! Sebagai tanda terima kasih di atas sokongan yang diterima oleh mereka daripada para peminat, kumpulan ini sekali lagi akan memenuhi KSPO DOME dengan muzik dan tenaga mereka bagi memulakan tahun 2019!

WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL

5 Januari 2019 (Sabtu)

Hong Kong & Malaysia

5 PETANG waktu tempatan

Indonesia & Thailand

4 PETANG waktu tempatan

Myanmar

3:30 PETANG waktu tempatan

iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL (6 Januari)

iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL
iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL

 Selepas kejayaan CONTINUE TOUR tahun lalu yang berjaya menyentuh hati peminat-peminat yang setia di Seoul, Thailand, Australia dan Singapura, sekali lagi iKON bakal menyajikan peminat-peminat mereka dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi memulakan tahun 2019 secara langsung di KSPO DOME, Seoul!

iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL

6 Januari 2019 (Ahad)

Hong Kong & Malaysia

5 PETANG waktu tempatan

Indonesia & Thailand

4 PETANG waktu tempatan

Myanmar

3:30 PETANG waktu tempatan

PERINGATAN: Inginkah anda membawa minat anda untuk iKON dan WINNER ke tahap seterusnya? Anda kini boleh mendapatkan antara muka pengguna iKON dan WINNER di JOOX. Apa lagi yang anda sedang menantikan?

iKON and WINNER-themed user interfaces - JOOX
iKON and WINNER-themed user interfaces - JOOX

Seoul Music Awards (SMA) 2019 (15 Januari)

Seoul Music Awards (SMA) 2019
Seoul Music Awards (SMA) 2019

Sebagai mana yang dinanti-nantikan oleh peminat setia akan kehadiran Seoul Music Award, para peminat berpeluang untuk mengundi idola-idola KPOP kegemaran mereka bagi menentukan siapa yang bakal memenangi anugerah berprestij tersebut! SMA ke-28, bakal menampilkan BTS, Wanna One, Twice dan Red Velvet, yang akan menggegarkan dunia KPOP di Gocheok Sky Dome dan di mana jua anda berada melalui JOOX!

Seoul Music Awards (SMA) 2019

15 Januari 2019 (Selasa)

Hong Kong & Malaysia

5:50 PETANG waktu tempatan

Indonesia & Thailand

4:50 PETANG waktu tempatan

Myanmar

4:20 PETANG waktu tempatan

Tidak dapat menyaksikan SMA tahun ini secara langsung? Jangan bimbang kerana anda masih dapat menyaksikan bintang-bintang kegemaran anda melalui video atas permintaan JOOX.

Tidak cukup dengan KPOP? Log masuk ke aplikasi atau laman web JOOX dan dengarkan muzik KPOP terbaik pada bila-bila masa, di mana jua!

Para peminat KPOP boleh menikmati muzik dan persembahan kegemaran secara langsung dan percuma dengan memuat turun JOOX dari Apple App Store, Google Play Store, atau dengan mengakses laman web JOOX.

Muat turun sekarang untuk memulakan pengalaman muzik premium anda hari ini!

[1] JOOX ialah aplikasi penstriman muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2017.


[2] JOOX memenangi "Aplikasi Pilihan Pengguna" di Hong Kong dan Thailand serta dinamakan sebagai salah satu aplikasi "Paling Menghiburkan" di Hong Kong melalui Anugerah Pilihan Pengguna Google Play 2018.

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album kegemaran anda dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menemui muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335965-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335965-1-b
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335965-1-c
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335965-1-d

Source: JOOX
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications Future Events