omniture

Zoomlion Terajui Masa Depan Baharu dalam Pembuatan Pintar dengan ZValley OS

Zoomlion
2019-01-03 19:19 681

CHANGSHA, China, 3 Januari 2019 /PRNewswire/ -- ZValley Industrial Internet Company (ZValley), subsidiari Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), secara rasminya melancarkan ZValley OS (platform loT Perindustrian berkuasa), yang membolehkan syarikat-syarikat tradisional dan organisasi-organisasi khususnya dalam bidang pembuatan, pertanian, bandar pintar dan teknologi kewangan perindustrian memanfaatkan kuasa teknologi digital baru muncul. Platform IoT baharu tersebut diperkenalkan pada 18 Disember di Changsha, China.

ZValley OS ialah platform bersifat terbuka, selamat dan mudah diakses. Setakat ini, ia telah menghubungkan lebih 200,000 aset peralatan dan mengumpulkan lebih 9,000 jenis data waktu nyata. Platform berkenaan menyediakan perkhidmatan Internet Perindustrian, termasuk sambungan peralatan, analisis data raya, aplikasi perkhidmatan dan banyak lagi kepada pengeluar, pengawal selia kerajaan, institusi kewangan, pengguna dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan.

"Pelancaran ZValley OS terus mengukuhkan kedudukan utama Zoomlion dalam segmen Internet Perindustrian, ia akan turut mempercepatkan proses transformasi dan penaiktarafan syarikat daripada pengeluar peralatan kepada penyedia perkhidmatan pembuatan," kata Wang Xiaodong, Ketua Pegawai Eksekutif ZValley.

ZValley, subsidiari Zoomlion, beribu pejabat Shanghai, ialah sebuah syarikat Internet berteknologi tinggi yang mengkhusus dalam pengkomputeran awan, Internet Komunikasi Benda (IoT), data raya, kecerdasan buatan (AI) dan rantaian blok. Ia ditubuhkan oleh Zoomlion bagi memajukan revolusi 4.0 dengan membantu syarikat-syarikat menaik taraf proses pembuatan mereka.

Zoomlion memperkenalkan strategi produk 4.0 pada tahun 2014 untuk mengoptimumkan portfolio produknya dan mengikuti strategi "produk di internet, data pada awan, pasaran dalam peranti mudah alih" yang menggunakan IoT, data raya dan teknologi mudah alih untuk memacu transformasi daripada pembuatan tradisional kepada pembuatan, produk dan perkhidmatan pintar.

Pada tahun 2018, Zoomlion melancarkan sembilan produk pintar 4.0. Ini termasuk ZTC251 menggunakan awan dan kren trak ZTC800 yang memanfaatkan data raya untuk mendiagnosis dan mengurus peralatan secara jarak jauh pada waktu nyata melalui aplikasi mudah alih.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual hampir 800 produk canggih daripada 49 barisan produk meliputi sembilan kategori utama. Zoomlion ialah syarikat jentera pembinaan pertama China yang disenaraikan dalam kedua-dua bursa saham Shenzhen dan Hong Kong. http://en.zoomlion.com/.

 

Source: Zoomlion
Keywords: Internet Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Telecommunications New products/services